Teknologi Elektrik dan Elektronik - KVSAS Rompin

Call Directions Contact the school

Teknologi Elektrik dan Elektronik - KVSAS Rompin Halaman ini merangkumi aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan amali yang dilaksanakan oleh pelajar

πŸ“’ LANGKAH KE INDUSTRI: PERKONGSIAN ALUMNI & OJTAlhamdulillah, program Langkah Ke Industri bertemakan β€œPengalaman Dikongs...
24/09/2026

πŸ“’ LANGKAH KE INDUSTRI: PERKONGSIAN ALUMNI & OJT

Alhamdulillah, program Langkah Ke Industri bertemakan β€œPengalaman Dikongsi, Kerjaya Diinspirasi” telah berjaya dilaksanakan pada 21 September 2026 di Bengkel Elektrik KVSAS.

πŸŽ“ Sambung Belajar
En. Muhammad Nur Irfan bin Mohd Zaini

🏭 Pengalaman Kerja
En. Mohamad Zamir Haikal bin Mat

🦺 Pengalaman OJT
En. Muhamad Ariq Anwar bin Mohd Fadzly
En. Muhamad Faris bin Azman

🎀 Moderator
Nur Khayrin Qistina binti Mohd Faizol

πŸŽ™οΈ Pengacara Majlis
Muhammad Aqil bin Ahmad Fauzi

Terima kasih kepada semua panel dan pihak yang terlibat. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi serta membantu pelajar 1 CEA & 2 DEA membuat persediaan menuju alam pengajian dan industri.

✨ β€œPengalaman Dikongsi, Kerjaya Diinspirasi.”

Sekalung Tahniah kepada barisan peserta pelajar SVM dari PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK KVSAS bersama Pensyarah pembimbing d...
19/09/2026

Sekalung Tahniah kepada barisan peserta pelajar SVM dari PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK KVSAS bersama Pensyarah pembimbing diatas kejayaan menggondol 1 PERAK dan 1 GANGSA dalam pertandingan International Innovation & Entrepreneurship Challenge 2026 (i-IEC 2026). Teruskan kecemerlangan kalian!πŸ₯³πŸ₯³.



πŸ”₯ IDEA DICETUSI, INOVASI DILAHIRKAN! πŸš€βš‘Pada 15 September 2026 (Selasa), bertempat di Bilik Persediaan Pelajar, Bengkel E...
17/09/2026

πŸ”₯ IDEA DICETUSI, INOVASI DILAHIRKAN! πŸš€βš‘

Pada 15 September 2026 (Selasa), bertempat di Bilik Persediaan Pelajar, Bengkel Elektronik, telah berlangsung Pembentangan Projek Mini DEB3013 – Embedded System dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sesi pembentangan ini turut diserikan dengan kehadiran Panel Jemputan, Ketua Jabatan Teknologi Awam, Ts. Irulnizam bin A. Hamid.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar Tahun 2 Diploma Elektronik atas komitmen, kreativiti dan keberanian membentangkan hasil projek! Setiap projek bukan sekadar litar, sensor dan kod β€” tetapi bukti bahawa idea kecil mampu menjadi penyelesaian sebenar. πŸ’‘πŸ”§

πŸ† TAHNIAH & SYABAS KEPADA PARA PEMENANG!

πŸ₯‡ PEMBENTANG TERBAIK
Amirul Luqman bin Amirul Shahril
🎀 Keyakinan β€’ Penguasaan β€’ Penyampaian

πŸ† PROJEK TERBAIK
MEDICARE
❀️ Inovasi teknologi ke arah penyelesaian yang memberi impak

🎬 VIDEO TERBAIK
SMART BLIND STICK
🦯 Teknologi pintar untuk kehidupan yang lebih selamat dan berdikari

πŸ”₯ Terus cipta. Terus mencuba. Terus berinovasi.
Hari ini projek mini, esok mungkin produk sebenar! πŸš€

Barisan pensyarah Program Teknologi Elektrik serta guru kelas dan pelajar bagi sesi 2026/2027:
10/09/2026

Barisan pensyarah Program Teknologi Elektrik serta guru kelas dan pelajar bagi sesi 2026/2027:



πŸŽ“ TAHNIAH & SELAMAT MELANGKAH KE HADAPANTahniah kerana berjaya menamatkan sesi pembelajaran di KVSAS serta OJT DVM. Semo...
29/08/2026

πŸŽ“ TAHNIAH & SELAMAT MELANGKAH KE HADAPAN

Tahniah kerana berjaya menamatkan sesi pembelajaran di KVSAS serta OJT DVM. Semoga kamu semua terus berkembang dalam bidang yang diceburi dan berjaya mengejar impian masing-masing.

Hari ini menentukan perjalanan 30 tahun akan datang. Teruskan belajar, teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti bermimpi. ✨

Pendidikan akan membuka lembaran yang lebih baik dalam kehidupan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk melangkah lebih jauh.

