Maahad Darul Mahfuz

Maahad Darul Mahfuz Sebuah sekolah yang ditubuhkan sebagai memenuhi keperluan tarbiah ilmiah kepada generasi muda.
(1)

Sebuah institusi pengajian Islam yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tarbiah generasi muda. Aktiviti utamanya adalah membetulkan bacaan al-Quran, pemeliharaan ingatan terhadap bacaan al-Quran dan praktikal amalan sunnah seharian.

NAK SAHAM YANG TAK PERNAH 'RUGI' WALAUPUN KITA DAH TIADA? 🌙✨Setiap huruf Al-Quran yang dibaca, setiap ayat yang dihafal ...
22/04/2026

NAK SAHAM YANG TAK PERNAH 'RUGI' WALAUPUN KITA DAH TIADA? 🌙✨
Setiap huruf Al-Quran yang dibaca, setiap ayat yang dihafal oleh anak-anak syurga di Maahad Darul Mahfuz, pahalanya mengalir terus kepada anda yang menyumbang.
Bayangkan, pelaburan kecil anda hari ini menjadi saksi besar di akhirat kelak
Untuk pengetahuan tuan puan Anak-anak tahfiz di Maahad Darul Mahfuz, Tanjung Ipoh memerlukan ihsan anda untuk terus belajar dalam keadaan yang kondusif
Sumbangan anda membantu kami menaik taraf asrama dan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka:

🏢 Menaik Taraf Fasiliti: Sediakan asrama & sekolah yang lebih selesa.

📚 Keperluan Kurikulum: Memastikan kelengkapan belajar yang sempurna.

🍱 Kebajikan Pelajar: Menampung kos makan & minum anak-anak tahfiz.

Mudahkan perjalanan mereka, moga Allah permudahkan urusan kita dunia & akhirat.

Sumbang Ikhlas ke:
https://pengajiandarulmahfuz.onpay.my/order/form/sumbangan_darulmahfuz

Atau hubungi kami untuk info lanjut:
👉 017-225 7353

Moga Allah rahmati kita dan lindungi kita dari melakukan keengkaran kepadaNya.
28/03/2026

Moga Allah rahmati kita dan lindungi kita dari melakukan keengkaran kepadaNya.

Macam mana nak tahu orang Melayu tu buat benda haram? Tak payah tanya, dia beritahu sendiri.

Bolot bantuan zakat walau sendiri dah kaya raya? Dia sendiri tayang di media sosial.

Kumpul harta hasil rasuah dan pecah amanah? Dia sendiri akan cerita kat orang.

Masuk kelab malam minum arak? Dia sendiri akan upload gambar.

Mati merempit? Kawan-kawan sendiri akan masukkan dalam TikTok.

LGHDTV? Dia sendiri akan buat video panjang-panjang dan post gambar jijik dia. Tak apa, ramai akan follow atas alasan kasih sayang dan "tak nak judge".

Buat tatu di lengan? Dia sendiri akan posing baik punya tunjuk lengan masih merah. Tak menyabar nak tunggu sembuh dulu. Perasaan nak menayang tu membuak-buak.

Sebab apa? Dalam jiwa orang Melayu yang miskin pencapaian, perbuatan melawan tuhan tu dianggap pencapaian paling besar dalam hidupnya. Apa yang orang tak berani buat, dia buat. Jadi dia akan rasa nak tunjuk pada semua orang. Berbeza dengan orang Melayu yang kaya dengan pencapaian, mereka ini sebaliknya sangat susah nak tunjuk kejayaan mereka pada semua. Diam-diam ubi berisi saja.

Tak ada empati saya untuk orang yang tiada empati pada diri sendiri. Bila ada masalah saja, semuanya salah orang lain, bukan salah sendiri. Salah dipess, salah expectation orang sekeliling, salah itu dan ini.

Masalah mental dipakai macam aksesori. Semua nak mengaku dipess, tapi tak ada seorang pun nak mengaku attention seeker. Walhal attention seeker pun masalah mental juga, kenapa tak nak mengaku?

Jika hukum kata haram, seribu alasan pun tak mengubah hukum. Matlamat tak menghalalkan cara. Jika dengan banyaknya duit, banyak cara kita boleh lawan tuhan, maka lebih baik kita mohon doa supaya kekayaan kita dicabut saja. Barulah tak ada peluang nak buat maksiat, buat mural di lengan sebab tak mampu nak bayar.

Berhenti sokong budaya songsang.

