🏡 PROGRES TERKINI PONDOK WARGA EMAS MATAR
Alhamdulillah, setelah selesai kerja-kerja pemasangan acuan (formwork), proses penuangan konkrit bagi laluan dan beranda Pondok Warga Emas telah dilaksanakan.
Peringkat ini merupakan satu lagi langkah penting dalam pembangunan Pondok Warga Emas. Alhamdulillah, satu lagi peringkat pembinaan telah berjaya disempurnakan.
Semoga Allah Ta‘ala memudahkan segala urusan pembinaannya dan menjadikan tempat ini medan ilmu, ibadah dan kebajikan buat warga emas.
Mubarak Taqwa Centre - MATAR
Mubarak Taqwa Centre ( Matar )
📖 Suasana Pengajian Dhuha MATAR pagi tadi
Alhamdulillah, pengajian telah disampaikan oleh Al-Fadhil Baba Hambali Muhammad Al-Fathoni Al-Azhari Hafizahullah Ta‘ala dengan tajuk “Indahnya Solat Berjemaah”.
Semoga Allah Ta‘ala mengurniakan kepada kita kefahaman dalam agama, menyinari hati-hati kita dengan cahaya ilmu serta mengurniakan ketenangan dan keberkatan hasil daripada menghadiri majlis-majlis ilmu.
🌿 Mudah-mudahan setiap langkah yang diatur menuju majlis ilmu menjadi sebab bertambahnya iman, dekatnya hati kepada Allah dan beroleh kebahagiaan di dunia serta akhirat.
11/06/2026
Kebahagiaan bukanlah pada banyaknya harta, tingginya pangkat atau sempurnanya kehidupan.
Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila hati merasa cukup dengan segala nikmat yang Allah Ta‘ala kurniakan.
Orang yang sentiasa bersyukur akan sentiasa melihat nikmat, manakala orang yang tidak bersyukur akan sentiasa melihat kekurangan.
🌿 Belajarlah menghargai apa yang ada, kerana rasa cukup adalah antara nikmat yang paling besar.
📲 LIKE | FOLLOW | SHARE
Platform Media Rasmi MATAR
📌TELEGRAM CHANNEL
https://t.me/mubaraktaqwacentre
📌 WHATSAPP CHANNEL
https://whatsapp.com/channel/0029Vb01AIfKAwEcEY7lue0l
10/06/2026
Alhamdulillah, bahan-bahan binaan tiba di tapak bagi meneruskan kerja pembangunan MATAR.
Setiap bata dan simen yang digunakan hari ini adalah hasil sumbangan serta infaq daripada tuan-puan yang budiman.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa bersama perjuangan ini. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham pahala yang berterusan, diluaskan rezeki, dipermudahkan urusan dan dikurniakan keberkatan hidup oleh Allah SWT.
🤲 Jom terus bersama membangunkan MATAR demi melahirkan generasi Al-Quran dan menyuburkan majlis-majlis ilmu.
5630 1103 0153 ( MAYBANK )
PERTUBUHAN SAHABAT MUBARAK TERENGGANU
📲 Sebarang pertanyaan boleh klik link whatsapp berikut
http://www.wasap.my/60103032293/InfaqMatar
10/06/2026
Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan perkara yang berada di luar kemampuan kita, sehingga hati menjadi sempit dan jiwa menjadi letih.
Sedangkan takdir telah pun ditulis oleh Allah Ta‘ala. Tugas kita bukan memikul segala urusan, tetapi berusaha dengan sebaiknya, berdoa dengan sungguh-sungguh dan bertawakal kepada-Nya.
Tenangkan hati, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
📲 FOLLOW
Platform Media Rasmi MATAR
📌TELEGRAM CHANNEL
https://t.me/mubaraktaqwacentre
📌 WHATSAPP CHANNEL
https://whatsapp.com/channel/0029Vb01AIfKAwEcEY7lue0l
PROGRES TERKINI PEMBINAAN ASRAMA & KELAS TAHFIZ MATAR
Alhamdulillah, kerja-kerja ikatan bata bagi pemasangan tingkap sedang giat dijalankan. Tingkap kaca ini nanti akan membolehkan anak anak tahfiz menikmati pemandangan sungai yang mendamaikan sambil menghafaz al-Quran dan menuntut ilmu.
Semoga bangunan ini menjadi tempat lahirnya generasi al-Quran yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus membantu pembangunan MATAR. Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berkekalan.
Kepada yang ingin menyumbang boleh terus ke nombor akaun di bawah :
5630 1103 0153 ( MAYBANK )
PERTUBUHAN SAHABAT MUBARAK TERENGGANU
📲 Sebarang pertanyaan boleh klik link whatsapp berikut
http://www.wasap.my/60103032293/InfaqMatar
Alhamdulillah, kami kongsikan sedikit pandangan dan pengalaman daripada salah seorang jemaah Pengajian Dhuha MATAR setelah mengikuti majlis ilmu di sini.
Semoga MATAR terus menjadi tempat yang menghimpunkan hati-hati yang mencari keredaan Allah, menyuburkan ilmu, menguatkan iman & membawa ketenangan dalam kehidupan. 🤲
Alhamdulillah, bahan-bahan binaan terus tiba di tapak bagi memastikan kerja-kerja pembangunan MATAR berjalan lancar.
Semua ini adalah hasil daripada infaq tuan-puan yang budiman.
Semoga Allah Ta‘ala menerima setiap infaq dan mengurniakan ganjaran yang berpanjangan.
Kami masih membuka peluang kepada sesiapa yang ingin turut sama menyumbang.
5630 1103 0153 ( MAYBANK )
PERTUBUHAN SAHABAT MUBARAK TERENGGANU
📲 Sebarang pertanyaan boleh klik link whatsapp berikut
http://www.wasap.my/60103032293/InfaqMatar
🏡 PROGRES TERKINI PONDOK WARGA EMAS MATAR
Alhamdulillah, hari ini kerja-kerja konkrit asas tangga bagi Pondok Warga Emas MATAR sedang dilaksanakan. Asas yang kukuh merupakan langkah penting sebelum pembinaan tangga diteruskan.
Semoga tempat ini disuburkan dengan ilmu, dihidupkan dengan zikir, dihiasi dengan ibadah, dan menjadi tempat yang membawa ketenangan jiwa di penghujung usia. Semoga Allah Ta‘ala memudahkan segala urusan pembinaannya. 🤲🏻
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lot 676 Jalan Haji Awang, Kg Atas Tol
Kuala Terengganu
21070