Teruskan mengejar impian. Semoga Allah memeluk setiap mimpi dan mempermudahkan perjalanan kalian. 🀍

Selamat maju jaya! πŸŽ“βœ¨

πŸŽ‰ TAHNIAH PELAJAR TEKNOLOGI ELEKTRIK KOHORT 2025! βš‘πŸŽ“Syabas atas pencapaian cemerlang dalam PB Akademik & PB Vokasional. ...
29/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH PELAJAR TEKNOLOGI ELEKTRIK KOHORT 2025! βš‘πŸŽ“

Syabas atas pencapaian cemerlang dalam PB Akademik & PB Vokasional. 🌟

Teruskan usaha, kekalkan momentum dan jangan pernah berhenti meningkatkan potensi diri. Hari ini kita raikan pencapaian, esok kita kejar kejayaan yang lebih tinggi! πŸ’ͺπŸ”₯

⚑ Teknologi Elektrik KVSAS β€” Terus Melangkah, Terus Cemerlang!

πŸŽ“βœ¨ TAHNIAH & SYABAS WARGA DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK KOHORT 2024! βœ¨πŸŽ“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepad...
21/08/2026

πŸŽ“βœ¨ TAHNIAH & SYABAS WARGA DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK KOHORT 2024! βœ¨πŸŽ“

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Diploma Teknologi Elektronik, Kohort 2024, Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS), Rompin atas kejayaan menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi!

Lebih membanggakan, kejayaan ini hadir ketika para pelajar masih menjalani On-the-Job Training (OJT) yang bakal melabuhkan tirainya pada 28 Ogos 2026.

Belum pun menamatkan sepenuhnya perjalanan diploma, namun langkah ke peringkat ijazah sarjana muda telah pun terbuka luas. Ini membuktikan bahawa usaha, disiplin, kemahiran TVET dan kesungguhan dalam menimba ilmu mampu membawa anak-anak KVSAS melangkah lebih jauh.

🌟 Daripada bengkel ke industri, daripada diploma ke menara ilmu.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah tawaran pengajian, tetapi menjadi bukti bahawa pendidikan TVET mampu melahirkan generasi berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia untuk masa hadapan.

Teruskan kecemerlangan dan jangan pernah berhenti mengejar impian. Semoga langkah seterusnya membawa lebih banyak kejayaan dan membanggakan keluarga, para pensyarah serta seluruh warga Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah.

Hari ini pelajar TVET, esok pemacu teknologi negara. πŸ‡²πŸ‡Ύβš™οΈπŸ’™

Tahniah sekali lagi! Teruskan Kecemerlangan! πŸ‘πŸŽ“βœ¨









Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar Program Teknologi Elektrik yang telah berjaya mendapat tawaran melan...
19/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar Program Teknologi Elektrik yang telah berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda! πŸŽ“βœ¨

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, kesungguhan dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang menuntut ilmu. Jadikan kejayaan ini sebagai langkah pertama untuk mencapai impian yang lebih besar.

Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa dan sentiasa percaya pada kemampuan diri. Semoga perjalanan di peringkat ijazah dipermudahkan, diberikan kejayaan yang cemerlang dan menjadi insan yang berjaya serta membanggakan keluarga, pensyarah dan Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah.

Selamat maju jaya dan teruskan melakar kejayaan! 🌟
β€œHari ini melangkah sebagai pelajar, esok berdiri sebagai graduan.” πŸŽ“


🀝 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🀝Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Pela...
16/08/2026

🀝 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🀝

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Pelajar Program Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah atas komitmen, disiplin, semangat berpasukan serta kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan Program Memorandum Persefahaman (MoU) antara Energy High Tech Sdn. Bhd. dengan Kolej Vokasional Zon Pahang dalam Bidang Teknologi Elektrik.

Kehadiran, penglibatan aktif dan sikap profesional yang ditunjukkan telah memberikan imej yang sangat baik kepada program serta mencerminkan kualiti pelajar TVET yang berdaya saing.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh jaringan industri dan melahirkan graduan Teknologi Elektrik yang kompeten, berintegriti serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! πŸ‘βš‘οΈ

16/08/2026

πŸ“’ PENGHARGAAN PROJEK CSR ⚑️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah dan pelajar Program Teknologi Elektrik atas sumbangan dan khidmat bakti dalam:

⚑️ Projek CSR Pendawaian Elektrik
πŸ“ Bengkel Teknologi Pembinaan, KV Muadzam Shah, Pahang
πŸ“… 10–11 Ogos 2026

Pensyarah:
Hj. Ahmad Shahriman bin Yusop
Ts. Wan Mazlan bin Wan Sulaiman
En. Suhaimi bin Sidek
En. Nor Azamuddin bin Ahmad
En. Mohd Raffiq bin Bohari

Pelajar:
Badrul Syahmil bin Badrul Hisam
Muhammad Ezzul Fahmi bin Muhammad Sahidin
Muhammad Fahmi bin Azman
Muhammad Haikal bin Mohd Afizal
Ahmad Zahirul Ikmal bin Ahmad Sayuti
Che Ku Thaqif bin Che Ku Roslan
Mohamad Ezaiful bin Azmin
Muhammad Ad Deen Nazmi bin Mohd Nasir
Muhammad Danish Haziq bin Mohd Ridzuan
Muhammad Farish Danley bin Amiruddin
Raja Muhammad Amir Syahmi bin Raja Sharul Adi
Zikry Irfan bin Mohammad Zakiuddin

Semoga pengalaman ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman pelajar dalam situasi sebenar bidang elektrikal.

πŸ‘ Syabas dan terima kasih atas komitmen semua

Address

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah
Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094146622

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Elektrik dan Elektronik - KVSAS Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Teknologi Elektrik dan Elektronik - KVSAS Rompin:

Shortcuts

Share