Bila sakit, cari ubat. Bukan cari kamera.

Sekian.

🤲Ramadan Ini, Jangan Lepaskan Peluang Bersedekah. Mungkin RM10 Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Untuk Anak Tahfiz.Ketika kita...
08/03/2026

🤲Ramadan Ini, Jangan Lepaskan Peluang Bersedekah. Mungkin RM10 Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Untuk Anak Tahfiz.

Ketika kita berbuka bersama keluarga,
mereka berbuka sederhana di asrama.

Ketika kita berehat selepas tarawih,
mereka masih mengulang hafalan ayat-ayat Al-Quran.

Mereka tidak meminta kemewahan.

Cuma perlukan sedikit bantuan untuk:
✔ Keperluan makan & minum
✔ Kemudahan pembelajaran
✔ Penambahbaikan asrama

Setiap ayat Al-Quran yang mereka hafal,
insyaAllah pahala mengalir juga kepada yang membantu.

✨ Ramadan adalah bulan terbaik untuk bersedekah.

Jika berkemampuan, hulurkan sedikit sumbangan untuk mereka.
Klik butang whatsapp untuk maklumat lanjut!

01/03/2026

Ramai anak tahfiz terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan. Di bulan Ramadhan ini, jadilah penyelamat mereka dengan menyumbang walaupun RM1.

Setiap sumbangan anda dapat membantu anak-anak Tahfiz belajar Al-Quran dengan lebih selesa. 🌙

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” (HR. Ahmad)

🤲 Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini jadikan peluang ini untuk tambah pahala dan menolong mereka menimba ilmu Allah.

“Saya Nak Menyumbang… Tapi Betul Ke Dana Ni Sampai & Bantu Para Huffaz?” 😟Orang Baik Yang Nak Bersedekah, Tapi Risau Sal...
16/02/2026

“Saya Nak Menyumbang… Tapi Betul Ke Dana Ni Sampai & Bantu Para Huffaz?” 😟
Orang Baik Yang Nak Bersedekah, Tapi Risau Salah Salur & Tak Nampak Ke Mana Dana Digunakan…

Setiap hari, para pelajar tahfiz di Maahad Darul Mahfuz berusaha menghafaz Al-Quran demi menjadi generasi pewaris ummah.

✨ Inilah peluang anda untuk jadikan sedekah sebagai saham akhirat yang berterusan.

Sumbangan anda akan digunakan untuk:
✅ Menambahbaik fasiliti asrama & sekolah
✅ Memenuhi keperluan pembelajaran pelajar
✅ Menyediakan keperluan makanan harian huffaz

Walaupun sedikit… besar nilainya di sisi Allah.

Pelaburan Dunia, Saham Akhirat.
Semoga setiap ringgit menjadi asbab terpeliharanya hafazan Al-Quran & akhlak generasi akan datang. 🤲🏻

Mak Ayah Yang Ada Anak Lelaki 10–13 Tahun…Nak anak jadi tenang, berdisiplin & ada arah hidup jelas.Tapi sekarang ni dia ...
18/01/2026

Mak Ayah Yang Ada Anak Lelaki 10–13 Tahun…
Nak anak jadi tenang, berdisiplin & ada arah hidup jelas.
Tapi sekarang ni dia makin keras, leka & susah dibentuk.

Realitinya pahit.
Umur ni kalau terlepas, susah nak pusing balik.

Tahfiz bukan sekadar hafal.
Ia latih disiplin, fokus & akhlak - setiap hari.

Di Darul Mahfuz:
📖 Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
🕌 Tarbiah, adab & sunnah harian
👦 Lelaki 10–13 tahun sahaja

⚠️ Bila lepas usia ni, pintu makin sempit.
📲 Tekan butang WhatsApp di bawah SEKARANG untuk kami bantu.

Kalau bukan sekarang anda betulkan arah hidup anak,
nanti anda cuma mampu nasihat… tanpa kuasa. 💥

Pengambilan untuk Sesi 2026, kini dibuka.
02/12/2025

Pengambilan untuk Sesi 2026, kini dibuka.

Salam Jumaat yang penuh berkat.JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN!Sayyidina Abdullah bin Mas’ud رضي الله تعالى عنه berkata...
28/11/2025

Salam Jumaat yang penuh berkat.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN!

