A221 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban

A221 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban

Share

@heritageOnplate

10/12/2022

Poster Kump**an 1 MPU1013 (S)
Topik - Jenayah Siber

09/12/2022

SITI NORNAJWA BINTI MALEK
291991

TAJUK: APA ITU JENAYAH SIBER ?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, jenayah merujuk kepada perbuatan kejahatan yang salah di sisi undang-undang. Siber p**a berkaitan dengan komputer dan Internet. Menurut Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap (2004), jenayah siber merupakan bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah secara individu ataupun berkump**an. Jenayah siber berlaku di alam maya dan tidak mempunyai had batasan. Jenayah siber ini mampu terjadi melangkaui sempadan mahupun negara.

Pada era modenisasi, dunia siber telah berkembang menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Ianya menjadi medium yang penting dalam kehidupan seharian manusia. Seiring perkembangan teknologi, dunia siber digunakan sepenuhnya dalam pelbagai aspek dari pentadbiran negara,pendidikan, dan sebagainya. Penggunaan dunia siber menjadi semakin berleluasa dalam semua golongan tidak kira usia. Namun begitu, setiap perkara ada keburukannya jika disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Penggunaan siber atau internet yang salah membawa kepada jenayah siber.

Jenayah siber telah menjadi satu ancaman yang besar kepada sesebuah negara. ianya mampu mengancam kedaulatan sesebuah negara. Jenayah siber bukanlah suatu perkara yang asing pada zaman kecangihan teknologi ini. Ancaman jenayah ini dihadapi kebanyakan negara terutamanya negara yang berkembang maju dan pesat. Jenayah ini terjadi kerana wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan jenayah. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi menjanjikan satu wadah untuk jenayah siber bermaharajalela.

09/12/2022

Nur Aliah Atiqah Binti Mohd Zubir (291377)

Tajuk: Isu semasa jenayah siber
Sumber: Harian metro

Kuala Lumpur: Sebanyak 11,367 kes atau 61 peratus jenayah siber direkodkan dari Januari hingga Julai tahun ini, kata Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos.

Beliau berkata trend jenayah siber dari 2016 hingga Julai 2022 menunjukkan peningkatan daripada 39 peratus kepada 61 peratus.

Terdapat enam jenis penipuan dalam talian iaitu Macau Scam, jenayah e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, 419 scam atau lovescam, dan memancing data (phishing).

"Macau Scam atau panggilan penyamaran/penipuan sehingga kini merekodkan 4,912 kes melibatkan kerugian RM199.8 juta, jenayah e-dagang mencatatkan 5,397 kes dengan kerugian RM71.6 juta, dan e-financial fraud (penipuan kewangan dalam talian) atau phishing p**a sebanyak 543 kes dengan kerugian RM40.5 juta," katanya dalam webinar bertajuk 'Duit dalam akaun bank anda lesap. Apakah puncanya dan langkah mencegahnya' semalam.

Victor berkata wang dalam akaun bank hilang ini berlaku sejak wujudnya phishing dan internet selain pihak bank juga menawarkan perkhidmatan secara dalam talian.

"Jadi apa yang dibuat oleh scammer adalah mereka mencipta satu laman web seakan-akan bank berkenaan.

"Selaras dengan perkembangan teknologi, scammer terfikir untuk buat appsscam (aplikasi scam), ini biasanya satu taktik phishing yang digunakan scammers untuk mendapatkan nama, kata laluan dan maklumat lain tentang pengguna," katanya.

Beliau berkata selepas pengguna memuat naik aplikasi scam ini, aplikasi tersebut akan minta untuk mengambil alih peranan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sekiranya pengguna membenarkan perkara tersebut maka ia memudahkan scammers untuk menjalankan aktiviti.

Menurut Victor, antara modus operandi yang biasa digunakan scammers ialah iklan-iklan di platform media sosial - appsscam merekodkan 39 kes melibatkan kerugian RM721,728.69 oleh individu tertentu dari Januari hingga Julai 2022.

"Mangsa sebenarnya yang melibatkan diri mereka tetapi kadang-kadang lupa bahawa mereka yang mendedahkan diri mereka," katanya.

