08/10/2026
LAWATAN AUDIT PENILAI LUAR (EXTERNAL ASSESSOR) PROGRAM SIJIL KULINARI & SIJIL OPERASI PERHOTELAN KOLEJ KOMUNITI ROMPIN TAHUN 2026
HARI KEDUA
πTarikh : 6 Oktober 2026 (Selasa)
β°Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
π«Tempat : Kolej Komuniti Rompin
πPenilai Luar :
Dr. Haji Nor Hairul bin Palal dari Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Lawatan penilaian pada hari kedua audit dimulakan dengan sesi semakan dokumen dan penilaian bersama ketua program yang turut dibantu oleh pensyarah program dan pegawai sokongan akademik. Seterusnya, satu pembentangan ringkasan eksekutif telah turut disempurnakan oleh penilai luar, Dr. Haji Nor Hairul bin Palal dalam mesyuarat penutupan lawatan penilaian. Ringkasan hasil dapatan penilaian ini merangkumi kriteria keperluan kelayakan dan standard program serta tujuh bidang dalam laporan penilaian kendiri program (Programme Self-Review Report, PSR).
Lawatan audit ini juga turut dimantapkan lagi dengan sesi perkongsian daripada penilai luar berkenaan Audit Pematuhan MQA dan proses pembinaan item penilaian.
Semoga proses audit ini dapat membantu program Sijil Kulinari & Sijil Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Rompin untuk meningkatkan lagi kualiti penyampaian program serta mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi bagi penambahbaikan kualiti yang berterusan, selari dengan visi kolej komuniti untuk menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.