09/09/2024
Besarnya Pahala Orang Menyumbang Pada Jalan Allah SWT
Mereka menyumbang, Admin buat kerja.
Mereka mencari harta, Admin teruskan menyebar ilmu.
Sesuai dengan firman Allah SWT
{ ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡبِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Admin boleh sahaja buat tanpa buka jalan utk org menyumbang akan tetapi admin teringat firman Allah SWT
{ ... وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبۡتِغَاۤءَ وَجۡهِ ٱللَّهِۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ (272) لِلۡفُقَرَاۤءِ ٱلَّذِینَ أُحۡصِرُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ لَا یَسۡتَطِیعُونَ ضَرۡبࣰا فِی ٱلۡأَرۡضِ یَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِیَاۤءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِیمَـٰهُمۡ لَا یَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافࣰاۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمٌ (273) }
[Surah Al-Baqarah: 272-273]
..Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu p**a tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu p**a) tidak dikurangkan.
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
Allahu'alam.
https://youtube.com/?si=OExaTrMCqQH3lk2b
https://youtube.com/?si=HssRwfMLrUnAbpOy
https://www.tiktok.com/?_t=8lqUcx5OzUV&_r=1
Sumbangan Ikhlas Dialu-alukan untuk meringankan urusan admin😄
Ahmad Syirazi
Maybank
1630 6437 9525
Terima Kasih 🤗
16/07/2024
"Tunggulah Dulu Video Tafsir Tok Guru Tak Lengkap Lagi, Bila Lengkap Nantilah Belajar"
Jika semua orang tunggu lengkap baru nak belajar,
Maka channel ini tidak akan wujud.
Nok dapatkan pendrive atau memory card kuliah tok guru boleh wasap ambe
https://wa.me/60133756297
04/07/2024
Proses Transfer File Himpunan Kuliah Tok Guru Abdul Hadi Awang
Semua dh ada dlm Channel Ini
https://youtube.com/?si=a5JKGyw2TvP19MTa
Asalnya sy tak jual kuliah ni...tapi kalau ada org nak sy boleh bantu utk permudahkan urusan org utk belajar.
29/06/2024
Berminat utk dapatkan koleksi pengajian Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam bentuk pendrive?
A. Pengajian Tafsir Al-Quran
1) Surah Al-Qalam - Mursalat ✅
2) Surah An-Naba' - An-Nas ✅
3) Surah Al-Baqarah ✅
4) Surah Al-Imran ✅
B. Pengajian Hadis Kitab Riyadh As-Salihin.
1) Hadis 1823-1898 ✅
2) Hadis 1-170 ✅
C. Pengajian Fiqh Al-Harakah (Sirah Nabawiyyah)
1) Jilid 1 ✅
2) Jilid 2 ✅
3) Jilid 3 ✅
D. Fiqh Siasah Khulafa' Ar-Rasyidin.
1) Abu Bakar As-Siddiq ✅
E. Pengajian Aqidah
1) Beriman Kepada Rasul ✅
2) Beriman Kepada Malaikat ✅
3) Beriman Kepada Kitab ✅
4) Beriman Kepada Hari Qiamat ✅
5) Beriman Kepada Hari Qiamat (Syurga & Neraka) ✅
6) Beriman Kepada Qada' & Qadar ✅
7) Mukhtasar Mazhab Aqidah & Firqah Umat Islam ✅
8) Muqaddimah Aqidah Muslim ✅
Koleksi ini mengikut pengajian dari Kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari tahun 2012 sehingga 2024. InsyaAllah.
Video = 57.5gb (Pendrive 128gb) / RM100
Mp3 = 15.9gb (Pendrive 32gb) / RM70
Harga Termasuk Postage
https://wa.me/60133756297
09/09/2021
'Kelebihan orang yang Bertaqwa kepada Allah'
Alhamdulillah telah selesai pengajian Tafsir Al-Quran Juz 1,2 dan 3 dari surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah diikuti juga Juz 29 dan Juz 30 dari surah Al-Qalam sehingga An-Nas.
Sekarang kita teruskan kepada pengajian Kitab Riyadh As-Salihin Imam Nawawi dari hadis ke 1823 sehingga 1898 dan pusingan kedua dari hadis 1 sehingga 170. InsyaAllah.
Terima kasih kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana sentiasa istiqamah mengadakan Kuliah Dhuha setiap Hari Jumaat dari tahun 1976 sehingga kini.
Tafsir Surah Al-Mursalat Ayat 1-50 (Kelebihan orang Taqwa kpd Allah) | Tok Guru @Abdul Hadi Awang
Tafsir Al-QuranJuzuk 29 (Surah Al-Qalam hingga Al-Mursalat)Alhamdulillah kita telah selesai pengajian Tafsir A...
03/09/2021
'Pesanan Allah kpd Nabi Muhammad'
Setelah kita pelajari surah-surah berkaitan perjuangan Nabi Muhammad SAW seperti surah Al-Muzzammil dan Al-Muddaththir. Allah memberi semangat kepada Rasulullah.
