23/07/2026
🌟 PROGRAM KUSESS CARE: "BE SMART, BE SAFE, BE YOU!" Peringkat SM Sains Kuala Selangor Tahun 2026
Tarikh/Hari : 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 petang – 5.00 petang
Sasaran : Semua murid SM Sains Kuala Selangor
Tempat : Surau Al- Ariff, SMSKS ( Murid
Perempuan)
Dewan Mahsuri, SMSKS ( Murid
Lelaki)
Personalia :
Wakil daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
1. Encik Muhammad Nur Adam Bin Mohd Sofi
2. Puan Syafiqah Binti Mohd Arshad
3. Puan Ardini Binti Amra
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SM Sains Kuala Selangor telah berjaya menganjurkan Program KUSESS CARE: "Be Smart, Be Safe, Be You!" sebagai inisiatif memperkasakan kesejahteraan murid melalui pendidikan berkaitan kesihatan mental, keselamatan diri dan pembangunan sahsiah. UBK turut bekerjasama dengan Unit HEM, Unit Disiplin dan Unit Kokurikulum bagi menjayakan program ini. Ini merupakan salah satu pengisian bagi Program KUSESS CARE.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesejahteraan emosi, mengamalkan gaya hidup sihat, mengenal pasti risiko yang boleh mengancam keselamatan diri serta membina kemahiran membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan seharian.
Ceramah yang disampaikan adalah perkongsian maklumat yang memberi pendedahan kepada murid mengenai aspek "Be Smart" (bijak membuat keputusan), "Be Safe" (mengutamakan keselamatan diri) dan "Be You" (menghargai diri serta membina keyakinan diri).
Program berjaya menyemai budaya saling menghormati, prihatin serta bertanggungjawab dalam kalangan murid. Diharapkan ilmu dan nilai yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian demi melahirkan generasi yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan berakhlak mulia.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
"Be Smart. Be Safe. Be You."