Stellix 2630 Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar

Stellix 2630 Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar Saluran utama dalam penyampaian maklumat berkaitan STJ Batch Stellix 2630

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙Buat seluruh ibu bapa keluarga Stellix 2630,Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, k...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙

Buat seluruh ibu bapa keluarga Stellix 2630,

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, keberkatan dan kekuatan buat ibu dan bapa yang sentiasa berkorban dalam diam demi anak-anak tercinta.

Di sebalik penat lelah mengurus keluarga, kerja di pejabat, sekolah anak-anak dan segala tanggungjawab harian - semoga Allah SWT memandang setiap usaha kecil itu sebagai amal yang besar nilainya.

Semoga Aidiladha ini juga mengeratkan lagi ukhuwah antara kita sebagai satu keluarga Stellix yang saling menyokong dan mendoakan.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin 🙏

Daripada,
Wakil Sarana Stellix 2630

🍃✨ SELAMAT BERCUTI STELLIX 2630 ✨🍃Cuti sekolah akhirnya tiba. Masa untuk menarik nafas seketika selepas melalui hari-har...
22/05/2026

🍃✨ SELAMAT BERCUTI STELLIX 2630 ✨🍃

Cuti sekolah akhirnya tiba.

Masa untuk menarik nafas seketika selepas melalui hari-hari pembelajaran yang penuh usaha dan pengalaman bermakna.

Buat anak-anak Stellix, semoga cuti ini diisi dengan kebahagiaan bersama keluarga, rehat yang mencukupi dan aktiviti yang memberi manfaat. Walau sedang bercuti, jangan lupa luangkan sedikit masa untuk mengulang kaji agar momentum pembelajaran terus terjaga. 📚

Jaga tingkah laku serta peribadi dengan baik sepanjang cuti nanti.
Semoga semua kembali ke sekolah dengan tubuh yang segar, minda yang tenang dan semangat yang lebih kuat.

Selamat bercuti dan jaga diri baik-baik, anak-anak Stellix! ✨

Ikhlas daripada,
Wakil Sarana Stellix 2630

08/05/2026
🔥 Tahniah Pasukan Bahas BM STJ! 🔥Menggegarkan Zon Selatan di Piala Perdana Menteri ke-51 — layak ke peringkat kebangsaan...
02/05/2026

🔥 Tahniah Pasukan Bahas BM STJ! 🔥

Menggegarkan Zon Selatan di Piala Perdana Menteri ke-51 — layak ke peringkat kebangsaan! 🇲🇾

Kejayaan ini bukti dedikasi, keberanian dan semangat juang yang luar biasa.

Sorotan khas buat pelapis hebat, Stellix 2630, yang bakal menyambung legasi kecemerlangan! 💫

i) Ilhan Shah Firrash bin Mohd Razis (1 Al-Khawarizmi)
ii) Muhamad Aisy Zaihan bin Mohamad Hafis (1 Al-Batani)
iii) Aisy Rayyan bin Mohd Zuheri (1 Al-Farabi)

Terus mara, tajamkan hujah, dan bawa nama STJ ke puncak! 💪✨

📢 PENGUMUMAN: LANJUTAN TARIKH PENYERTAANDimaklumkan bahawa tarikh penyertaan bagi Pertandingan Mencipta Logo Batch Stell...
01/05/2026

📢 PENGUMUMAN: LANJUTAN TARIKH PENYERTAAN

Dimaklumkan bahawa tarikh penyertaan bagi Pertandingan Mencipta Logo Batch Stellix 2630 dilanjutkan bagi memberi laluan untuk peperiksaan pertengahan tahun serta pertandingan sukan-sukan sekolah.

⏳ Tarikh tutup baharu:
Ahad, 7 Jun 2026

Lanjutan tarikh pertandingan ini diharap dapat memberi peluang kepada lebih ramai anak Stellix 2630 turut serta di dalam pertandingan yang memberi impak besar kepada batch Stellix.

🎨 Reka Logo, Bina Warisan!
Logo anda, identiti Batch Stellix 2630.

📩 Hantarkan penyertaan anda ke:
[email protected] sebelum tarikh tutup baharu.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 🙏

01/05/2026
Jom Kenali Stellix 2630 Leaders!Memperkenalkan Pemimpin Batch Stellix 2630 yang akan menerajui perjalanan dan kecemerlan...
29/04/2026

Jom Kenali Stellix 2630 Leaders!

