SK Kuala Tatau

SK Kuala Tatau Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau,
Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau,
97200 Tatau, Bintulu, Sarawak.

๐Ÿƒ Selamat Hari Gawai Dayak 2026 ๐ŸƒWarga SK Kuala Tatau mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh warga sekolah,...
31/05/2026

๐Ÿƒ Selamat Hari Gawai Dayak 2026 ๐Ÿƒ

Warga SK Kuala Tatau mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, komuniti setempat dan semua yang meraikannya. Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan, kesejahteraan, kemakmuran dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga serta masyarakat.

Semoga semangat perpaduan, kesyukuran dan kebersamaan yang diraikan sepanjang musim Gawai terus mekar dalam kehidupan kita demi membina komuniti yang harmoni, berilmu dan berjaya.

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua! ๐ŸŽ‰








๐Ÿ… Tahniah dan Syabas! ๐Ÿ…Sekalung tahniah diucapkan kepada 6 orang murid SK Kuala Tatau atas kejayaan mewakili Pasukan Bin...
27/05/2026

๐Ÿ… Tahniah dan Syabas! ๐Ÿ…

Sekalung tahniah diucapkan kepada 6 orang murid SK Kuala Tatau atas kejayaan mewakili Pasukan Bintulu dalam Kejohanan Sofbol 12TKB MSS Sarawak 2026 yang telah berlangsung di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS, Kuching pada 3 hingga 8 Mei 2026.

Penyertaan serta semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan amat membanggakan seluruh warga sekolah. Tahniah juga diucapkan atas pencapaian cemerlang Pasukan Lelaki 12TKB yang berjaya meraih Tempat Keempat, manakala Pasukan Perempuan 12TKB berjaya memperoleh Tempat Kelima di peringkat negeri.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua murid untuk terus berusaha, berdisiplin dan berani mencabar diri demi mencapai dalam bidang sukan serta mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. ๐Ÿ’ชโœจ






๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga SK Kuala Tatau, murid-murid, ibu b...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga SK Kuala Tatau, murid-murid, ibu bapa serta komuniti setempat. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai keikhlasan dan pengorbanan, serta menyemai semangat kasih sayang dan perpaduan dalam kehidupan kita.

โ€œDaging (korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripadamulah yang dapat mencapainya.โ€
โ€” Surah Al-Hajj: 37

Semoga segala ibadah dan amalan kita diterima oleh Allah SWT serta diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan bersama insan tersayang. ๐ŸŒน






Selamat Hari Guru 2026.Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendidik atas dedikasi, komitmen dan ja...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendidik atas dedikasi, komitmen dan jasa dalam mendidik anak bangsa. Guru bitara, nadi negara.

๐ŸŒŸ Selamat Hari Guru 2026 ๐ŸŒŸโ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada...
16/05/2026

๐ŸŒŸ Selamat Hari Guru 2026 ๐ŸŒŸ

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa ikhlas mendidik, sabar membimbing serta gigih mencurahkan ilmu demi membentuk generasi masa depan yang cemerlang.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang membina jiwa, menyemai nilai dan mencorakkan masa depan anak bangsa. Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, dedikasi dan jasa yang tidak ternilai.

โœจ Mendidik jiwa, membina bangsa, melakar masa depan. โœจ

Selamat Hari Guru buat semua pendidik, khususnya warga guru SK Kuala Tatau. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk mendidik anak-anak bangsa dengan penuh kasih sayang dan inspirasi. ๐ŸŒน







๐Ÿค Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih ๐ŸคWarga Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau merakamkan setinggi-tinggi p...
16/05/2026

๐Ÿค Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih ๐Ÿค

Warga Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) atas sumbangan sebanyak 250 unit kerusi dan 10 unit meja lipat untuk kegunaan pelbagai aktiviti sekolah.

Majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung pada 5 Mei 2026 di Dewan Terbuka SK Kuala Tatau. Sumbangan ini amat bermakna dan memberi manfaat besar kepada seluruh warga sekolah dalam menyediakan persekitaran yang lebih selesa serta kondusif bagi pelaksanaan program dan aktiviti sekolah.

Sesungguhnya, keprihatinan dan komitmen pihak LPB melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini amat dihargai dan menjadi bukti sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan serta kebajikan komuniti setempat.

Semoga jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan Lembaga Pelabuhan Bintulu akan terus kukuh demi kesejahteraan dan kecemerlangan anak-anak didik pada masa akan datang.





๐Ÿ“šโœจ BENGKEL TEKNIK MENJAWAB TAHAP 2 โ€œROAD TO SUCCESSโ€ โœจ๐Ÿ“šPada hari Sabtu, 9 Mei 2026, pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau...
10/05/2026

๐Ÿ“šโœจ BENGKEL TEKNIK MENJAWAB TAHAP 2 โ€œROAD TO SUCCESSโ€ โœจ๐Ÿ“š

Pada hari Sabtu, 9 Mei 2026, pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau telah mengadakan Program Bengkel Teknik Menjawab Tahap 2 โ€œRoad To Successโ€ bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di dewan sekolah.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk membantu murid-murid membuat persediaan awal serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi ujian dan pentaksiran.

