KVSAS Rompin Official

Call Directions Website Contact the school

KVSAS Rompin Official Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin, Pahang menawarkan 8 jurusan pada peringkat SKM,SVM & DVM

📢 MAKLUMAN RASMIDimaklumkan bahawa berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada tahap Tidak Sihat, ...
08/10/2026

📢 MAKLUMAN RASMI

Dimaklumkan bahawa berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada tahap Tidak Sihat, semua sekolah dan Kolej Vokasional di daerah Rompin akan ditutup pada 9 Oktober 2026 (Jumaat).
Sehubungan itu, pembelajaran akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Mohon ibu bapa/penjaga mengambil maklum dan memastikan pelajar mengikuti PdPR seperti yang ditetapkan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

🏆 TAHNIAH KVSAS! 🏉Syabas dan tahniah buat Pasukan Ragbi KVSAS atas kejayaan meraih JOHAN BOWL dalam Kejohanan Ragbi KV S...
04/10/2026

🏆 TAHNIAH KVSAS! 🏉

Syabas dan tahniah buat Pasukan Ragbi KVSAS atas kejayaan meraih JOHAN BOWL dalam Kejohanan Ragbi KV Series 7s – Piala Pengarah BPLTV 2026!

Teruskan mencipta kejayaan dan mengharumkan nama Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah!

KVSAS BOLEH! KVSAS JUARA!

🔥 USTAZ MIOR DATANG LAGI! 🔥Kali ini kita bukan sekadar dengar ceramah, tetapi nak isi hati, buka minda dan betulkan arah...
02/10/2026

🔥 USTAZ MIOR DATANG LAGI! 🔥

Kali ini kita bukan sekadar dengar ceramah, tetapi nak isi hati, buka minda dan betulkan arah perjalanan hidup. 🤍

Pernah tak kita tertanya-tanya, selepas penat mengejar cita-cita, sibuk dengan tugasan, bengkel, kawan-kawan dan kehidupan sebagai pelajar KV… *sejauh mana kita sudah bersedia untuk menjadi insan yang lebih baik?*

Jom luangkan sedikit masa untuk sesuatu yang mungkin memberi kesan besar dalam hidup kita. ✨

📖 BICARA ILMU 2.0
Kuliah Kitab Ayyuhal Walad
Karangan Imam Al-Ghazali
🎙️ Bersama: Ustaz Mior Hassan Sazali bin Mior Hajjar
📅 3 Oktober 2026 (Sabtu)
🕰️ Selepas Maghrib hingga selesai
📍 Surau Al Hikmah, KVSAS
👥 Sasaran: Semua pelajar asrama

Bukan sekadar hadir, tetapi pulang dengan ilmu. Bukan sekadar mendengar, tetapi mula berubah. 🌿

✨ Jom penuhkan saf, kosongkan seketika kesibukan dan hidupkan hati dengan ilmu!

📢 Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Anjuran: Unit Pembangunan Modal Insan KVSAS & Unit Pengurusan Asrama KVSAS

PROGRAM LATIHAN TVET SECARA MODULAR KEPADA PELAJAR TAHFIZ AL UMM ROMPIN. DENGAN KERJASAMA STRATEGIK KVSAS & PERTUBUHAN P...
01/10/2026

PROGRAM LATIHAN TVET SECARA MODULAR KEPADA PELAJAR TAHFIZ AL UMM ROMPIN.

DENGAN KERJASAMA STRATEGIK KVSAS & PERTUBUHAN PENGGERAK HUFFAZ BERKEMAHIRAN SELANGOR

29 hingga 30 September telah berlangsung Program Latihan TVET Secara Modular kepada pelajar Tahfiz Al Umm Rompin, program ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kolej Vokasional Sultan Abdul Shah (KVSAS) bersama Pertubuhan Penggerak Huffaz Berkemahiran Selangor.

Program yang berlangsung selama dua hari ini memberi peluang kepada para pelajar tahfiz untuk mendalami ilmu dan kemahiran asas dalam bidang Teknologi Automotif, selaras dengan usaha memperkasa generasi huffaz dengan ilmu agama serta kemahiran TVET yang dapat menjadi nilai tambah dalam kehidupan dan kerjaya mereka.