Memperkenalkan Pemimpin Batch Stellix 2630 yang akan menerajui perjalanan dan kecemerlangan Stellix 2630:

👑 Ketua Batch
Muhammad Iman Hadie bin Muhammad Wafie
Kelas: 1 Al-Khawarizmi

🤝 Penolong Ketua Batch
Nisrina binti Ahmad Bahktiar
Kelas: 1 Al-Khawarizmi

Semoga pemimpin muda Stellix 2630 dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kebersamaan demi memacu kejayaan Stellix 2630.

✨ “Bersama Kita Melakar Kecemerlangan” ✨

🏑 TAHNIAH STJ WIZARDS! 🏆Alhamdulillah, syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan hoki perempuan STJ Wi...
27/04/2026

🏑 TAHNIAH STJ WIZARDS! 🏆

Alhamdulillah, syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan hoki perempuan STJ Wizards atas kejayaan merangkul JOHAN dalam:

Kejohanan Hoki Perempuan Pusingan Kelayakan SBP Negeri Sembilan 2026

📅 Tarikh: 14 April 2026 (Selasa)
📍 Venue: Padang Hoki SSN Negeri Sembilan
⏰ Masa: 7.30 pagi – 5.00 petang

Kemenangan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang luar biasa daripada semua pemain dan jurulatih. Tidak dilupakan sokongan padu dari ibu bapa anak-anak.

Anda semua benar-benar membuktikan semangat Home of Wizards! 💪✨

Sorotan khas buat anak-anak Stellix 2630:
🌟 Nur Hannani Aafiya – 1 Al-Batani
🌟 Maghfirah – 1 Al-Khawarizmi
🌟 Nur Wafiyyah – 1 Al-Farghani

Teruskan kecemerlangan dan semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh pada peringkat seterusnya. Ibu bapa dan warga sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik buat STJ Wizards. ❤️

[MAKLUMAN PERTANDINGAN]Harini dijadual berlangsungnya pertandingan rugbi bagi pasukan STJ Warriors. Kami, Stellix 2630 m...
27/04/2026

[MAKLUMAN PERTANDINGAN]

Harini dijadual berlangsungnya pertandingan rugbi bagi pasukan STJ Warriors.

Kami, Stellix 2630 mendoakan semoga kejayaan mengiringi pasukan.

Jom kita berikan sokongan padu pada anak-anak STJ Warriors.

Lets go Warriors! 💪💪💪💪💪

✨ STELLIX 2630 ✨Selamat maju jaya diucapkan kepada semua putera dan puteri Stellix dalam menghadapi Peperiksaan Pertenga...
26/04/2026

✨ STELLIX 2630 ✨

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua putera dan puteri Stellix dalam menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 📚

Ini merupakan peperiksaan pertama anakanda di STJ - satu langkah penting dalam perjalanan menimba ilmu dan membina masa depan.

Teruskan usaha dengan penuh kesungguhan, disiplin dan keyakinan diri.

Semoga segala ilmu yang dipelajari dipermudahkan untuk diingat dan dijawab dengan baik.

Doa ibu dan bapa sentiasa mengiringi setiap langkah anak-anak sepanjang minggu peperiksaan ini. 🤲

Ingatlah, “Man Jadda Wajada” — sesiapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan berjaya.

All the best, Stellix! 🌟
Kami percaya kalian mampu lakukan yang terbaik!

Seramai 13 orang anak-anak Stellix teribat dengan KEM HOKI WIZARD. Kem ini diadakan selama dua hari adalah program denga...
26/04/2026

Seramai 13 orang anak-anak Stellix teribat dengan KEM HOKI WIZARD. Kem ini diadakan selama dua hari adalah program dengan kerjasama ibubapa, alumni dan guru STJ telah berlangsung dengan meriahnya.

Terima kasih buat abang dan kakak Alumni yang sudi berkongsi pengalaman sepanjang progam diadakan.

Berikut adalah 13 orang peserta yang merupakan anak-anak Stellix. Mereka ialah:-

Girls
1. Numa
2. Hannani
3. Maghfirah
4. Wardah
5. Waffiyah
Boys
1. Alif
2. Zahin
3. Dareez
4. Ayman
5. Ilyas
6. Adib
7. Afif
8. Ammar

Semoga selepas ini bakat mereka akan terus berkembang dan akan menjadi antara pemain hoki yang boleh mengharumkan nama Wizard, InsyaAllah

Address

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stellix 2630 Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share