Kolej Komuniti Kuala Pilah

Kolej Komuniti Kuala Pilah Kolej Komuniti Kuala Pilah adalah kolej dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

πŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUK...
28/08/2026

πŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUKA! πŸš€

Nak sambung pengajian dalam bidang TVET? Inilah peluang untuk anda melangkah lebih jauh dan membina masa depan bersama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)! πŸ’™

✨ Permohonan terbuka kepada: πŸ”Ή Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) πŸ”Ή Lulusan Sijil Politeknik πŸ”Ή Lulusan Sijil Kolej Komuniti πŸ”Ή Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3 πŸ”Ή Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM) πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia πŸ”Ή Lepasan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), KPM

πŸ“… Tarikh Permohonan: 28 Ogos 2026 (Jumaat) ⏰ Mulai jam 5.00 petang
🌐 Mohon secara dalam talian melalui: πŸ‘‰ https://ambilan.mypolycc.edu.my

πŸ“Œ Jangan tunggu lagi! Kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian.
πŸ”₯ Pilih laluan TVET. Pilih POLYCC. Bina masa depan anda!

[Aktiviti KKKP] Program Bulan Patriotisme KKKP 2026KKKP-Kemahiran Aspirasi Kejayaanβ€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Tarikh : 26 Ogos 2026...
26/08/2026

[Aktiviti KKKP] Program Bulan Patriotisme KKKP 2026
KKKP-Kemahiran Aspirasi Kejayaan
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Tarikh : 26 Ogos 2026 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat : Dewan Rafflesia & Taman Permainan Taman Wira
Aktiviti :
1. Perasmian Bulan Patriotisme KKKP oleh Pengarah KKKP.
2. Pertandingan Batu Seremban.
3. Pertandingan Congkak.
4. Pertandingan Sepak Raga Bulatan.
5. Pertandingan Tarik Upih.

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™β€œCinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi dibuktikan melalui akhlak...
24/08/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™

β€œCinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi dibuktikan melalui akhlak dan amalan.”

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Baginda mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran, amanah, ilmu dan akhlak.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui setiap tutur kata, perbuatan dan amalan kita.

🌹 Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΨΉΩ„Ω‰ Ω†Ψ¨ΩŠΩ†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ο·Ί

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada
Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Kuala Pilah.






[Aktiviti KKKP] Latihan Kemahiran Menyelamat Di Air Anjuran Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Pilahβ€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Tarik...
22/08/2026

[Aktiviti KKKP] Latihan Kemahiran Menyelamat Di Air Anjuran Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Pilah
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Tarikh : 20 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat : Kem PUSAKO Hassan Basir, Batu Kikir, Negeri Sembilan
Masa : 8.00 - 4.30 petang
Penyertaan:
1. En. Muhammad Shazwan bin Sazali (TPP)
2. En. Sharizat bin Mokhtar (KPRO STA)
3. Muhammad Nazif Fahmi bin Mohd Zaher (Pelajar)
4. Ahmad Fitri bin M.Rizal (Pelajar)

Pengisian Program :
1. Pengenalan Peralatan di Air
2. Latihan Menggunakan Peralatan Menyelamat
3. Teknik Menyelamat di Air
4. Latihan Water Confident
5. Asas Renang

[Aktiviti Promosi] KARNIVAL STEM FUTURIST 2026 | KKKP TERUS SEMARAKKAN TVET & INOVASI!--------------------------------πŸ“ ...
22/08/2026

[Aktiviti Promosi] KARNIVAL STEM FUTURIST 2026 | KKKP TERUS SEMARAKKAN TVET & INOVASI!
--------------------------------
πŸ“ SMK Pendeta Za’ba, Seremban
πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)

Kolej Komuniti Kuala Pilah (KKKP) terus memperkukuh peranan dalam mempromosikan pendidikan TVET, STEM dan inovasi menerusi penyertaan dalam Karnival STEM Futurist 2026 di SMK Pendeta Za’ba, Seremban.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Idris, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan Negeri Sembilan.

πŸ€– ROBOT SOCCER CURI TUMPUAN!

Antara tarikan utama reruai KKKP ialah demonstrasi Robot Soccer hasil kreativiti dan inovasi warga KKKP. Lebih menarik, YB Dato’ Haji Zaifulbahri turut berkesempatan mencuba sendiri kawalan Robot Soccer tersebut.

Pengalaman ini bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, malah memperlihatkan bagaimana teknologi dan kemahiran TVET dapat diterjemahkan kepada inovasi yang kreatif, interaktif dan dekat dengan generasi muda.

