NADI Kampung Kuala Linggi

NADI Kampung Kuala Linggi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Kampung Kuala Linggi, Education Website, Balairaya Bukit Darat, Kuala Sungai Baru.

13/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting ๐Ÿ‘† rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satuโ€ฆdi mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak pulak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐๐€๐๐“๐ˆ ๐Š๐„๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
12/08/2026

๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐๐€๐๐“๐ˆ ๐Š๐„๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

๐Ÿ“… 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
๐Ÿ•™10.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)









๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก, ๐—›๐—ข๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐— ๐—”๐—›๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
12/08/2026

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก, ๐—›๐—ข๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐— ๐—”๐—›๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

๐Ÿ“… 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)









๐—”๐—œ ๐— ๐—”๐—ž๐—œ๐—ก ๐—”๐——๐—ฉ๐—”๐—ก๐—–๐—˜โ€ฆ ๐—ง๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”? ๐Ÿ˜ญ๐Ÿค– Gais... Jom update ilmu dan diri gais.. Program Perkhid...
12/08/2026

๐—”๐—œ ๐— ๐—”๐—ž๐—œ๐—ก ๐—”๐——๐—ฉ๐—”๐—ก๐—–๐—˜โ€ฆ ๐—ง๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”? ๐Ÿ˜ญ๐Ÿค–

Gais... Jom update ilmu dan diri gais.. Program Perkhidmatan Pintar NADI bawakan kelas yang memang boleh tambah value untuk kita โ€” boleh guna untuk kerja, bisnes ataupun kehidupan harian.

Antara yang korang boleh pilih untuk belajar ๐Ÿ‘‡
๐Ÿค– Teknologi Digital + AI Influence Online
๐Ÿ’ผ Marketing & Business Operation
๐Ÿ“ฑ Buka & pasang Android + setting kamera smartphone
๐Ÿ’ป Microsoft Word Basic
๐Ÿงต Pola Kurung Pesak Gantung
๐Ÿฐ Penyediaan Kek Chiffon
๐ŸŒฑ Pertanian Pintar: semaian benih terung
๐Ÿ” Cyber Hygiene + Cyber Quiz
Minggu ni juga ada Mahir Prompt Engineer โ€” siap dengan peperiksaan Level 1 dan peluang saringan ke Level 2. ๐Ÿ‘€
๐Ÿ’ฌ Kalau boleh upgrade SATU skill dulu, korang pilih apa?
AI / Bisnes / Gajet / Word / Jahit / Masak
Komen satu dekat bawah ๐Ÿ‘‡
Tag kawan yang asyik cakap โ€œApa laa semua nak guna AI..โ€ tu ๐Ÿ˜†

AI MAKIN ADVANCEโ€ฆ TAKKAN KITA MASIH NAK BUAT SEMUA CARA LAMA? ๐Ÿ˜ญ๐Ÿค–

Gais... Jom update ilmu dan diri gais.. Program Perkhidmatan Pintar NADI bawakan kelas yang memang boleh tambah value untuk kita โ€” boleh guna untuk kerja, bisnes ataupun kehidupan harian.

Antara yang korang boleh pilih untuk belajar ๐Ÿ‘‡
๐Ÿค– Teknologi Digital + AI Influence Online
๐Ÿ’ผ Marketing & Business Operation
๐Ÿ“ฑ Buka & pasang Android + setting kamera smartphone
๐Ÿ’ป Microsoft Word Basic
๐Ÿงต Pola Kurung Pesak Gantung
๐Ÿฐ Penyediaan Kek Chiffon
๐ŸŒฑ Pertanian Pintar: semaian benih terung
๐Ÿ” Cyber Hygiene + Cyber Quiz

Minggu ni juga ada Mahir Prompt Engineer โ€” siap dengan peperiksaan Level 1 dan peluang saringan ke Level 2. ๐Ÿ‘€

๐Ÿ’ฌ Kalau boleh upgrade SATU skill dulu, korang pilih apa?

