01/06/2026
Alhamdulillah, kejohanan lawnbowl SKKS berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan yang luar biasa. Setiap lontaran, setiap strategi dan setiap langkah di gelanggang membuktikan bahawa warga SKKS sentiasa berani mencabar diri untuk menjadi yang terbaik.
Kalah bukan bererti gagal, menang bukan alasan untuk mendabik dada. Yang paling penting ialah semangat juang, kerjasama sepasukan, fokus dan tidak mudah mengalah.
Tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen sepenuhnya. Anda semua adalah pejuang SKKS yang hebat! Teruskan usaha, teruskan berlatih, dan teruskan mengharumkan nama sekolah.
SKKS Boleh! SKKS Hebat! SKKS Juara! 💪🔥