16/03/2026
TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG
Setiap sumbangan yang tuan/puan hulurkan bukan sekadar membantu madrasah…
Tetapi membantu anak-anak ini mempelajari Al-Quran, menuntut ilmu agama dan membina masa depan mereka.
Di Madrasah Al Jamiah Dar Ul Buhus, setiap hari mereka duduk bersimpuh membaca Al-Quran, menghafaz ayat-ayat suci dan menuntut ilmu.
Semua ini dapat diteruskan dengan sokongan dan keikhlasan para penyumbang.
Pihak pengurusan madrasah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya hingga ke akhirat.
Semoga Allah membalas segala kebaikan tuan/puan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Terima kasih kerana bersama membantu perjuangan pendidikan anak-anak madrasah.
Madrasah Al Jamiah Dar Ul Buhus
Bukit Berangan, Tepoh Kuala Nerus