Sementara itu, Pengurus (Bahagian Pertanyaan dan Aduan) Bank Negara Malaysia Vijayadurai Singgatore berkata BNM sentiasa menyeru orang ramai untuk cakna dengan tipu helah atau tawaran dibuat oleh scammer sama ada ia logik atau tidak.

"Kita kena bijak guna teknologi, applikasi yang diberi melalui WhatsApp jangan mudah percaya, hyperlink yang diberi jangan main klik dan buat transaksi, itu mungkin perangkap," katanya.

BNM dan pihak industri perbankan juga sentiasa meningkatkan taraf keselamatan supaya pengguna yakin dengan keselamatan sistem yang ditawarkan.

"Sekarang perbankan internet siap dengan gambar kena sepadan, captcha. Dalam masa sama ada banyak bank sudah meningkatkan tahap keselamatan dengan membuat ikatan peranti (devicebinding) iaitu sekiranya pengguna mahu buat perbankan internet, mesti guna peranti yang didaftarkan," katanya.

Ketua pegawai eksekutif AmBank Islamic Eqhwan Mokhzanee Muhammad berkata sekiranya pengguna terlibat dengan aktiviti scam, mereka harus menghubungi pihak bank terlebih dahulu supaya akaun mereka dapat dibekukan serta-merta sebelum membuat laporan polis.

"Apabila pelanggan mengesyaki dia ditipu, lihat duit sudah hilang, saya menyarankan pelanggan untuk menghubungi pihak bank di talian khidmat pelanggan dan pada masa sama saya menyeru pelanggan untuk tukar nombor pin kad ATM dan juga kata laluan akses perbankan internet," katanya.

___________________________________________________________________

Kesimp**annya: Jenayah penipuan internet adalah jenayah alaf baru yang muncul bersama dengan permodenan teknologi. Jenayah ini s**ar untuk dikesan kerana skop jenayah ini tidak terbatas kepada sesebuah negara itu sahaja. Ia adalah jenayah tanpa sempadan. Oleh itu, perkhidmatan pakar diperlukan untuk mengesan penjenayah-penjenayah siber ini. Dengan itu, peruntukan sedia ada adalah tidak sesuai diaplikasikan untuk menghukum jenayah penipuan internet. Oleh itu, peruntukan yang sesuai haruslah dipinda untuk memastikan jenayah siber seperti penipuan internet ini mendapat hukuman yang sewajarnya.

09/12/2022

NAMA : NOR SHAFEZA BINTI NOR RAHIMI
NO MATRIK : 291769
TAJUK : LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER

Sebanyak 11367 kes atau 61 peratus jenayah siber telah direkodkan dari Jnauari hungga Julai tahun ini, kata Timbalan Pengarah ( Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia ) Jabatan Komersial Senior Asisten Kornisioner Victor Sanjos. Beliau berkata trend jenayah siber dari tahun 2016 hingga tahun 2022 menunjukkan peningkatan daripada 39 peratus kepada 61 peratus. Berikut merupakan langkah-langkah mengatasi jenayah siber yang boleh dipraktikkan bagi mencegahnya :

1) Memperketatkan undang-undang berkaitan jenayah siber
Salah satu inisiatif bagi mengelakkan diri daripada terbabit dalam masalah jenayah siber ialah pihak berkuasa atau kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang berkaitan jenayah siber supaya masalah ini dapat dibendung daripada terus berleluasa. Sebagai contoh, Pakar-pakar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Malaysia perlu melakukan kajian tentang masalah ini dengan menambah baikan undang-undang berkaitan jenayah siber. Hukuman dan denda yang setimpal perlu dikenakan bagi sesetengah individu yang terlibat dalam jenayah ini. Hal ini dapat mengurangkan kes-kes seperti ini berlaku kepada mereka yang tidak bersalah.

