Ahbab As Sofa

Ahbab As Sofa Page rasmi Ahbab As Sofa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMAJLIS SAMBUTAN HAUL TOK KU TUAN BESAR & TOK KU PALOH KALI KE 6🔹 TARIKH : 12 SEPTEMBER 20...
02/09/2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MAJLIS SAMBUTAN HAUL TOK KU TUAN BESAR & TOK KU PALOH KALI KE 6

🔹 TARIKH : 12 SEPTEMBER 2020
🔹 MASA : 5:30 - 9:30 PM
🔹 HARI : SABTU
🔹 TEMPAT : MASJID TOK KU PALOH (SYED ABDUL RAHMAN AL AYDARUS), KG PALOH KUALA TERENGGANU.

📌 JEMPUTAN UNTUK MUSLIMIN SAHAJA
📌 JEMPUTAN MENGIKUT KAPASITI KELUASAN MASJID

ATURCARA MAJLIS

🚩 5:30 PM : Kehadiran para tetamu
🚩 6:00 PM : Bacaan Yasin Dan Tahlil
🚩 7:15 PM : Solat Maghrib
🚩 7:45 PM : Bacaan Ratib Al Aydarus
🚩 8:15 PM : Tausiyah Perdana Bersama Al Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid
🚩 9:15 PM : Solat Isya dan Bersurai

GARIS PANDUAN MAJLIS SAMBUTAN HAUL KALI KE 6

📍 GARIS PANDUAN MAJLIS

1. Berwuduk dari rumah
2. Hadir awal
3.Digalakkan membawa sejadah sendiri bersaiz besar
4. Memakai pelitup muka
5. Mendaftar dengan mengimbas Kod QR MySejahtera
6. Duduk pada kedudukan saf yang ditetapkan
7. Tidak berkumpul dan bersesak-sesak

🚷 TIDAK DIBENARKAN HADIR

1. Kanak - kanak dibawah umur 12 tahun
2. Golongan yang berisiko dan bergejala

⚠️ MAKLUMAN TAMBAHAN

1. Dilarang membuka gerai jualan
2. Tiada acara bersalaman selepas majlis
3. Tidak makan dan minum di tempat majlis

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ[ PANDANGAN | PENDAPAT ]" Ada satu jenayah ya...
01/09/2020

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

[ PANDANGAN | PENDAPAT ]

" Ada satu jenayah yang dinamakan jenayah informasi. Bukan hanya menyampaikan informasi yang tak betul tetapi menganggap diri paling betul itu pun jenayah juga kepada maklumat. "

Imam As Syafie رحمه الله mengatakan;

" Kebenaran yang saya lihat mungkin dilihat salah oleh orang lain. Pandangan orang lain yang dilihat salah, mungkin betul. "

Dengan demikian tiada sesiapa yang memiliki hak untuk menisbahkan dirinya yang punya kebenaran mutlak.

[ Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ]

Jangan menganggap diri paling benar sampai lupa dengan pandangan dan penilaian orang lain.

09/07/2020

Jemputan kepada semua
yang berkemampuan,berkelapangan,yang mahu
untuk mengimarahkan masjid dengan menghadirkan diri untuk solat fardhu secara berjemaah di kawasan masing-masing

selamat kembali ke masjid
semoga terubat rindu
dan tertaut cinta kepadanya
dan pada - Nya
insha Allah

30/06/2020

Melihat Alam : Ustaz Hakimi Nordin

25/06/2020
16/06/2020

Jalan Ilmu,Jalan Mencari Kebenaran
Satu tazkirah ringkas oleh Ustaz Hakimi Nordin.semoga tersebar kebaikan dan menjadi asbab kebaikan

Sedikit perkongsian bersempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Beberapa perkataan yang sering kita ulang, namun ta...
09/06/2020

Sedikit perkongsian bersempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong.

Beberapa perkataan yang sering kita ulang, namun tak semua faham maksudnya.

1. Dirgahayu.
Maksudnya ialah : Semoga panjang umur. Ia berasal dari bahasa Sanskrit sebelum diserap ke bahasa Melayu.

2. Daulat Tuanku.
"Daulat" berasal dari bahasa Arab (دولة) bermaksud : Negara. Jadi Daulat Tuanku bermaksud : Negara Tuanku. Maksud yang tersirat ialah, negara ini di bawah pemerintahan Tuanku, kami semua menjunjung segala titah perintah Tuanku.

3. Duli Yang Maha Mulia.
Maksudnya ialah :

Duli : Habuk
Yang Maha Mulia : Allah SWT.

Simboliknya ialah, seluas mana pun empayar pemerintahan seorang raja, jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT, hanya seperti habuk dan debu yang halus.

4. Seri Paduka Baginda.
Maksudnya :

Paduka : Selipar / alas kaki
Baginda : Nabi Muhammad SAW.

Simboliknya ialah, sehebat mana pun kemuliaan seorang raja itu, jika dibandingkan dengan kemuliaan Nabi Muhammad SAW, hanya bagaikan alas kaki Baginda SAW.

Ini melambangkan betapa tawaduk dan rendah diri Raja-Raja Melayu dengan Allah SWT dan Nabi-Nya SAW.


15/05/2020

PGGAPPT mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah mengerahkan fikiran dan keringat demi mendidik dan mentarbiyah Umat ini menuju kejalan yang lurus.. Setiap jasa dan pengorbanan yang telah diberikan tidak dapat dinilaikan dengan hiasan keduniaan, melainkan keluasan rahmat Allah Azza Wajalla jua yang dapat menyempurnakan sebaik-baik pembalasan.

Address

Kuala Terengganu
21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahbab As Sofa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ahbab As Sofa:

Shortcuts

Share