Sepanjang hari pertama hingga hari kedua para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti pembelajaran teori dan amali yang dikendalikan oleh tenaga pengajar bidang Automotif KVSAS. Pengalaman pembelajaran secara hands-on ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap dunia kemahiran dan teknologi automotif dalam suasana pembelajaran yang praktikal dan menyeronokkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar Program Automotif KVSAS atas komitmen, ilmu dan bimbingan yang telah dicurahkan sepanjang program berlangsung.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan program serta menerima sijil transkrip penyertaan dan hadiah. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

KVSAS sentiasa komited dalam membina jaringan strategik bersama pihak industri, agensi dan organisasi berkaitan bagi memperluaskan akses kepada pendidikan dan kemahiran TVET.

Jabatan Hubungan Industri dan Agensi (JHIA)
“Bridging Education with Industry Excellence”










30/09/2026

Program Latihan TVET Secara Modular Kepada Pelajar Tahfiz Anjuran KVSAS Bersama Penggerak Huffaz

Pihak Bahagian Pembangunan (BP) KPM dan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) telah mengadakan...
30/09/2026

Pihak Bahagian Pembangunan (BP) KPM dan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) telah mengadakan sesi lawatan tapak permohonan Projek Rancangan Malaysia Ke-13 (Rolling Plan 3) bagi cadangan pembinaan bangunan baharu dan naik taraf Kolej Vokasional pada 24 September 2026 (Khamis), jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mutiara dan kawasan sekitar KVSAS.

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah dengan sukacitanya merakam...
29/09/2026

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada warga kerja yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas komitmen, dedikasi, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sepanjang tahun 2025.

Senarai Penerima APC 2025:
1. Pn. Hajaratul Murni binti Osman
2. Pn. Siti Noor Albaiyah binti Yahaya
3. Pn. Norzalila Razdiah binti Hassan
4. Pn. Hjh. Aza Liana binti Hamza
5. Pn. Nurul Nadirah binti Mohd Kasim
6. En. Jeapry bin Mohd Tahar
7. En. Rahmad Sahnisopian bin Mohamad@Awang
8. En. Mohd Fadzlee bin Azmi
9. En. Hisyamuddin bin Mohamed Ghazali
10. En. Zuhairi bin Nordin

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, menjadi inspirasi kepada warga KVSAS serta terus memberikan khidmat bakti yang terbaik demi kemajuan dan kecemerlangan pendidikan TVET.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC 2025! 👏🎉







SELAMAT DATANG KE KVSASKolej Vokasional Sultan Ahmad Shah mengalu-alukan kehadiran lima pensyarah baharu yang akan bersa...
29/09/2026

SELAMAT DATANG KE KVSAS

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah mengalu-alukan kehadiran lima pensyarah baharu yang akan bersama-sama memperkukuh bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional di KVSAS:

En. Nik Muhammad Adam bin Zulkifli
Program Teknologi Kimpalan

Cik Yushaireen Syafiqa binti Yusof
Program Teknologi Elektrik

En. Muhammad Amir Firdaus bin Azhafiz
Program Teknologi Automotif

Cik Nur Dini Shahirah binti Mohd Zamri
Program Teknologi Elektrik

En. Ahmad Nur Syazwanuddin bin Juhari
Program Teknologi Elektrik

Kehadiran tenaga akademik baharu ini menjadi nilai tambah dalam memperkukuh kepakaran, meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan serta menyokong kecemerlangan TVET di KVSAS.

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah. Bersama melangkah ke arah kecemerlangan.

SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARUKolej Vokasional Sultan Ahmad Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima k...
29/09/2026

SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat, komitmen serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di KVSAS kepada:

En. Muhamad Arif bin Omar
Pensyarah Program Teknologi Elektrik

Hj. Wan Abdullah Mukhtaruddin Ilyas bin Wan Mohd Nasir
Pensyarah Program Teknologi Automotif

Pn. Nurfara Shuhada binti Mohamed
Pensyarah Program Teknologi Pembinaan

Pn. Nur Munira binti Abdullah
Pensyarah Unit Sains & Matematik

Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan dalam melangkah ke tempat baharu. Segala kenangan dan jasa yang ditinggalkan akan sentiasa dikenang.

Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu!

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah menzahirkan ucapan takziah yang mendalam atas kembalinya ke rahmatullah Tun Dr. Siti ...
28/09/2026

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah menzahirkan ucapan takziah yang mendalam atas kembalinya ke rahmatullah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, melimpahkan rahmat serta menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. 🤲🏻🕊️



BPLTV merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah🤲🏻🕊️


Address

KM. 6, Jalan Endau-Rompin
Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094146622

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KVSAS Rompin Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KVSAS Rompin Official:

Shortcuts

Share