Radio DI HATI UiTM Kuala Pilah

Radio DI HATI UiTM Kuala Pilah Satu program di bawah persatuan JPK Kerohanian dan persatuan pembangunan insaniah (PPI) UiTM negeri sembilan.

Program yang dilaksanakan setiap hari oleh ahli-ahli jawatan kuasa Radio D'Hati yang bertujuan untuk mendekatkan pelajar uitm kuala pilah dengan santapan halwa telinga yang menjurus ke arah keTuhanan.

22/03/2013

TAKZIAH| Dunia dikejutkan dengan berita pemergian ulama tersohor dunia, Syeikh Mohammad Said Ramadan Al-Buti yang telah syahid selepas penyerang berani mati meletupkan diri di dalam Masjid Eman, Damsyik, Syria.

Antara karya tersohor Syeikh Mohammad Said Ramadan Al-Buti adalah Fiqh Al-Sirah yang popular dalam bidang keilmuan Islam.

Al-Fatihah buat Almarhum Syeikh Mohammad Said Ramadan Al-Buti dan pelajar-pelajarnya yang terkorban dalam serangan bom berani mati.

Munsyeed{Dot}Com - New Media For Islamic Entertainment

16/06/2012

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

16/06/2012

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

16/06/2012

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

16/06/2012

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

16/06/2012

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

16/06/2012

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

16/06/2012

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

16/06/2012

KATA-KATA HIKMAH TERHEBAT DUNIA

1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada
orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -

2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria,
tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku
adalah lebih satria. – Hamka -

3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang
paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –

4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran
hidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –

5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan
dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada
menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -

6. You will be judged on the basis of what you are,
not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –

7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,
orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –

8. Kebebasan bererti tanggungjawab,
tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha
seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –

9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –

10. Force works on servile nature, not the free.
– Ben Johnson –

11. Kita tidak harus bersifat negatif kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –

12. Disiplin yang baik terbentuk dari sikap
yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.
–Tun Abdul Razak Hussin –

13. One can pass on the responsibility but
not the discretion that goes with it.
– B. Cellin –

14. Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu
ialah kejayaan. – Henry Ford –

15. Bukankah tidak ada balasan yang baik,
melainkan balasan yang baik juga.

16. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,
kerana seribu sahabat belumlah banyak.
Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang
seorang itu sudah lebih daripada banyak.
– Lukman Hakim –

17. Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
– Issac Watts –

18. Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -

19. Siapa melawan kita, ia membaja menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
– Edmund Burke -

20. Yang sangat berguna adalah seorang lelaki
yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,
kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.
– Imam As Syafie –

21. If you can’t make a mistake, you can’t make anything.
– Morva N. Collins –

22. Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat
agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.
– Menander –

16/06/2012

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

16/06/2012

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

16/06/2012

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Address

Pusat Islam Uitm Beting Kuala Pilah
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radio DI HATI UiTM Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category