Madrasah Darul Islah

Madrasah Darul Islah MADRASAH DARUL ISLAH
(JHEAINS : 41-133/2012)

Infaq Dana Dakwah Madrasah ----->
https://madrasahdarulislah.onpay.my/order/form/infaq_dana_dakwah

MADRASAH DARUL ISLAH (Pondok Ulu Gemilang) adalah sebuah Institusi Pengajian Bersistemkan Pondok Tradisional yang pertama di Negeri Sembilan berdaftar dengan JHEAINS (No. rujukan pendaftaran: 41-133/2012). SEJARAH PENUBUHAN

• Pecah Tanah – Mei 2011
• Pembinaan Pondok Induk (Sebagai Surau Dan Dewan Kuliah Sementara) secara bergotong-royong – Mei 2011 (Siap Dibina Pada Jun 2011)
• Pembinaan Pondok

Penginapan Pelajar (10 Buah Pondok) – Julai 2011
• Mula Beroperasi (Solat Terawih Bulan Ramadhan 1432) – Ogos 2011
• Mula Menerima Pelajar – Disember 2012

OBJEKTIF

• Menghidupkan Serta Mengekalkan Sistem Pengajian Pondok Tradisional.
• Memperkenalkan sistem pengajian halaqah islam secara bertalaqqi kepada masyarakat islam setempat.
• Menerapkan nilai-nilai kerohanian islam dalam diri setiap pelajar.
• Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi para ulama’ islam yang unggul.
• Melahirkan Pelapis Ilmuan Islam (Modal Insan) yang berkualiti dari segi rohani, fizikal dan mental serta mampu untuk memikul tugas sebagai seorang dai’e (pendakwah bebas). PENGISIAN

Madrasah ini mengaplikasikan Sistem Pengajian Pondok Tulen dengan menggunakan kitab-kitab turas dan kaedah-kaedah pengajian yang diguna pakai oleh ulama’ silam yang muktabar. Ianya meliputi pelbagai bidang mata pelajaran ilmu yang terdiri daripada Usuluddin, Feqah, Tasawwuf. SOKONGAN DAN KERJASAMA

Bagi memastikan segala aktiviti Madrasah tidak cenderung kepada mana-mana fahaman politik dan juga mana-mana ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam, Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Madrasah sentiasa memastikan kurikulum pengajian Madrasah benar-benar berdasarkan kepada pendidikan agama yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta kitab-kitab karangan Ulama Silam yang muktabar. Oleh hal yang demikian, Madrasah ini telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 17 Februari 2012 bersamaan 16 Rabiul Awal 1433. Dana & Sumbangan

Dengan harapan membuka peluang kepada mana-mana individu perseorangan atau berkumpulan yang berbesar hati untuk turut bersama bagi merealisasikan matlamat tersebut, Institusi ini telah mewujudkan sebuah Tabung Dana Khas Pembangunan & Kebajikan Pondok bagi menerima segala bentuk derma & sumbangan yang ingin dihulurkan. Mudah-mudahan ianya akan menjadi sebagai saham & bekalan pada hari yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. Segala bentuk derma & sumbangan bolehlah disampaikan terus ke alamat Madrasah @ disalurkan ke dalam akaun Madrasah @ cek atas nama :

MADRASAH DARUL ISLAH
BANK ISLAM : 05030010100317


MADRASAH DARUL ISLAH
(PONDOK ULU GEMILANG)
KG. ULU MELANG,
72000 KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Update Program Ihya' Ramadhan 1443 Madrasah Darul Islah*Hari kedua (4/4/2022)2 Ramadhan 1443*Bacaan Surah Al Ikhlas -  *...
05/04/2022

Update Program Ihya' Ramadhan 1443 Madrasah Darul Islah

*Hari kedua (4/4/2022)
2 Ramadhan 1443*

Bacaan Surah Al Ikhlas - *31498*
Bacaan Zikir Tahlil - *32179*

*Jumlah Bacaan Terkumpul*
1 & 2 Ramadhan

Surah Al Ikhlas - *60035*
Zikir Tahlil - *60959*

Setiap peserta program akan membacakan sebanyak 1k Surah Al-Ikhlas & 1k Zikir Tahlil pada setiap hari khusus untuk dihadiahkan pahalanya kepada semua nama2 arwah yang menyertai Program Ihya’ Ramadhan 1443.

Kepada anda yang tak sempat nak join tapi nak kirimkan pahala bacaan Surah Al-Ikhlas dan Zikir Tahlil kepada arwah-arwah yang tercinta, boleh tekan link di bawah untuk join Program Ihya’ yang sedang berlangsung ni.

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
*bit.ly/nakjoinihya*
👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻

P/s: Walaupun jumlah terkumpul sasaran Program untuk bacaan Surah Al-Ikhlas & Zikir Tahlil adalah sebanyak 100k, kebiasaannya kami buat lebih seperti tahun-tahun sebelumnya.

💫💫 *DAURAH KENABIAN* 💫💫_Assalamualaikum wbt._May this message reach you well✅ To instill better understanding of the Pro...
28/10/2021

💫💫 *DAURAH KENABIAN* 💫💫

_Assalamualaikum wbt._
May this message reach you well

✅ To instill better understanding of the Prophet Muhammad SAW, as well as develop a greater love for him, IAB of SCIENCESS is proud to bring you a two-days seminar, in collaboration with i-Masjid.

📍The details are as follow:
📆 Date: 1st & 2nd November 2021
🔗 Time: 8.00 pm - 10.30 pm
📖Reference used: *Umm al-Barahin*
*_OPEN TO PUBLIC_* 🤗🤗

👇👇Register here:
https://forms.gle/pf2MrgbSo2KMhRkY7

Don’t miss your chance to learn more about our beloved Prophet Muhammad SAW through our seminar!

For any inquiries, do contact:
👨‍🏫 Br. Fauzan: wassap.my/601128641302/

_Shifting Expectations_

*Best Regards;*
*DAURAH KENABIAN COMMITTEES*
_24/10/2021_

12/08/2021

*Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Mingguan Online Madrasah Darul Islah*

Tarikh: 12hb Ogos 2021
Masa: 8:10 Malam
Platform: Aplikasi Zoom Meeting

*Untuk menyertakan nama2 arwah ibu/bapa/yang tercinta dalam pembacaan doa tahlil, sila taipkan dalam ruangan chat semasa majlis berlangsung nanti.

*Link Zoom Meeting*

👇👇👇👇👇👇👇

https://us02web.zoom.us/j/82116177073?pwd=N1FyRktjN2hDOVhHVWN1R1I0RUJsQT09

Meeting ID: 821 1617 7073

Passcode: mdi99

👆👆👆👆👆👆👆

Jumpa kita malam ni!

Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution used around the world in board, confer...

Address

Kampung Ulu Melang
Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Darul Islah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Darul Islah:

Shortcuts

Share

Category