Sekolah Kebangsaan Serada

Sekolah Kebangsaan Serada Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Serada, School, Kuala Terengganu.

🏹 Tahniah Wira Cilik SK Serada! 🏹Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil sulung SK Serada, adik Hud & Luth atas penyer...
22/04/2026

🏹 Tahniah Wira Cilik SK Serada! 🏹

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil sulung SK Serada, adik Hud & Luth atas penyertaan dalam acara memanah MSSD Kuala Terengganu 2026. 👏

Walaupun ini merupakan penyertaan pertama, keberanian mencuba sesuatu yang baharu adalah satu langkah yang sangat bermakna. Semoga pengalaman ini menjadi titik permulaan untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang pada masa hadapan.

Teruskan berusaha, asah bakat dan jangan pernah berhenti mencuba! 💪✨

Alhamdulillah, syukur atas pencapaian yang membanggakan! 🌟Tahniah diucapkan kepada Guru Pra Intan Bestari, Cg Suzira dan...
21/04/2026

Alhamdulillah, syukur atas pencapaian yang membanggakan! 🌟

Tahniah diucapkan kepada Guru Pra Intan Bestari, Cg Suzira dan PPM Pn Norlizza atas kejayaan meraih Anugerah Emas dalam Preschool’s Signature Kitchen Peringkat Daerah Kuala Terengganu Tahun 2026. 🏆✨

Usaha, dedikasi dan komitmen yang tinggi telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi! 👏💐

Salam Nuzul Quran17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang selalu membaca Al-Quran da...
07/03/2026

Salam Nuzul Quran
17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang selalu membaca Al-Quran dan mendapat keberkatan darinya.

Salam Nuzul Al-Quran17 Ramadan 1447H bersamaan 7 Mac 2026.Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang membaca ...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran
17 Ramadan 1447H bersamaan 7 Mac 2026.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang membaca al-Quran dan mendapat keberkatannya.

Rabu | 4.2.2026📚 PROGRAM PELANCARAN AKTIVITI NILAM(Nadi Ilmu Amalan Membaca)Sekolah Kebangsaan SeradaAlhamdulillah, Prog...
04/02/2026

Rabu | 4.2.2026

📚 PROGRAM PELANCARAN AKTIVITI NILAM
(Nadi Ilmu Amalan Membaca)
Sekolah Kebangsaan Serada

Alhamdulillah, Program Pelancaran Aktiviti NILAM telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keceriaan dan pengisian bermakna. Program ini bertujuan menyemai budaya membaca dalam kalangan murid serta menjadikan amalan membaca sebagai satu rutin harian yang menyeronokkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ana Muslim Sdn. Bhd. yang saban tahun sentiasa komited berkunjung ke sekolah dan bekerjasama dengan pihak sekolah demi menjayakan program galakan membaca ini. Sokongan berterusan ini amat bermakna dalam usaha melahirkan murid yang berilmu dan berdaya saing.

Pertandingan mewarna Tahap 1, Kuiz Tahap 2 & Jualan buku turut diadakan. Diharapkan agar minat membaca dapat diterapkan sejak usia muda, seterusnya melahirkan murid yang gemar membaca, berfikiran kreatif serta mampu mengurangkan kebergantungan terhadap gajet.

✨ 1 Hari 1 Buku ✨
📖 Membaca jambatan ilmu, asas kecemerlangan masa depan.

Aktiviti padang anak- anak pra sekolah sk serada
22/01/2026

Aktiviti padang anak- anak pra sekolah sk serada

18/01/2026
18/01/2026
16/01/2026

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Serada posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category