Institut Ketamadunan Melaka - TUAH KUIM

Institut Ketamadunan Melaka - TUAH KUIM Institut ini ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Melaka dan beroperasi di Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Menjalankan aktiviti penyelidikan dan program ilmiah berunsurkan sejarah, budaya, warisan, kesusasteraan dan kemasyarakatan.

30/08/2025
30/08/2025

Kemerdekaan adalah amanah bangsa; Institut Kajian Tuah, UNIMEL terus memartabatkan warisan, memperkasa ilmu, dan meneguhkan jati diri negara demi masa depan bangsa Malaysia. Salam Merdeka 🇲🇾

Dari kami
Institut Kajian Tuah(IKAT), UNIMEL
Noor Adawiyah Ahmad Radzi
Nur Zuraidah

22/08/2025

Assalamualaikum,

Pencarian Pembantu Penyelidik (RA) segera!!

✅Diutamakan org melaka, luar melaka pun boleh mohon (perlu duduk dimelaka)
✅Diutamakan pada lelaki, perempuan pun boleh mohon
✅Minimum ijazah sarjanamuda
✅Ada kemahiran juga dalam bidang It
✅Mempunyai kenderaan untuk mudah bergerak
✅Tempoh 6-12bulan
✅Gaji rm1500

Sekiranya berminat berikan mak lumat dibawah:
Nama:
Umur:
No telefon:
Tempat tinggal:
Pekerjaan:
Status: berkahwin/bujang
Kenderaan: ada /tiada
Bahasa Inggeris:baik/sederhana/sgt baik
Bidang pengajian:
Tahap pengajian:

Hantar maklumat di link ini

📲wassup.my/60143934665/RA2025
Puan Adawiyah
Nur Zuraidah Noor Adawiyah Ahmad Radzi

Selesai gotong royong bilik Institut kajian Tuah (IKAT) ✅. Semoga aktiviti penyelidikan IKAT lebih berjalan lancar selep...
15/08/2025

Selesai gotong royong bilik Institut kajian Tuah (IKAT) ✅. Semoga aktiviti penyelidikan IKAT lebih berjalan lancar selepas ini🤲🏻

Nur Zuraidah Noor Adawiyah Ahmad Radzi

Bengkel Perundingan Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia | 6 Julai 2025 Bertempat di Royale Chulan Hot...
06/07/2025

Bengkel Perundingan Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia | 6 Julai 2025

Bertempat di Royale Chulan Hotel, Seremban. Ahli penyelidik Geran Sumbangan Suruhanjaya UNESCO Kebangsaan (SKUM) diketuai En. Nur Mohd Iqzuan Samsudin mengadakan bengkel pertama untuk merancang pelaksanaan projek ini bagi menjayakan amanah daripada SKUM.

Perbincangan berkait dengan pemilihan bahan-bahan projek, penyediaan platform output, potensi kerjasama dengan pihak berkaitan, penghasilan dan pengumpulan bahan-bahan kajian terkini serta perkongsian pandangan ahli-ahli penyelidik bagi menggerakkan usaha perundingan ini.

Terima kasih atas kehadiran Prof. Dr. Mohd Samsudin yg memberi panduan dan cadangan dalam memulakan inisiatif ini. Permulaan yg positif.

Kita sambung bincang lagi nanti. 🫰🫰🌹

Meraikan Pelajar Latihan Industri | 4 Julai 2025Muhammad dan Aqilah pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Sel...
05/07/2025

Meraikan Pelajar Latihan Industri | 4 Julai 2025

Muhammad dan Aqilah pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Selesai menjalani latihan industri selama 4 bulan di UNIMEL bersama Institut Kajian Tuah (IKAT), mereka akan pulang semula ke kampus dan menamatkan pengajian tidak lama lagi.

Terima kasih memilih UNIMEL sebagai tempat menimba pengalaman. Semoga maju jaya untuk anda.

Turut hadir ialah Dr. Suhaya Deraman, Dekan Fakulti Sains Sosial, Pn. Noor Adawiyah Ahmad Radzi, Ketua IKAT UNIMEL, Pn. Nurliana Subaini, Penyelaras Latihan Industri dan felo-felo penyelidik IKAT. Penyampaian sijil penghargaan dan jamuan ringan diadakan di Cafe Neeta, Masjid al-Ilmi UNIMEL.

