05/10/2025
Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan permata kita. Permata yg mula digilap dari kosong sehingga bersinar dan moga terus bersinar menempuh alam persekolahan✨
Doa kami para guru, moga kejayaan dunia akhirat sentiasa mengiiringi Ali🤲🏻🤍
- Ali Zainal Abidin B. Ahmad Fairuz
- 7 Tahun
- Tempoh di UUPC: 1tahun 7bulan
📙BM Bacalah Anakku : Mac - Ogos 2024
📘READ EASY Beginner Level : Sept - Dis 2024
📗READ EASY Intermediate Level: Jan - Apr 2025
📕READ EASY Advance Level: Apr - Sept 2025
28/09/2025
Sesi 2025,
Kenangan simpan sini🥹
Syukur dan tahniah untuk para pelajar, dapat habiskan kelas bm sehingga lancar membaca buku cerita dan menulis.
Moga kita berjumpa lagi di kelas bi p**a ye. Selamat maju jaya dari kami para guru dan selamat menempuh alam pembelajaran dengan penuh semangat. Moga kejayaan dunia akhirat sentiasa mengiringi para pelajar selalu🫶🏻❤️
Terima kasih juga buat ibubapa yg telah konsisten dengan kelas kami sehingga habis modul dan lancar membaca menulis.
Dan terima kasih juga untuk para guru UUPC yg telah bertungkus lumus dan berusaha yg terbaik setiap hari dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar dalam membaca menulis setiap hari. Moga rezeki melimpah ruah dan rahmat, sentiasa meniringi para guru UUPC.
Alhamdulillah❤️
06/08/2025
SEGERA AMBIL PERHATIAN SEKIRANYA IBUBAPA KENAL PASTI ANAK MASIH ADA MASALAH TERSEBUT DI RUMAH MAHUPUN DI SEKOLAH;
❌ Simbol huruf tidak kenal sepenuhnya/masih tertukar
❌ Ejaan lain, sebutan lain
❌Bacaan dua suku kata masih tidak lancar/gagap
❌Menulis masih ada huruf yg terbalik/tidak boleh menulis
❌ Kurang fokus dan sering lupa/ sering mengelak/tidak mahu membaca di rumah
JOM SERTAI KELAS PHONICSMART KAMI;
✅ Kelas Cepat Membaca yg berlisensi, dipantau oleh lisensi phonicsmart yg berdaftar,
✅Guru yg berpengalaman dan mempunyai sijil dalam mengikuti kursus kaedah pengajaran fonik yg bermodul.
✅Menggunakan kaedah fonik gabung bunyi, modul 'step by step', lebih tersusun, mudah dan cepat diikuti oleh kanak kanak
✅Kelas yg menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti 'hands on' dan berfokus
✅ Pemantauan progress yg lebih rapi dan berterusan pada setiap hari dan setiap buku,
Sekongan dari ibubapa di rumah juga memainkan peranan yg sangat penting bagi memastikan progress pelajar meningkat dan kedepan secara konsisten💯.
🎉SEMPENA KEMASUKAN BULAN OKTOBER NANTI, PROMOSI YURAN PENDAFTARAN PERCUMA BAGI PELAJAR YG MENDAFTAR MULAI 25HB SEPT - 1HB OKT. SLOT KELAS ADALAH TERHAD🎉
Ayuh! Dapatkan khidmat dan sokongan dari kami para guru Uni Udmu Phonicsmart Centre di cawangan yg berdekatan😊;
📍Lokasi 1: Uni Udmu Phonicsmart Taman Semarak, Kuala Nerus (Perumahan dua tingkat sederet Rest. D Tunggal Seafood)
📍Lokasi 2: Uni Udmu Phonicsmart Padang Midin, (Atas kedai Roti Madihah)
KELAS MEMBACA BM 📚
📌Kaedah Fonik Bacalah Anakku
📌Teknik Ejaan Pantas
📌Teknik Mudah Menulis Imlak (guru sebut, murid tulis)
KELAS MEMBACA BI📚
📌Beginner Level Read Easy
📌Intermediate Level Read Easy
📌Advance Level Read Easy
📌Umur: 5 tahun dan keatas
Leganya hati ibubapa bila anak dah boleh membaca dan menulis untuk buat keje sekolah kan📊😮💨
📲Boleh wasap/hubungi kami 012-932 8454 untuk sebarang pertanyaan/pendaftaran. TQ😊
📩Jemput ke fb kamiuntuk info lanjut dan testimoni kami.
06/08/2025
KELAS FONIK BACALAH ANAKKU (BM)📚
MEMBACA💯✅
MENULIS💯✅
READ EASY (BI)📚
BEGINNER LEVEL💯✅
INTERMEDIATE LEVEL💯✅
ADVANCE LEVEL💯✅
Alhamdulillah untuk Zubir dan Anas ye. Moga menjadi anak cemerlang dunia akhirat. Kami para guru UUPC mendoakan, semoga kejayaan sentiasa mengiiringi dalam urusan anak anak ye❤️🤲🏻
06/08/2025
Selesai semuanya untuk Aqeed, selamat maju jaya untuk seterusnya. Moga kita berjumpa lagi ye🤲🏻❤️
06/08/2025
Syukur alhamdulillah untuk anak anak🫶🏻🥹
Selamat bersalin dan berpantang ye puan. Moga puan dan bayi sihat selalu. Ada rezeki kita berjumpa semula akan dtg ye.
Selamat maju jaya semuanya untuk anak anak. Moga berjumpa lagi🤲🏻❤️
06/08/2025
Alhamdulillah, selesai kelas membaca bm dan menulis untuk Malik,
Selamat maju jaya dari kami para guru UUPC, kami doakan semoga kejayaan sentiasa mengiiringi Malik dan dipermudahkan urusan seterusnya🤲🏻❤️
Moga kita berjumpa lagi🫶🏻
10/07/2025
Alhamdulillah, kami tutor UUPC akan terus memberikan fokus terbaik untuk anak. Doa kami para guru UUPC, semoga Syaqif terus maju dan cemerlang dalam pembelajaran🤲🏻❤️
08/07/2025
Alhamdulillah untuk anak, terima kasih juga sudi konsisten dengan kelas kami🥹🫶🏻.
Selamat maju jaya untuk Iffat dari kami para guru UUPC. Moga terus cemerlang dalam pelajaran🤲🏻.