2) Gunakan kata laluan yang kukuh
Bagi mengelakkan perisian maklumat kita senang diakses oleh sesetangah individu yang tidak bertanggungjawab, salah satu cara yang mudah adalah dengan menggunakan kata laluan yang kukuh. Selain daripada gabungan aksara huruf, nombor, dan juga tarikh lahir juga merupakan contoh kata-kata laluan yang boleh gunakan tetapi ianya tidak terlalu disyorkan kerana mudah untuk dijangka. Oleh itu, gunakan kata laluan yang unik untuk dijadikan sebagai kata laluan seperi meletakkan huruf besar, simbol, nombor kecil, atau sebagainya. Tambahan p**a, dinasihatkan untuk menggunakan kata lauan yang berbeza bagi setiap laman.

3) Sentiasa mengemaskini perisian maklumat
Selain menggunakan kata laluan yang kukuh, mengemaskini perisian maklumat juga merupakan Langkah mengatasi jenayah siber daripada terus berleluasa. Pengguna telefon pintar atau mana-mana alat peranti elektronik seharusnya peka dan lebih memberi penekanan tentang sistem sekuriti perisian alat peranti anda. Hal ini kerana, penjenayah siber boleh mengambil kesempatan atas kekurangan pada perisian untuk mengakses sistem alat peranti anda. Oleh it, setiap pengguna yang menggunakan telefon pintar perlulah sentiasa mengemaskini perisian maklumat kepada versi terkini untuk mencegah jenayah siber.

4) Memperbanyak kempen dan iklan
Langkah seterusnya adalah memperbanyak kempen dan iklan. Pihak berkuasa perlulah memainkan peranan yang penting kerana mereka lebih berkuasa dan berpengaruh dalam hal sebegini. Sebagai inisiatif yang boleh dilakukan dalah dengan mengedarkan iklan dalam bentuk digital mahupun dicetak serta disebarkan kepada masyarakat. Dalam pada itu, jenis kempen yang boleh diadakan mengenai jenayah siber adalah kempen mangajar penggunaan telefon pintar, Tindakan yang perlu diambil jika ditipu, dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat bagi menyedarkan masyarakat betapa pentingnya untuk berhati-hati di masa hadapan.

5) Mengurus tetapan laman media sosial
Akhir sekali, langkah bagi mengatasi jenayah siber adalah mengurus tetapan laman media sosial dengan lebih efektif. Hal ini dikatakan demikian kerana segala maklumat peribadi anda diletakkan dalam akses persendirian di setiap laman media sosial. Kini, platform media sosial mempunyai pelbagai bahagian yang membolehkan penggunanya untuk menyembunyikan nombor telefon, email, dan maklumat peribadi yang lain. Langkah ini amat penting kerana informasi yang dianggap remeh seperti nama tumbuhan juga mampu menjadikan anda sebagai mangsa jenayah siber.

Kesimp**annya, terdapat pelbagai langkah bagi mengatasi jenayah siber daripada terus berleluasa. Oleh itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini supaya dapat menggelakkan individu yang tidak bersalah terlibat dalam jenyah siber.

09/12/2022

NAMA: NURUL IMA IZATI BINTI ZAINUDIN
NO METRIK: 292009
Jenayah siber memberi kesan negatif kepada mangsa, masyarakat, organisasi, dan negara. Ia menyebabkan kerugian yang besar dari segi kewangan, masa, produktiviti, nama baik dan sebagainya.

Kesan jenayah siber:

1) Mangsa menghadapi tekanan mental

Jenayah siber menyebabkan kehidupan mereka terjejas kerana kehilangan wang dengan jumlah yang besar. Tambahan p**a dengan kos sara hidup yang tinggi di masa kini. Mereka terpaksa meneruskan kehidupan dengan berhutang untuk membayar bil kereta, bil rumah, bil elektrik dan sebagainya. Lebih-lebih lagi tekanan pada mangsa yang sudah berkeluarga, mereka perlu memikirkan soal anak-anak dan isteri. Keadaan ini menyebabkan mangsa dikecam oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, mangsa berasa malu dan mengambil tindakkan untuk mengurungkan diri dalam bilik kerana tidak mahu berjumpa orang.

2) Mangsa kehilangan sumber pendapatan

Jenayah siber seperti fitnah yang diberikan kepada mangsa menyebabkan mangsa dibuang kerja, kehilangan kontrak perniagaan atau ditamatkan perkhidmatannya. Hal ini kerana mereka s**a menceritakan segala aspek kehidupan mereka di dalam laman sosial sehingga diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Setelah difitnah ramai pihak tidak mempercayai mangsa menyebabkan perniagaan mereka terpaksa ditutup dan dibuang kerja.

