29/01/2026
29 Januari 2026: Rakaman Bual Bicara: Gelombang TVET Lahirkan Tenaga Mahir Di Selangor. Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dr Harizal B. Hamid telah dijemput untuk bersama Media Selangor dalam sesi rakaman Bual Bicara. Dalam temu bual ini Dr Harizal telah berkongsi bersama, topik “Gelombang TVET Lahirkan Tenaga Mahir di Selangor” ini merujuk kepada usaha berterusan kerajaan Negeri Selangor, industri dan institusi latihan seperti STDC dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Selangor sebagai negeri perindustrian utama memerlukan tenaga mahir yang selari dengan keperluan industri semasa seperti automasi, teknologi hijau, digital dan pembuatan pintar. Melalui pendekatan latihan berasaskan industri, pensijilan diiktiraf dan kerjasama strategik dengan pemain industri, gelombang TVET ini bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan daya saing Selangor sebagai hab kemahiran negara. Moga perkongsian Bual Bicara ini dapat memberi perkongsian maklumat dan manafaat kepada rakyat Negeri Selangor khususnya, Malaysia secara amnya.
-X
26/01/2026
Swift Student Challenge Cafe @ STDCx
STDCx is proud to host the Swift Student Challenge Cafe, a full-day preparation programme designed to support students preparing for the Swift Student Challenge 2026.
This event provides a focused co-working environment where participants can work on their Swift Playground submissions, receive guidance and feedback from facilitators, and explore key topics such as design, augmented reality, machine learning, and computer vision through guided labs and live sessions.
📅 Saturday, 7 February 2026
🕗 8:00 AM – 6:00 PM
📍 Selangor Technical Skills Development Centre, Shah Alam (STDCx)
Participation is subject to eligibility screening by the STDCx Secretariat.
🔗 Register here: https://tinyurl.com/SSCstdcx
23/01/2026
PROMOSI JOM MASUK TVET @ STDC SEMPENA PROGRAM LALUAN KERJAYA BERASASKAN SKM
22 Januari 2026 | Khamis
Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) berbesar hati menerima jemputan untuk menyampaikan perkongsian berkaitan laluan pendidikan dan kerjaya TVET dalam bidang Tekstil dan Pakaian kepada para ibu bapa serta murid Tingkatan 4 dan 5 yang mengikuti aliran PVMA kursus Pembuat Pakaian Wanita di SMK Seri Selayang, Batu Caves, Selangor.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid dan ibu bapa mengenai peluang menyambung pengajian di STDC serta peluang kerjaya yang tersedia selepas tamat persekolahan menengah kelak. Perkongsian turut disampaikan oleh pengajar berpengalaman daripada Sektor Tekstil & Pakaian STDC.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu murid dan ibu bapa membuat keputusan yang lebih tepat dan berinformasi, selari dengan minat dan kemampuan diri, serta memahami keperluan semasa industri dalam bidang tekstil dan pakaian.
23/01/2026
22 Januari 2026 | Kunjungan Hormat & Lawatan Kerja
STDC telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Johor Education Group Foundation, KPYPJ serta Kolej Kemahiran Johor bersama barisan Ketua-ketua Sektor.
Rombongan KPYPJ diketuai oleh En. Shahrul Nizar bin Ahmad, Chief Operating Officer, manakala Kolej Kemahiran Johor diketuai oleh En. Ruhaizal bin Abu Amin, Ketua Eksekutif.
Kunjungan ini telah disambut oleh Pn. Norzilawati Md Said, Ketua Operasi, STDC bersama staf pengurusan tertinggi STDC.
🤝 Program ini merangkumi:
▪️ Perkongsian maklumat berkaitan STDC
▪️ Perbincangan dua hala dan perkongsian pengalaman
▪️ Pertukaran pandangan berkaitan tatacara dan amalan terbaik
▪️ Lawatan ke setiap sektor di STDC
Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik serta membuka ruang kerjasama berterusan dalam pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran.
Terima kasih atas kunjungan dan perkongsian bermakna 🌱
# KPYPJ # KKJ
21/01/2026
PROMOSI JOM MASUK TVET @ STDC SEMPENA PROGRAM ORIENTASI (MAJU DIRI) SMK BUKIT KUCHING TENGAH
21 Januari 2026 | Rabu
Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah menerima jemputan untuk berkongsi maklumat berkaitan hala tuju pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET sempena Program Orientasi (Maju Diri) Tingkatan 4 Tahun 2026 yang berlangsung di SMK Bukit Kuching Tengah, Jeram, Selangor. Program ini turut melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 5.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal, maklumat serta hala tuju pendidikan kerjaya dalam bidang TVET, di samping meningkatkan kesedaran tentang kelebihan menyambung pengajian dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam membantu mereka membuat perancangan dan menentukan hala tuju pendidikan serta kerjaya selepas SPM kelak.
20/01/2026
16 Januari 2026 : Majlis Penutup Minggu Suaikenal Pelajar Baharu Sesi Januari2026. Majlis ini telah diadakan di Dewan Auditorium STDC dan telah dirasmikan oleh Dr harizal B. Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif STDC. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran semua pe lajar baharu dan berharap melalui minggu suai kenal ini para pelajar dapat maklumat awal pembelajaran dan persediaan awal sebelum memulakan pengajian. majlis ini turut dihadiri oleh Pn Norzilawati Bt Md Said selaku Ketua Operasi, STDC Kuala Selangor dan PPD, PP setiap sektor.
20/01/2026
17-18 Januari 2026 : STDC telah berjaya melaksanakan kursus persediaan dan pemantapan " Balance Scorecard & KPI Development For Strategic Perfomance Alignment" bertempat di Bilik Korporat STDC Kuala Selangor. Kursus ini telah di sampaikan oleh Jurulatih bertauliah, Tuan Haji Azmi A. Bakar dari syarikat Training Art (ta). Kursus yang diadakan selama 2 hari ini adalah bertujuan bagi STDC melalui Jabatan-jabatannya menyediakan dan memahami keperluan "Balanced Scorecard dan KPI" yang akan digunapakai mulai tahun 2026. Ketua PegawaiEksekutif, Dr Harizal B. Hamid turut turun meluangkan masa dengan merasmikan kursus ini dan berkongsi halatuju keperluan kursus. Semoga segala ilmu yang diperolehi memberi manafaat untuk kakitangan yang terlibat.
14/01/2026
13 Januari 2026:Selasa : Hari Pendaftaran Pelajar Baharu ke STDC...Seramai 100 orang pelajar telah berjaya mendaftar bagi mengikuti program-program SKM/TVET di STDC bagi kemasukan Januari 2026. Tahniah kepada pelajar dan ibu bapa yang memilih STDC sebagai tempat pembentukan Bakat Masa Hadapan Melalui pembelajaran TVET...
13/01/2026
Selamat Datang ke STDC...
Pelajar Baharu Kemasukan January 2026.
08/01/2026
Certified Services Technician Program (CSTP)
Pada 5–6 Januari 2026, STDC telah menganjurkan Certified Services Technician Program (CSTP) melibatkan persijilan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Daikin Shah Alam, dengan penyertaan 17 orang staf Daikin. Program ini dikendalikan oleh pengajar bertauliah dari Sektor Penyamanan Udara STDC bagi memperkukuh pematuhan keperluan perundangan alam sekitar dan amalan kerja lestari.
07/01/2026
Jawatan Kosong di STDC...
Kaunselor Sambilan - Jabatan Hal Ehwal Pelajar
07/01/2026
Jawatan Kosong di STDC...
Pegawai Penilai (PP)- Sektor Teknologi Maklumat.