Cantik cafe ni sekarang. Kalau stress, perlukan masa healing, jom ngopi. Santai dulu kawannn. 🫰🫰🌹

30/03/2025
SIRI SYARAHAN INSTITUT KAJIAN TUAH (IKAT) BIL. 2/2025: USAHA PENDIGITALAN DAN MENTRANSLITERASIKAN SALINAN MANUSKRIP HIKA...
26/03/2025

SIRI SYARAHAN INSTITUT KAJIAN TUAH (IKAT) BIL. 2/2025: USAHA PENDIGITALAN DAN MENTRANSLITERASIKAN SALINAN MANUSKRIP HIKAYAT HANG TUAH | 26 Mac 2025 (Rabu)

IKAT | DBP | PSM

Penyertaan full house ‼️

Terima kasih Dr. Mardiana Nordin selaku penceramah jemputan dan urus setia yang telah menjayakan program dalam talian ini serta semua peserta. Program turut disertai oleh pensyarah dan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), staf Universiti Islam Melaka (UNIMEL) serta individu dari pelbagai organisasi.

Nantikan Syarahan Bil. 3/2025 pada April nanti.











Jom dah nak mula..Nur Zuraidah
26/03/2025

Jom dah nak mula..
Nur Zuraidah

INSTITUT KAJIAN TUAH (IKAT) MEMBAWAKAN:

SIRI SYARAHAN IKAT
BIL. 2/2025: USAHA PENDIGITALAN DAN MENTRANSLITERASIKAN SALINAN MANUSRIP HIKAYAT HANG TUAH

Wednesday, 26 Mac 2025 • 2:00 – 4:00 pm
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/vxq-hveo-gna

Semua dijemput meluangkan masa menyertai syarahan secara online melalui link yang disertakan.

disediakan

Salam Hormat,
IKAT.

INSTITUT KAJIAN TUAH (IKAT) MEMBAWAKAN: SIRI SYARAHAN IKATBIL. 2/2025: USAHA PENDIGITALAN DAN MENTRANSLITERASIKAN SALINA...
24/03/2025

INSTITUT KAJIAN TUAH (IKAT) MEMBAWAKAN:

SIRI SYARAHAN IKAT
BIL. 2/2025: USAHA PENDIGITALAN DAN MENTRANSLITERASIKAN SALINAN MANUSRIP HIKAYAT HANG TUAH

Wednesday, 26 Mac 2025 • 2:00 – 4:00 pm
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/vxq-hveo-gna

Semua dijemput meluangkan masa menyertai syarahan secara online melalui link yang disertakan.

disediakan

Salam Hormat,
IKAT.

BENGKEL PEMURNIAN PROPOSAL PENYELIDIKAN | 20 Mac 2025 (Khamis)Institut Kajian Tuah (IKAT) UNIMEL bersama Institut Tun Pe...
22/03/2025

BENGKEL PEMURNIAN PROPOSAL PENYELIDIKAN | 20 Mac 2025 (Khamis)

Institut Kajian Tuah (IKAT) UNIMEL bersama Institut Tun Perak (ITP) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Proposal Penyelidikan di Restoran Sealambak, Pangkalan Balak, Melaka.

Empat kumpulan telah membentangkan cadangan penyelidikan berkaitan Panglima Awang / Enrique de Malacca yang akan dijalankan. Perbincangan diadakan bagi pemurnian dan penambahbaikan proposal yang dibentangkan. Cadangan penyelidikan yang telah dimuktamadkan akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri Melaka untuk mendapatkan geran dana penyelidikan di dalam dan luar negara.

Bengkel dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib bin Hj. Dora selaku ketua penyelidik IKAT UNIMEL; En. Hazzlan bin Sama, Pengurus Besar ITP; Prof. Dr. Mohd bin Samsudin, Dekan Fakulti Sains Sosial; pegawai-pegawai ITP serta ahli-ahli penyelidik IKAT UNIMEL.

Bengkel bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 6 petang, serta diteruskan dengan majlis berbuka puasa.









Alhamdulillah selesai mesyuarat kerjasama program antara Institut Kajian Tuah(IKAT),UNIMEL bersama DBP.14 Februari 2025....
14/02/2025

Alhamdulillah selesai mesyuarat kerjasama program antara Institut Kajian Tuah(IKAT),UNIMEL bersama DBP.14 Februari 2025.jumaat. Nantikan aktiviti yg bakal betlangsung sepanjang tahun 2025 ini. 🤲🏻.

❤️Jom sambung Phd dengan Kami..👍🏻
❤️Yuranberpatutan

With Nur Zuraidah

Address

Universiti Islam Melaka (UNIMEL)
Kuala Sungai Baru
78200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Ketamadunan Melaka - TUAH KUIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category