3) Mencemarkan reputasi syarikat

Jenayah siber menyebabkan pencurian atau penggunaan tidak sah bagi rekod penggunaan, nama baik syarikat boleh mendapat kesan yang teruk. Ini kerana pelanggan akan mula hilang keyakinan terhadap kemampuan syarikat untuk menjaga keselamatnnya dan membuatkan mereka beralih kesyarikat yang lain. Ini boleh menyebabkan syarikat kehilangan pendapatan berharga dan juga nama baiknya.

4) Syarikat mengalami kerugian

Salah satu kesan terbesar daripada jenayah siber terhadap syarikat adalah kerugian hasil. Perkara berlaku kerana maklumat sulit kewangan syarikat digodam atau dicuri dan digunakna oleh pihak luar untuk mengeluarkan dana dari akaun syarikat secara haram. Ia juga boleh berlaku kepada peniaga yang laman e-dagangnya telah terjejas akibat daripada jenayah siber; ini menyebabkan kerugian pendapatan berharga kerana pengguna tidak boleh mengakses laman web itu

09/12/2022

NAMA : NAJIEHAH BINTI RAZALI
NO. MATRIK : 291993
TAJUK : JENIS-JENIS JENAYAH SIBER

Jenayah siber merupakan satu jenayah komputer yang wujud disebabkan kecanggihan teknologi internet yang mengatasi sempadan global. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Jenayah siber terdiri daripada penggodaman (hacker), pornografi, penyebaran berita palsu, judi siber dan penipuan (scammer). Jadi disini, saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang jenis-jenis jenayah siber yang seringkali mengundang kebimbangan masyarakat seperti :
1. Penggodaman (hacking)
Penggodam atau hacker dalam konteks jenayah komputer merupakan individu atau pihak yang terlibat mencabuli keselamatan komputer dan mengeksploitasi sistem atau masuk ke dalam sistem tanpa kebenaran. Mereka biasanya mempunyai kemahiran, taktik dan pengetahuan yang terperinci tentang sistem komputer.
2. Penyebaran berita palsu
Penyebaran berita palsu merupakan penyebaran maklumat-maklumat yang tidak sahih menerusi media sosial. Isu ini seringkali berlaku kerana kemajuan teknologi maklumat yang merentasi sempadan. Kesannya, penyebaran berita palsu boleh menimbulkan fitnah, kekacauan dan menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat.
3. Penipuan (scam)
Penipuan atau scam adalah aktiviti yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan menganiaya atau menipu orang lain. Pelaku penipu atau scammer boleh melakukan aktiviti penipuan sama ada secara maya atau fizikal. Scam biasanya berlaku apabila melibatkan aktivitu jual beli secara dalam talian dan ada juga sindiket yang menyamar menjadi pihak berkuasa yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi seperti e-mel, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial lain.

4. Pornografi
Pornografi merupakan bahan bertulis atau bahan visual yang boleh merangsang keinginan seksual , dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Penyebaran bahan pornografi di dalam laman sosial amat bahaya sama ada kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Hal ini kerana pornografi boleh menyebabkan ketagihan seterusnya membawa kepada nilai dan sikap negatif yang akan menyumbang kearah penganiayaan seksual dan keganasan seks. Kajian juga telah membuktikan bahawa pornografi boleh menjejaskan fungsi otak .

5. Judi Siber
Judi siber merupakan satu permainan yang melibatkan pertaruhan wang secara haram melalui Internet. Individu yang terlibat dengan judi siber perlu membayar nisbah pertaruhan yang telah ditetapkan mengikut persetujuan ramai dan pihak yang kalah perlu menyerahkan wang taruhan kepada pihak yang menang. Terdapat pelbagai jenis judi siber seperti Poker, Black Jack, Sportbet, Spin dan lain-lain.