Seramai 30 orang murid Tahap 2 telah menghadiri bengkel ini dengan penuh semangat dan komitmen. Program turut menjemput tiga orang penceramah berpengalaman bagi berkongsi teknik dan strategi menjawab soalan dengan lebih berkesan:

๐Ÿ“– En. Jedidiah Zehuan Lam dari SK Kelawit
(Penceramah Bahasa Inggeris)

โž— En. Mohd. Khairuddin bin Reduan dari SK Sungai Sebungan
(Penceramah Matematik)

๐Ÿ”ฌ En. Nurridzudin Fahmi bin Sadinah Abbas dari SK Tatau
(Penceramah Sains)

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah atas perkongsian ilmu dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat serta menjadi pemangkin kejayaan murid-murid pada masa akan datang. ๐ŸŒŸ






๐Ÿ… Tahniah dan Selamat Maju Jaya! ๐Ÿ…Sekalung tahniah diucapkan kepada anak-anak Menanga yang telah terpilih mewakili Bahag...
03/05/2026

๐Ÿ… Tahniah dan Selamat Maju Jaya! ๐Ÿ…

Sekalung tahniah diucapkan kepada anak-anak Menanga yang telah terpilih mewakili Bahagian Bintulu dalam Kejohanan Sofbol MSSS Peringkat Negeri 2026 yang akan berlangsung pada 3 Mei hingga 8 Mei 2026 di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching.

Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan atas usaha, disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para murid dalam bidang sukan, khususnya sukan sofbol. Semoga peluang ini menjadi pengalaman berharga serta medan untuk mencungkil potensi dan menyerlahkan bakat di peringkat yang lebih tinggi.

Antara guru pengiring dan murid yang terlibat ialah:

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Guru Pengiring
โ€ข Encik Fikrizulhizan bin Armat
โ€ข Cik Mas Anis Syakirah binti Mohd Jafri

๐ŸฅŽ Murid
โ€ข Muhammad Zul Shahafizan bin Zolmy
โ€ข Awang Farhan bin Awang Roslan
โ€ข Razin Khalish bin Ramlee
โ€ข Nurshifa Ashika binti Mohd Andeka
โ€ข Rania Ayesha binti Mahadir
โ€ข Nur Hanifa binti Zairul

Semoga semua peserta sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung, serta berjaya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Didoakan agar kontinjen ini pulang dengan membawa kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama Bahagian Bintulu serta sekolah tercinta.



๐ŸŽ‰ Tahniah dan Syabas! ๐ŸŽ‰Sekalung tahniah diucapkan kepada Kontinjen Zon Kuala atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Keseluru...
03/05/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah dan Syabas! ๐ŸŽ‰

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kontinjen Zon Kuala atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Keseluruhan dalam Karnival Sukan dan Permainan 2026 yang telah berlangsung pada 28 hingga 30 April 2026 di Kampung Warisan Jepak, Bintulu.

Pencapaian ini membuktikan semangat kesukanan, disiplin serta komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para peserta sepanjang karnival berlangsung. Antara kejayaan yang berjaya diraih oleh kontinjen ialah:

๐Ÿ… Bola Sepak โ€“ Naib Johan
๐Ÿ… Sepak Takraw โ€“ Naib Johan
๐Ÿ… Bola Jaring โ€“ Tempat Ketiga
๐Ÿ… Bola Baling Perempuan โ€“ Tempat Kelima
๐Ÿ… Bola Baling Lelaki โ€“ Tempat Kelima

Tahniah dan penghargaan turut diberikan kepada murid-murid SK Kuala Tatau yang telah mewakili sekolah dalam karnival ini:

โšฝ Bola Sepak
โ€ข Muhammad Zul Shahafizan bin Zolmy
โ€ข Mohamad Qhallif bin Mohamad Latif

๐Ÿคพ Bola Baling
โ€ข Nurshifa Ashika binti Mohd Andeka

๐Ÿ Bola Jaring
โ€ข Rania Ayesha binti Mahadir

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua murid untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi, dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan serta kokurikulum pada masa akan datang.



๐Ÿ“š Jom Baca Bersama 10 Minit ๐Ÿ“šPada 23 April 2026, SK Kuala Tatau telah melaksanakan aktiviti Jom Baca Bersama 10 Minit se...
26/04/2026

๐Ÿ“š Jom Baca Bersama 10 Minit ๐Ÿ“š

Pada 23 April 2026, SK Kuala Tatau telah melaksanakan aktiviti Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program yang dikendalikan oleh Pusat Sumber Sekolah SK Kuala Tatau ini telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat penglibatan yang baik daripada warga sekolah.

๐Ÿ“– Aktiviti ini bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan murid di samping meningkatkan minat terhadap bahan bacaan sebagai amalan harian. Suasana aktiviti yang dijalankan turut memberi peluang kepada murid untuk menghayati kepentingan membaca dalam menambah ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah diri.

โœจ Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran aktiviti ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.








Address

Kampung Haji Ismail
Kuala Tatau
97200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kuala Tatau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Kuala Tatau:

Shortcuts

Share

Category