PIBG Sek Keb Kuala Pilah

PIBG Sek Keb Kuala Pilah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PIBG Sek Keb Kuala Pilah, Education, Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah, Kuala Pilah.

10/03/2024
10/03/2024
Welcome Back To School to all students SK Kuala Pilah.From : PIBG Sek Keb Kuala Pilah
10/03/2024

Welcome Back To School to all students SK Kuala Pilah.
From : PIBG Sek Keb Kuala Pilah

10/03/2024
10/03/2024

BERSEMANGAT! KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN CERIA DAN GEMBIRA

Pendidikan bukan hanya persekolahan.
Pendidikan ialah proses mendidik manusia dan mempertahankan kemuliaannya.

Melalui ilmu, manusia menjadi mulia. Melalui pengetahuan, darjat kemanusiaan diangkat.

Kepada para ibu bapa, terima kasih kerana telah menyediakan keperluan untuk sesi persekolahan baharu ini.

Kepada para guru, cinta kasih dan penghargaan saya rakamkan atas hempas pulas dan kerja keras kalian dalam melakukan persediaan penggal baharu persekolahan.

Kepada anak-anak sekalian, belajar bersungguh-sungguh ya! Anak-anak semua harapan ibu ayah dan negara!

Justeru, dalam minggu pertama persekolahan ini, kami sarankan agar proses interaksi dan penyesuaian dilakukan.

Guru dan murid serta persekitaran sekolah harus kembali bersatu dalam satu ekosistem pendidikan dan pembelajaran yang selesa, kondusif dan cukup bersedia.

Tahniah semua!
Selamat kembali ke sekolah!

YB FADHLINA SIDEK
Menteri Pendidikan

10/03/2024
10/03/2024

Kalendar Akademik Penggal 1 Sesi 2024-2025 telah bermula pada hari ini, 10 Mac 2024 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A.

Manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada esok hari, 11 Mac 2024.

Selamat kembali ke sekolah semua!

Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera!







21 Mac 2022.Selamat Kembali Ke Sekolah untuk sessi 2022/2023 anak-anak Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah yang disayangi dan...
21/03/2022

21 Mac 2022.
Selamat Kembali Ke Sekolah untuk sessi 2022/2023 anak-anak Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah yang disayangi dan juga guru-guru yang dihargai.

Meraikan anak-anak, semoga gembira dan seronok kembali ke sekolah.

Lawatan hari pertama persekolahan oleh Tn Megat Affandi, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Tuan Amran, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah dan lain-lain pegawai dari PPDKP.

Team PIBG SKKP turut membawa Donald Duck yang comel untuk anak-anak SKKP.

Semoga menjadi insan berilmu tinggi dan baik budi pekerti.

AnakyangBaiklagiCerdik
AmbilpeduliBinahubunganCiptakejayaan

15 Ogos 2021 / 3.30 PetangKg Sawah Lebar.Team PIBG SKKP menziarahi Adik Muhammad Ariq Darwisy b. Muhammad Adha yang tela...
15/08/2021

15 Ogos 2021 / 3.30 Petang
Kg Sawah Lebar.

Team PIBG SKKP menziarahi Adik Muhammad Ariq Darwisy b. Muhammad Adha yang telah kembali ke rumah selepas rawatan dan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Menyampaikan sumbangan dari 'Tabung Adik Ariq' yang dilancarkan oleh PIBG SKKP sejurus mendapat makluman mengenai keadaan Adik Ariq yang perlukan rawatan segera dan pembedahan.

Ibu beliau, Pn Noor Ramizah seringkali membantu Team PIBG SKKP dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan aktif bersama-sama ibu bapa yang lain.

Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga ini dalam urusan perawatan Adik Ariq dan ahli keluarga yang lain. Neneknya mengidap kanser payudara dan sakit buah pinggang. Manakala datuknya mengalami mild stroke.

Didoakan semoga keluarga ini akan sentiasa dilindungi dan diberikan kekuatan dalam melalui ujian ini.

Ziarah oleh YB Dato' Hj Adnan, ADUN Senaling ke atas Adik Muhammad Ariq Darwisy b. Muhammad Adha di rumah keluarganya di...
15/08/2021

Ziarah oleh YB Dato' Hj Adnan, ADUN Senaling ke atas Adik Muhammad Ariq Darwisy b. Muhammad Adha di rumah keluarganya di Kg sawah Lebar.

Team PIBG mengucapkan terima kasih atas ziarah dan sumbangan yang dihulurkan buat keluarga ini.

Terima kasih mengambil maklum tentang kesukaran keluarga ini.

Semoga Adik Ariq bertambah sihat dan dilindungi selalu.

Address

Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah
Kuala Pilah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG Sek Keb Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category