SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin

SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Education, Kuala Rompin.

01/10/2013

Seramai 462,940 calon akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh negara membabitkan 3,530 pusat peperiksaan bermula esok hingga 9 Oktober ini.

Daripada jumlah itu, 430,146 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, sekolah bawah agensi kerajaan, selain Kementerian Pendidikan (6,024), sekolah menengah agama negeri (9,906), sekolah swasta (13,637), persendirian (1,008) dan sekolah menengah agama rakyat (2,219).

seramai 33,766 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan PMR pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober nanti.

selamat menjawab peperiksaan kepada kepada semua calon PMR SMK Tanjung Gemok. Anda harapan kami!

Tahniah kepada semua yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat peringkat Ijazah Sarjana Muda
12/07/2013

Tahniah kepada semua yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat peringkat Ijazah Sarjana Muda

PUTRAJAYA 11 Julai - Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.

keputusan permohonan UPU sudah dibuka. boleh periksa di portal MOHE ini untuk maklumat lanjut.kepada mereka yang berkena...
11/07/2013

keputusan permohonan UPU sudah dibuka. boleh periksa di portal MOHE ini untuk maklumat lanjut.

kepada mereka yang berkenaan, anda ditempatkan di mana? kongsikan di sini!

window.onload = function() { var vid = document.getElementById("normalview"); vid.width = window.innerWidth; vid.height = window.innerHeight; } window.onresize = function() { document.getElementById("vid").width = window.innerWidth; document.getElementById("vid").height = window.innerHeight; }

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, 10 amalan yang berdasarkan...
11/07/2013

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, 10 amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1. Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2. Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).
3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
4. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
5. Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka.
6. Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
7. Adalah digalakkan p**a untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
8. Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
9. Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.
10. Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

Dipetik daripada dr zaharuddin abd rahman (2013)

Zaharuddin.net

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam. Semoga amalan kita pada bulan mulia kali ini bertambah dan dili...
11/07/2013

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam. Semoga amalan kita pada bulan mulia kali ini bertambah dan dilimpahi nikmat Allah

Kepada semua guru, ayuh bangun, nyanyikan lagu ini!*KEramat lagu hari guru = Kami Guru Malaysia
17/05/2013

Kepada semua guru, ayuh bangun, nyanyikan lagu ini!

*KEramat lagu hari guru = Kami Guru Malaysia

Lagu ni diciptakan khusus untuk gugu-guru malaysia yang disambut setiap 16 Mei. Selamat Hari Guru

UCAPAN HARI GURU 16 MEI!Walau siapapun mereka, kenanglah jasa mereka yang bergelar guru. Jangan malu bertegur sapa apabi...
17/05/2013

UCAPAN HARI GURU 16 MEI!

Walau siapapun mereka, kenanglah jasa mereka yang bergelar guru. Jangan malu bertegur sapa apabila bertemu. Tidak ternilai betapa gembira dan terharunya mereka, apabila kita mengucapkan “Terima kasih cikgu kerana telah membimbing saya.”

Guru hari ini dan masa depan memerlukan guru yang berpandangan kritis dan jauh, dalam membimbing anak bangsa.

dri Muhammad Mohamd Idris

UCAPAN HARI GURU 16 MEI!seorang gurusinarnya tak pernah hilangia bak mentari yang bersinarcahanya tak pernah padamitu bu...
16/05/2013

UCAPAN HARI GURU 16 MEI!

seorang guru
sinarnya tak pernah hilang
ia bak mentari yang bersinar
cahanya tak pernah padam
itu bukti kekuasaan Allah..
selamat hari guru..cikgu terima kasih kerana mendidik saya..

~Dari Jawahir Hasana~

seorang guru
sinarnya tak pernah hilang
ia bak mentari yang bersinar
cahanya tak pernah padam
itu bukti kekuasaan Allah..
selamat hari guru..cikgu terima kasih kerana mendidik saya..

credit to: semua cikgu2 y pernah mendidik diri ini,..

16/05/2013

Hantarkan ucapan ke page ini sempena Hari Guru!!

16/05/2013

GURU OH GURU!

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang (1979)

*Selamat hari guru kepada semua guru-guru SMK Tanjung Gemok dari tahun pertama sekolah ini ditubuhkan hingga kini!!

AL-FATIHAH IZZUDIN FAHMI.إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDimaklumkan bahawa bekas pelajar SMK Tanjung Gemok, K...
19/04/2013

AL-FATIHAH IZZUDIN FAHMI.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dimaklumkan bahawa bekas pelajar SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin, saudara Izzudin Fahmi (19) telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam. Dilaporkan arwah telah terlibat dalam satu kemalangan di Pekan, Pahang.

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ketentuan-Nya.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

http://www.facebook.com/izzudin.fahmi

21/03/2013

kepada calon SPM 2012 yang berjaya menggapai keputusan cemerlang. dengar cerita ada pelajar yang mendapat 9A1B!!

Address

Kuala Rompin

Telephone

+6094132640

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category