Tabika Perpaduan Saujana Utama 1

Tabika Perpaduan Saujana Utama 1 Melahirkan murid yang memiliki semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni dalam kehidupan

14/07/2026

KARNIVAL SIHAT HEPILI
Health Promotion In Learning Institution
Peringkat Daerah Kuala Selangor
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sabtu | 11 Julai 2026
SK Saujana Utama

✅Pelbagai pertandingan dalam promosi kesihatan telah diadakan melibatkan pelajar seawal pra persekolahan, sekolah rendah dan sekolah menengah.

💜 Buku Skrap Kesihatan
- Penyertaan telah dihantar lebih awal untuk diadili dan Tabika Perpaduan Saujana Utama 1 mendapat hadiah saguhati.

🩵 Fashion Runaway 3R
- Dua orang murid mewakili Tabika Perpaduan Saujana Utama 1 iaitu adik Wan Iman Aralyn (Hawaii) dan Adhwa' Maa'yish (Batman).
Pakaian mereka diperbuat dari plastik terpakai dan plastik sampah.

✅Diharap pertandingan seperti ini dapat menjadikan anak² kita lebih faham dan menghargai nilai sebuah kehidupan yang lebih sihat.
Terima kasih KKM 🤍
Tahniah semua!

Sabtu |20 Jun 2026 |Stadium Kuala Selangor SUKANEKA PERPADUAN PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR SESI 2026TEMA HAIWAN TP Sa...
22/06/2026

Sabtu |
20 Jun 2026 |
Stadium Kuala Selangor

SUKANEKA PERPADUAN PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR
SESI 2026

TEMA HAIWAN

TP Saujana Utama 1 dengan Team KATAK 🐸

Mengetengahkan maskot katak dengan tagline:

KATAK LOMPAT
KAMI HEBAT 💯

🌀Program yang diadakan dengan 16 kelas di daerah Kuala Selangor yang berentap dengan penuh semangat kesukanan dalam diri semua murid, waris dan guru².

🌀Program yang bertujuan melonjak semangat kesukanan dalam menguji jati diri dan keupayaan semua murid agar berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup mereka.

🌀 Bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Shamsul Imraq, yang berusaha En Mohamad Shahrin Shuib, PPD Kuala Selangor, En Mohd Faruq Husni serta semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program.

🌀Penglibatan semua waris yang memberi kerjasama penuh dalam merealisasikan sukaneka kali ini serta semangat waja anakanda yang hebat-hebat belaka amat dihargai. Jasa kalian akan dikenang selamanya.

🌀Diharapkan semangat kesukanan dapat terus diterapkan dalam kehidupan anakanda kita di masa akan datang.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka 🇲🇾







BENGKEL PELAKSANAAN Program HEPILI Prasekolah dan Tabika (Tunas Doktor Muda)Bagi Guru Tabika Perpaduan Negeri Selangor S...
20/05/2026

BENGKEL PELAKSANAAN
Program HEPILI Prasekolah dan Tabika
(Tunas Doktor Muda)
Bagi Guru Tabika Perpaduan
Negeri Selangor

Sabtu 16 Mei 2026
Secara atas talian

SASARAN DAN PENILAIAN TINGKAHLAKU KESIHATAN
✅ 80% murid berusia 5 dan 6 tahun yang melaksanakan Tunas Doktor Muda mencapai TELAH MENGUASAI bagi 5 daripada 7 tingkahlaku kesihatan.

PROGRAM PERPADUAN DAN KESELAMATAN MAKANAN
✅Keselamatan makanan tanggungjawab bersama.

SENTUHAN TIDAK SELAMAT
✅Mengenal dan membezakan sentuhan orang lain pada diri mereka.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor

27/04/2026

📚 Jom Baca Bersama 10 Minit!