AI / Bisnes / Gajet / Word / Jahit / Masak

Komen satu dekat bawah ๐Ÿ‘‡
Tag kawan yang asyik cakap โ€œApa laa semua nak guna AI..โ€ tu ๐Ÿ˜†

11/08/2026
11/08/2026

TOLONGGGG LAH UPGRADE SKILL KORANG.. ZAMAN SEKARANG NI KALAU TAK TAHU LANGSUNG GUNA AI MEMANG KETINGGALAN JAUH NANTI.. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Kalau tak tahu nak mula dekat mana join je program Perkhidmatan Pintar NADI ada macam-macam kelas yang boleh upgrade hidup, kerjaya dan bisnes korang ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“Š Microsoft PowerPoint Basic
๐Ÿ“ฑ Kenali setting kamera smartphone
๐Ÿ› ๏ธ Belajar buka & pasang Android
๐Ÿงต Jahit pola kurung pesak gantung
๐Ÿฐ Penyediaan kek chiffon
๐Ÿ’ผ Marketing & Business Operations
๐Ÿค– AI Influence Online + perkembangan Mahir Prompt Engineer
๐Ÿ“š Tuisyen Rakyat & VOD Revision

๐Ÿ’ฌ Kalau boleh upgrade SATU skill dulu, korang pilih yang mana?
PowerPoint / Foto / Android / Jahit / AI / Bisnes

Komen pilihan korang ๐Ÿ‘‡
Tag kawan yang selalu cakap โ€œnanti lah aku belajarโ€ tu ๐Ÿ˜†

Scan QR pada poster untuk maklumat lanjut social media Perkhidmatan Pintar NADI.

11/08/2026
04/08/2026
APA LAA NASIB.. CARI KERJA, KENA SCAM.. DAPAT PARCEL, RUPANYA SCAM.. CARI JODOH PUN KENA SCAM?! ๐Ÿ˜ญScammer sekarang memang...
04/08/2026

APA LAA NASIB.. CARI KERJA, KENA SCAM.. DAPAT PARCEL, RUPANYA SCAM.. CARI JODOH PUN KENA SCAM?! ๐Ÿ˜ญ

Scammer sekarang memang kreatifโ€”dia datang ikut benda yang kita tengah cari. Sebab tu korang kena persiapkan diri dengan join program Perkhidmatan Pintar NADI ni. Baru lah susah nak kena scam..

Antara yang korang boleh join ๐Ÿ‘‡
๐Ÿšจ Job Scam, Love Scam & Parcel Scam
๐Ÿค– Prompt Engineer + pengaruh AI dalam kehidupan digital
๐Ÿ’ผ Business Plan Development & Financial Planning
๐Ÿ“ฑ Baiki gajet + asas fotografi smartphone
๐Ÿง Vanilla Muffin & Coklat Muffin
๐Ÿ“š Tuisyen Rakyat + kelas Microsoft Word, Excel & PowerPoint
๐Ÿ’ฌ Jujurโ€ฆ scam mana paling korang risau terkena dekat korang atau keluarga korang?
KERJA / CINTA / PARCEL
Komen satu je dekat bawah ๐Ÿ‘‡
Tag kawan yang senang sangat percaya orang tak kenal tu ๐Ÿ˜…
Scan QR pada poster untuk maklumat lanjut.
See less

APA LAA NASIB.. CARI KERJA, KENA SCAM.. DAPAT PARCEL, RUPANYA SCAM.. CARI JODOH PUN KENA SCAM?! ๐Ÿ˜ญ

Scammer sekarang memang kreatifโ€”dia datang ikut benda yang kita tengah cari. Sebab tu korang kena persiapkan diri dengan join program Perkhidmatan Pintar NADI ni. Baru lah susah nak kena scam..

Antara yang korang boleh join ๐Ÿ‘‡
๐Ÿšจ Job Scam, Love Scam & Parcel Scam
๐Ÿค– Prompt Engineer + pengaruh AI dalam kehidupan digital
๐Ÿ’ผ Business Plan Development & Financial Planning
๐Ÿ“ฑ Baiki gajet + asas fotografi smartphone
๐Ÿง Vanilla Muffin & Coklat Muffin
๐Ÿ“š Tuisyen Rakyat + kelas Microsoft Word, Excel & PowerPoint

๐Ÿ’ฌ Jujurโ€ฆ scam mana paling korang risau terkena dekat korang atau keluarga korang?
KERJA / CINTA / PARCEL

Komen satu je dekat bawah ๐Ÿ‘‡
Tag kawan yang senang sangat percaya orang tak kenal tu ๐Ÿ˜…

Scan QR pada poster untuk maklumat lanjut.

Address

Balairaya Bukit Darat
Kuala Sungai Baru
78200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601127515503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Kuala Linggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to NADI Kampung Kuala Linggi:

Shortcuts

Share