22/05/2026
Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa PPDa dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Minggu PPDa, Anti Buli dan Gangguan Seksual peringkat sekolah pada 18 Mei 2026 sehingga 22 Mei 2026👏🏻
🌹Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang minggu tersebut. Antaranya ialah:
✅Ceramah berkaitan dadah, buli dan gangguan seksual oleh pegawai penjara dari Pusat Koreksional Bintulu dan sarjan dari IPD Tatau.
✅Keceriaan sudut PPDa sekolah
✅Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah Kategori Prasekolah dan Tahap 1
✅Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Kategori Tahap 2
✅Pertandingan Kuiz Interaktif PPDa, Anti Buli dan Gangguan Seksual Kategori Tahap 1 dan Tahap 2 (Berpasangan)
✅Persembahan menarik Anti Buli dan Anti Dadah
Syabas atas pelibatan semua murid SK Kuala Serupai👏🏻👏🏻
Serupai Fly High🫶🏻
SePS Excellent🫶🏻