πŸ₯ PROMOSI SIJIL PASTRI KKKP

KKKP turut mengambil peluang memperkenalkan program baharu, Sijil Pastri, yang bakal membuka pengambilan pertama pada hujung tahun 2026.

Dengan penyertaan dalam program seperti ini, KKKP terus membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali peluang pendidikan TVET yang ditawarkan serta potensi kemahiran sebagai laluan membina masa depan.

πŸ‘ Tahniah dan terima kasih kepada warga KKKP yang terlibat dalam menjayakan penyertaan ini:

1️⃣ Ts. Amir Arief bin Zainal Abidin
2️⃣ En. Idi Nur bin Mohamad
3️⃣ Cik Nor Adilah binti Ali
4️⃣ En. Mohd Izham bin Ahmad
5️⃣ En. Sharizat bin Mokhtar

KKKP β€” Kemahiran Aspirasi Kejayaan πŸš€










[Aktiviti KKKP] Program Inspirasi Gerbang Kerjayaβ€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Tarikh : 19 Ogos 2026 (Rabu)Tempat : Makmal Bahasa KKKPMas...
20/08/2026

[Aktiviti KKKP] Program Inspirasi Gerbang Kerjaya
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Tarikh : 19 Ogos 2026 (Rabu)
Tempat : Makmal Bahasa KKKP
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tgh
Pengisian Program :
1. Taklimat Latihan Industri - Pegawai Latihan - disampaikan oleh En Ishak, PPIA
2. Taklimat Sistem Kajian
Pengesanan Graduan (SKPG) - disampaikan oleh En Ishak, PPIA
3. Matlamat Kerjaya Saya - disampaikan oleh Pn Haslinda, PPsi (KK Jempol)
4. Personaliti Unggul (Grooming) - disampaikan oleh Pn Haslinda, PPsi (KK Jempol)
4. Persediaan Menghadapi
Temuduga - disampaikan oleh En Izham, PPP

[Aktiviti KKKP] Program Sambutan Bulan Patriotisme dan Jatidiri Nasional 2026β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Tarikh : 19 Ogos 2026 (Rabu)Te...
20/08/2026

[Aktiviti KKKP] Program Sambutan Bulan Patriotisme dan Jatidiri Nasional 2026
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Tarikh : 19 Ogos 2026 (Rabu)
Tempat : Dewan Rafflesia KKKP
Masa : 2.00 - 4.00 petang

Pengisian Program :

1. Bacaan Ikrar Rukun Negara - oleh Sdr Taufik bin Mohd Zaharuddin (YDP JPP KKKP)
2. Nyanyian 4 buah lagu Patriotik; Jalur Gemilang/Keranamu Malaysia/Tanggal 31/Warisan - semua warga KKKP
3. Kuiz Kemerdekaan - emcee Pn Helmiah binti Othman, En Mohd Hafidh Fiqih bin Tahir
4. Ucapan Semangat Kemerdekaan - TPP, En Muhammad Shazwan bin Sazali
5. Nyanyian lagu Sehati Sejiwa (sebelum penutup majlis) - oleh semua warga KKKP
6. Sesi tontonan lintas langsung dari Politeknik Port Dickson (melalui peranti pintar masing-masing)

[Aktiviti KKKP] Cabaran Inovasi KKKP 4.0β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)Tempat : Majlis Penutupan (Dewan Raff...
14/08/2026

[Aktiviti KKKP] Cabaran Inovasi KKKP 4.0
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat :
Majlis Penutupan (Dewan Rafflesia KKKP)
Bilik Kuliah 3 (Tempat Pertandingan & Pembentangan)
Masa : 8.00 Pagi - 4.30 Petang
Aktiviti :
1. Pameran Inovasi
2. Perasmian penutup Cabaran Inovasi 4.0
3. Pengumuman Pemenang.
4. Sesi Bergambar

[Aktiviti KKKP] Perhimpunan Bulanan KKKP 2026β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Tarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat)Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pag...
14/08/2026

[Aktiviti KKKP] Perhimpunan Bulanan KKKP 2026
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Tarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Rafflesia KKKP
Aktiviti :
1. Ikrar Integriti Penjawat Awam.
2. Ikrar Rukun Negara.
3. Kolej Komuniti Kuala Pilah Team Talk Oleh Pengarah KKKP.
4. Peluncuran Logo Penjenamaan Semula KKKP Oleh Pengarah KKKP.
5. Sambutan Hari Lahir bagi bulan 5,6,7 dan 8.

Address

No 33-41, Jalan 5
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601155576925

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Kuala Pilah:

Shortcuts

Share