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud رضي الله تعالى عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia mendapat satu hasanah sebagai balasan bagi satu huruf itu dan ganjaran untuk satu hasanah ialah sepuluh hasanah seumpamanya. Saya tidak mengatakan bahawa ‘الم’ adalah satu huruf, bahkan ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ adalah satu huruf dan ‘mim’ adalah satu huruf. Yakni, kesemuanya tiga huruf yang dengan membacanya telah mendapat tiga puluh hasanah.” (Tirmizi)

Sayyidina Abdullah bin ‘Amr رضي الله تعالى عنهما meriwayatkan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “Pada hari kiamat akan diseru kepada ahli al-Quran, ‘Teruslah membaca al-Quran dan naiklah tingkat-tingkat syurga. Bacalah dengan tartil sebagaimana di dunia kamu telah membaca dengan tartil. Maqam kamu ialah pada ketinggian yang kamu sampai semasa membaca ayat yang terakhir.’.” (Tirmizi)

Sayyidina Mu’az Juhani رضي الله تعالى عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua-dua ibu-bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, yang mana matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana p**a keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?” (Ahmad, Abu Daud)

Sayyidina Ali رضي الله تعالى عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “ Sesiapa membaca al-Quran lalu menghafaznya, menghalalkan apa-apa yang halal di dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram di dalamnya, akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan Allah سبحانه وتعالى akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.” (Tirmizi, Ahmad)

BEGITULAH BANYAKNYA kelebihan-kelebihan atau ganjaran-ganjaran yang Allah سبحانه وتعالى sediakan untuk sesiapa sahaja yang ada kaitannya dengan Kitab Allah سبحانه وتعالى, al-Quran yang mulia.

Demi untuk merebut peluang kemuliaan-kemuliaan seperti yang disebut di dalam hadis-hadis di atas, MAAHAD DARUL MAHFUZ (MDM) yang beralamat di No. 1, Kampung Ujong Tanjong, 71500 Tanjong Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, ditubuhkan agar manfaat al-Quran dapat disebarkan kepada seluruh ummat di seluruh alam.

Kepada tuan/puan, para dermawan yang mulia, sekiranya ingin menyumbang kepada perjalanan usaha membangunkan ummah yang diusahakan oleh Maahad Darul Mahfuz, sila klik link di bawah:

https://pengajiandarulmahfuz.onpay.my/order/form/sumbangan_darulmahfuz

ATAU

Boleh menyumbang terus ke akaun berikut:

Bank: Maybank
Nama Akaun: Pusat Pengajian Tahfiz Al Falah (Nama Lama)
Nombor Akaun: 562674226645

Sumbangan yang diberikan sama ada banyak atau sedikit tetap besar nilainya di sisi Allah. Setiap kebaikan yang terhasil dari bacaan al-Quran pelajar-pelajar ini, semuanya akan masuk ke dalam catatan amal para penyumbang yang budiman.

Abu Mas’ud Badri رضي الله تعالى عنه berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Sesiapa yang menjadi penyebab supaya orang lain melakukan kebaikan akan mendapat ganjaran yang sama sebagaimana pelaku kebaikan itu sendiri.” (Muslim)

Tambahan lagi, sumbangan-sumbangan untuk kemajuan ummat ini adalah perbelanjaan di jalan Allah ﺴﺑﺣﺎﻨﻪ ﻮﺘﻌﺎﻠﻰ.

Khuraim bin Fatik رضي الله تعالى عنه berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Sesiapa yang berbelanja di jalan Allah سبحانه وتعالى maka akan ditulis untuknya tujuh ratus kali ganda.” (Tirmizi)

Semoga Allah سبحانه وتعالى memilih kita untuk terus berkhidmat kepada agama dan menerima amalan kita di sisi-Nya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian +60122671027/+60172257353

Assalamualaikum warahmatullah...Salam Jumaat yang penuh berkat.JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN!Sayyidina Abdullah bin M...
21/11/2025

Assalamualaikum warahmatullah...

Wahai Allah!Ajarkanlah kami.Bimbinglah kami.Hasilkanlah manfaat daripada diri kami.Maafkanlah kami.Kasihanilah kami.Teri...
15/08/2025

Wahai Allah!

Ajarkanlah kami.
Bimbinglah kami.
Hasilkanlah manfaat daripada diri kami.
Maafkanlah kami.
Kasihanilah kami.
Terimalah kami.

Address

No. 1, Kampung Ujong Tanjong, Tanjong Ipoh
Kuala Pilah
71500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60122671027

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Darul Mahfuz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Darul Mahfuz:

Shortcuts

Share