Membaca Membina Bangsa 💯

Pada 23 April 2026, jam 11.00 pagi, serentak di Tabika Perpaduan seluruh negara, kita raikan budaya membaca untuk membina masyarakat berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Lokasi: Tabika Perpaduan Saujana Utama 1
Masa: 11.00 - 11.10 pagi

Mari kita luangkan 10 minit bersama buku demi menyemai minat membaca sejak usia kecil ✅





Tabika Perpaduan Saujana Utama 1 Daerah Kuala Selangor | 18 April 2026 (Sabtu) 8 - 12 tengahari ✅Program Menu Sihat Perp...
20/04/2026

Tabika Perpaduan Saujana Utama 1
Daerah Kuala Selangor |
18 April 2026 (Sabtu)
8 - 12 tengahari

✅Program Menu Sihat Perpaduan - diadakan serentak di Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan seluruh Malaysia.

Pengisian:
🥙 Menu Sihat Perpaduan - Roti John Chicken Crispy
🧑‍🍳 Chef Cilik - Bento
🧰 Sesi perkongsian pemakanan sihat oleh Chef Fathi
⏳ Kuiz piramid makanan sihat bersama murid.

Objektif:
📝 Meningkatkan pengetahuan serta kefahaman murid, ibubapa dan masyarakat mengenai kepentingan menu sihat yang sedap dan mudah disediakan dalam kehidupan seharian.
📝 Mengeratkan kerjasama antara TP dengan ibubapa dan murid dalam pemakanan seharian murid.

✅Terima kasih atas kerjasama Chef Fathi dari Burger Time (Fat Foods) yang sudi membimbing murid dalam penyediaan menu 'Roti John Chicken Crispy' yang lazat dengan penggunaan bahan mentah yang sihat dan berkhasiat.

✅Sesi memberi penerangan tentang piramid makanan sihat yang interaktif untuk kefahaman murid yang lebih mendalam. Di harap, murid semua akan lebih memahami konsep pemakanan sihat dalam kehidupan seharian mereka.

✅ Terima kasih juga buat waris² yang sudi hadir memberi tunjuk ajar dan membantu murid dalam penyediaan Menu Sihat Perpaduan / Bento mereka sendiri.







Tabika Perpaduan Saujana Utama 1, Daerah Kuala Selangor, Selangor | 16 April 2026 (Khamis) 8.30 malamJALINAN MESRA AIDIL...
19/04/2026

Tabika Perpaduan Saujana Utama 1,
Daerah Kuala Selangor, Selangor
| 16 April 2026 (Khamis) 8.30 malam

JALINAN MESRA AIDILFITRI 1447H ✨
Tabika Perpaduan Saujana Utama 1
SESI 2026M

✨ Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari kami di Tabika Perpaduan Saujana Utama 1 dengan kerjasama KRT Taman Saujana Utama 1.

✨ Objektif untuk merapatkan ukhwah sesama kita dan persaudaraan yang terjalin antara guru, murid, waris dan semua AJK KRT.

✨Kegembiraan jelas terpancar di wajah dengan kemeriahan yang suasana Hari Raya yang santai dan berwarna warni.

✨Terima kasih atas semua bentuk sumbangan dari waris dalam menjayakan majlis.

✨ Terima kasih kepada Pengerusi KRT Taman Saujana Utama 1, En Mohd Khalil Haji Nasruni yang telah merasmikan majlis. Kehadiran tuan Nazuwan dan tuan Hanif yang mewakili YB Dato Dr Halim Tamuri, PPD Kuala Selangor, En Mohamad Shahrin bin Shuib, Pengerusi JPTP Saujana Utama 1, Dr Muhammad Firdaus Yahaya dan barisan AJK KRT Taman Saujana Utama 1.
Tidak ketinggalan semua murid, waris murid serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan memeriahkan program.

✨Semoga ukhwah yang terjalin dapat diteruskan hingga ke akhir hayat dan majlis diberkati dan dirahmati Allah SWT.







Address

Kuala Selangor
47, JALAN SP 3/2, SERI PRISTANA

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabika Perpaduan Saujana Utama 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category