09/12/2022

NAMA : NURIN BATRISYIA BINTI NOR AFENDI
NO MATRIK : 291999
TAJUK : FAKTOR BERLAKU JENAYAH SIBER

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pengguna Facebook. Adakah anda tahu bahawa jenayah siber merupakan salah satu ancaman kepada negara ? Hari ini saya akan berkongsikan dengan anda semua tentang beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah siber.

1. Penguatkuasaan undang - undang yang lemah
Undang – undang merupakan satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua rakyat di sesebuah negara. Undang – undang yang ketat di sesebuah negara akan melahirkan rakyat yang berdisiplin dan baik dari segi akhlaknya. Masyarakat juga akan hidup dlm keadaan harmoni. Namun jika pelaksanaan undang – undang yang lemah akan menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku dan kadar indeks jenayah juga akan meningkat. Antara jenayah yang sedang meningkat naik saban tahun ialah jenayah siber. Pelaksanaan undang – undang yang lemah terhadap pesalah jenayah siber mengeruhkan lagi keadaan ini. Sebagai contoh kesalahan menggodam akaun individu tidak dikenakan hukuman yang berat seperti dipenjara atau didenda dengan bayaran yang tinggi. Ini menyebabkan pesalah – pesalah ini meneruskan lagi aktiviti haram ini kerana mereka berasa mereka tidak akan dikenakan tindakan undang – undang yang serius dan berat. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah mengkaji semula pelaksanaan undang – undang berkaitan dengan jenayah siber ini. Jelaslah bahawa kelemahan undang – undang ini merupakan factor berlakunya jenayah siber.

2. Peningkatan penggunaan internet
Peningkatan penggunaan internet juga merupakan faktor berlakunya jenayah siber. Hal ini kerana pada zaman teknologi moden, masyarakat banyak menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Penggunaan pelbagai aplikasi, laman web dan juga media sosial menyebabkan data peribadi kita perlu dimuat naik ke dalam semua medium tersebut. Hal ini akan memudahkan data peribadi kita diakses di mana – mana jua tanpa perlu keluar atau pergi ke satu – satu tempat. Bukan sahaja maklumat dan data peribadi, data milik kerajaan juga turut boleh didapati dengan mudah oleh individu – individu tidak bertanggungjawab ini sekiranya ada akses internet. Pelbagai maklumat ini, terutamanya maklumat sulit kerajaan boleh disalah guna dan juga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Data ini boleh didapati dengan mudah di atas talian. Menurut satu kajian yang dilakukan penggunaan internet isi rumah meningkat kepada 91.7% pada tahun 2020. Hal ini jelas menunjukkan peningkatan penggunaan internet boleh menyebabkan berlakunya jenayah siber kerana semua data boleh didapati sekiranya ada akses internet.

3. Modus operandi yang licik
Kepakaran dalam bidang teknologi dan IT yang dimiliki oleh seseorang individu boleh mendatangkan pelbagai kesan. Sekiranya individu tersebut menggunakannya kea rah kebaikan maka, hasil baiklah yang akan diperoleh. Jika sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat dan negara. Hacker dan scammer yang menjalankan aktiviti haram ini mempunyai modus operandi yang sangat licik sehinggakan pihak berkuasa juga berjaya dikaburi oleh mereka. Kaedah penggodaman yang sangat teliti dan cekap boleh dilakukan oleh mereka tanpa meninggalkan sebarang bukti. Modus operandi ini juga dirancang dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Sebagai contohnya kes yang menggemparkan seluruh negara pada tahun 1990 yang melibatkan penggodaman system perbankan oleh seorang pegawai eksekutif bank. Dia telah mencuri satu sen daripada setiap akaun bank. Ini jelas memperlihatkan modus operandi yang sangat licik juga merupakan faktor jenayah siber.