Jom kita lihat firman Allah yang memberi motivasi kepada Rasul-Nya.
Tafsir Surah Al-Insan Ayat 24-31 (Pesanan Allah kpd Nabi Muhammad) | Tuan Guru @Abdul Hadi Awang
Tafsir Al-QuranJuzuk 29 (Surah Al-Qalam hingga Al-Mursalat)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Himpunan kuliah jum...
02/09/2021
'Ni'mat Syurga'
Al-Quran dan Hadis banyak menceritakan tentang syurga dan neraka. Ni'mat syurga tidak pernah dilihat dengan mata , yang belum pernah didengar oleh telinga dan yang tidak pernah terlintas di dalam hati fikiran manusia.
Yakinlah setiap amalan yang baik dan iman kepada Allah akan mendapat kurnia Allah di akhirat kelak. Allahu'alam.
Tafsir Surah Al-Insan Ayat 9-23 (Ni'mat Syurga) | Tuan Guru Haji @Abdul Hadi Awang
Tafsir Al-QuranJuzuk 29 (Surah Al-Qalam hingga Al-Mursalat)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Himpunan kuliah jum...
02/09/2021
'Peringatan dari Allah'
Allah memberi peringatan kepada manusia dengan menceritakan tentang kejadian manusia. Surah ini memberi penekanan kepada akidah kita.
Marilah sama-sama kita pelajari dan mengambil ikhtibar dari surah ini.
Tafsir Surah Al-Insan Ayat 1-8 (Peringatan dari Allah) | Tuan Guru Haji @Abdul Hadi Awang
Tafsir Al-QuranJuzuk 29 (Surah Al-Qalam hingga Al-Mursalat)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Himpunan kuliah jum...
31/08/2021
'Proses Kejadian Manusia'
Salah satu surah yang menceritakan tentang proses kejadian manusia. Al-Quran juga menceritakan bagaimana manusia diciptakan. Inilah bukti Al-Quran adalah kitab suci dari Allah.
Sama-samalah kita menghayati Tafsir Al-Quran. Bukan hanya membaca atau menghafal tetapi juga memahami dan mendalami setiap ilmu yang terkandung di dalamnya. Allahu'alam.
Tafsir Surah Al-Qiyamah Ayat 16-40 (Proses kejadian manusia) | Tuan Guru Haji @Abdul Hadi Awang
31/08/2021
'Hari Kiamat'
Surah ini sangat menarik alunan bacaan dari ustaz-ustaz sangat merdu. Begitulah juga pengertian dan tafsir surah ini. Sangat menginsafkan.
Surah yang menceritakan tentang hari kiamat sangat memberi semangat dan kekuatan bagi orang yang beriman dengan iman yang teguh.
SubhanAllah.
Tafsir Surah Al-Qiyamah Ayat 1-15 (Hari Kiamat) | Tuan Guru Haji @Abdul Hadi Awang
Tafsir Al-QuranJuzuk 29 (Surah Al-Qalam hingga Al-Mursalat)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Himpunan kuliah jum...
30/08/2021
'Suasana Hari Akhirat'
Islam adalah agama yang sempurna. Sebagai umat islam tidak kira bangsa arab , bangsa melayu , bangsa cina dan bangsa-bangsa lain sekalipom kita wajib percaya tentang Hari Akhirat.
Inilah kelebihan umat islam yang tidak diberi kepada orang kafir. Orang kafir walau banyak amalan baik yang dilakukan tidak memberi kebaikan di akhirat. Tetapi kepada orang beriman sekecil-kecil amalan baik pasti mendapat kebaikan di akhirat begitulah sebaliknya. Allahu'alam.
https://www.facebook.com/Tafsir-Al-Quran-Himpunan-Kuliah-Tok-Guru-Abdul-Hadi-Awang-106242865116202/
Tafsir Surah Al-Muddathir Ayat 30-56 (Suasana Hari Kiamat) | Tuan Guru @Abdul Hadi Awang
Tafsir Al-QuranJuzuk 29 (Surah Al-Qalam hingga Al-Mursalat)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Himpunan kuliah jum...
30/08/2021
'Perjalanan Dakwah Rasulullah'
Marilah kita menghayati perjuangan dakwah Rasulullah SAW di Mekah selama 13 tahun. Sungguh sukar perjalanan dakwah Nabi sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah.
Hijrah bukan berarti mengalah atau melarikan diri tapi bertujuan membina kekuatan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang Agama Islam yang dibawa sehingga berjaya membuka kembali Mekah tanpa pertumpahan darah begitulah kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Agama Islam.
https://www.facebook.com/Tafsir-Al-Quran-Himpunan-Kuliah-Tok-Guru-Abdul-Hadi-Awang-106242865116202/
Tafsir Surah Al-Muddathir Ayat 1-29 (Perjalanan Dakwah Rasulullah) | Tuan Guru @Abdul Hadi Awang
Tafsir Al-QuranJuzuk 29 (Surah Al-Qalam hingga Al-Mursalat)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Himpunan kuliah jum...