4. Sikap individu yang tidak bertanggungjawab
Pada zaman ini individu yang berkemahiran dalam bidang IT juga boleh menjadi penyebab berlakunya jenayah siber. Hal ini kerana terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemahiran yang mereka ada. Mereka mungkin dibayar untuk melakukan jenayah ini kerana kadar upah untuk membuat jenayah ini adalah tinggi. Ini menyebabkan mereka ‘asyik’ untuk terus melakukan jenayah ini demi kepentingan dirinya sendiri. Mereka juga dikenali dengan gelaran ‘scammer’. Sebagai contoh mereka boleh mencuri pelbagai data peribadi milik kita secara haram dengan menggunakan kemahiran yang dia miliki. Pihak Polis Diraja Malaysia menyatakan sebanyak 65 kes kehilangan wang dalam akaun Tabung Haji dilaporkan sehingga April tahun ini. Lebih teruk lagi maklumat peribadi mangsa ini digunakan untuk tujuan memeras ugut dan mendapatkan wang dan juga untuk tujuan peribadi. Ini jelas menunjukkan sikap individu yang tidak bertanggungjawab merupakan salah satu faktor berlakunya jenayah siber.

Photos from A221 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban's post 09/12/2022

NAMA: NUR LIYANA NAJWA BINTI MOHAMMAD YUSOF
NO MATRIK: 291950
TAJUK: CABARAN-CABARAN MEMBENDUNG JENAYAH SIBER

Apakah cabaran dalam membendung jenayah siber??

1. Undang-undang siber yang lemah

Penguatkuasaan undang-undang berhubung kecenderungan jenayah siber adalah penting bagi meminimumkan ancaman siber. Aspek penguatkuasaan yang masih lemah dalam perundangan ICT perlu dikemas kini dan diberi perhatian. Kolaborasi antara negara perlu diperkukuhkan bagi mengatasi isu batasan data. Setiap negara berhadapan dengan cabaran dalam mencegah jenayah siber kerana setiap mereka mempunyai undang-undang yang tidak terpakai oleh negara lain. Perkongsian data akan membolehkan pihak berkuasa menyekat operandi pelaku jenayah.

2. Kekurangan kepakaran teknikal

Penyiasatan di alam siber memerlukan kepakaran teknikal. CyberSecurity Malaysia (CSM) berdepan cabaran untuk mengawal kegiatan jenayah siber berikutan ciri-ciri internet yang pantas dan boleh berlaku tanpa sempadan. Penjenayah memahami aspek teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang membolehkan mereka mengambil kesempatan untuk melindungi diri daripada diburu pihak berkuasa. Perkara ini menyukarkan pihak berkuasa untuk menjejak penjenayah siber untuk diambil tindakan.

3. Kesedaran kelemahan pengguna

Internet kini merupakan medium yang penting kepada orang ramai bagi menyuarakan pendapat serta berkongsi pelbagai isu. Sebagai pengguna, mereka harus sedar mengenai kewujudan jenayah siber dan mempunyai pengetahuan asas mengenai keselematan siber. Sebagai contoh, kes keselamatan siber yang paling kerap dilaporkan adalah kes penipuan yang membabitkan kehilangan wang. Keselamatan siber tidak akan berjaya tanpa wujudnya kesedaran dalam kalangan pengguna.

4. Kurang kerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber

Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana melibatkan pelbagai negara. Pihak kerajaan perlu mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara lain bagi membanteras isu jenayah siber. Perkara ini penting supaya negara dapat meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju lain. Negara memerlukan perkongsian maklumat dan pakar teknologi untuk menghadapi ancaman musuh jenayah siber

09/12/2022

Shahriza binti Mohamad Zin (292095)

Peranan pihak kerajaan dalam mengatasi jenayah siber

09/12/2022

Nur Amalia Maisarah binti Amzi (291690)
Isu Semasa - Jenayah Siber

Sumber: Berita Harian Online

KUALA TERENGGANU: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya, Januari lalu.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Azuan W Ismail, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan terhadap seorang wanita berusia 22 tahun melalui panggilan telefon di Kuala Ibai, dekat ini pada 7.48 pagi, 25 Januari lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 15 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.– BERNAMA

------------------------------------------------------------------
Warning ⚠️

Gejala menyebarkan atau mengugut seseorang untuk menyebarkan gambar atau maklumat peribadi seseorang demi kepentingan sendiri serta dengan niat mengaibkan seseorang, merupakan satu JENAYAH! ‼️

Jangan hanya demi membuat content untuk VIRAL, kita terlibat dalam jenayah.

Betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul 👍🏻

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Terengganu
20###