Akademi Pengajian Islam Kontemporari - ACIS UITM Cawangan Negeri Sembilan

  • Home
  • Akademi Pengajian Islam Kontemporari - ACIS UITM Cawangan Negeri Sembilan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari - ACIS UITM Cawangan Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Pengajian Islam Kontemporari - ACIS UITM Cawangan Negeri Sembilan, Education Website, Pekan Parit Tinggi Kuala Pilah, .

BELAJAR, MENYEMBELIH, MEMASAK DAN MENGHAYATI NILAI HALALHari ini, 24 Jun 2026, pelajar semester akhir Diploma Pengurusan...
24/06/2026

BELAJAR, MENYEMBELIH, MEMASAK DAN MENGHAYATI NILAI HALAL

Hari ini, 24 Jun 2026, pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Halal (IC120) telah menjalani Program Sembelihan Halal bagi kursus ISH301: Halal Slaughtering and Practical di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.

Program ini bukan sekadar memberi pendedahan kepada kaedah sembelihan yang menepati syarak, malah memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan secara praktikal bermula daripada pengendalian haiwan, proses sembelihan, pengurusan kebersihan, pemprosesan karkas sehinggalah kepada penyediaan makanan.

Menariknya, hasil sembelihan hari ini turut dimanfaatkan melalui aktiviti memasak secara bergotong-royong. Pelajar bersama-sama menyediakan menu ayam BBQ dan masak lemak cili api, sekali gus memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan penghargaan terhadap sumber makanan yang diperoleh.

Dalam Islam, sembelihan bukan hanya berkaitan pematuhan hukum halal dan haram, tetapi turut menekankan aspek ihsan terhadap haiwan, kebersihan, keselamatan makanan dan integriti sepanjang rantaian makanan. Pengalaman pembelajaran secara hands-on seperti ini membantu pelajar memahami bahawa pengurusan halal memerlukan gabungan ilmu syariah, kemahiran teknikal dan nilai profesionalisme.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga kepada para pelajar sebagai bakal pengamal industri halal yang berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti.

24/06/2026
Alhamdulillah ✨Pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan merakamkan penghargaan a...
12/06/2026

Alhamdulillah ✨

Pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan merakamkan penghargaan atas kejayaan penganjuran Industry Conference sempena Negeri Sembilan International Conference on Halal and Sustainability Ecosystems (NICHE 2026) yang berlangsung di Royale Chulan Seremban 🤍

Persidangan ini telah menghimpunkan pelbagai tokoh akademik, pemain industri, agensi kerajaan, penyelidik, usahawan dan rakan strategik dalam membincangkan cabaran, solusi serta masa depan ekosistem halal dan Muslim-friendly di peringkat nasional dan global 🌍

Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuk:
✨ Halal Integrity in Global Market
✨ Halal Blockchain, Traceability & Anti-Fraud
✨ Halal Economy & Franchise Opportunities
✨ Muslim-Friendly Standards & Lifestyle
✨ Halal & Muslim-Friendly Ecosystems
✨ Muslim Consumer & Travel Experiences

Persidangan turut menampilkan barisan panel dan pembentang daripada pelbagai institusi dan industri seperti:
▪️ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
▪️ Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
▪️ Halal Development Corporation (HDC)
▪️ Islamic Tourism Centre (ITC)
▪️ Interstream Sdn. Bhd.
▪️ Lamka Advisory
▪️ Heritage Go Malaysia
▪️ JH Hospitality Sdn. Bhd.
▪️ Jaya Grocer
▪️ CTDK Holdings Sdn. Bhd.
▪️ Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
▪️ Universiti Malaya Halal Research Centre (UMHRC)
dan pelbagai lagi wakil industri serta pakar bidang ✨

Selain menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman industri, NICHE 2026 turut membuka ruang jaringan profesional serta pengukuhan kerjasama strategik antara akademia, industri dan agensi berkaitan 🤝

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua panel, pembentang, peserta, penaja dan pihak yang terlibat dalam menjayakan NICHE 2026 🌸

Alhamdulillah ✨Sesi Academic Conference NICHE 2026 di Dewan Ampangan 1 & 2 telah berlangsung dengan jayanya melalui peng...
12/06/2026

Alhamdulillah ✨

Sesi Academic Conference NICHE 2026 di Dewan Ampangan 1 & 2 telah berlangsung dengan jayanya melalui penglibatan aktif para akademik, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan pemain industri dalam membincangkan pelbagai isu berkaitan ekosistem halal dan kelestarian 🌍

Pelbagai pembentangan ilmiah telah diketengahkan merangkumi bidang Halal Economy, Business & Entrepreneurship, Halal Science, Technology & Innovation, Halal Governance & Policy serta Halal Production, Supply Chain & Traceability, Social Impact & Consumer Trust, Muslim-Friendly Ecosystem in Non-Muslim Countries, Halal Education & Talent Development, Contemporary & Emerging Issues in Halal Ecosystem✨✨

Antara pembentang yang terlibat termasuk:
▪️ Asiah Alkharib Shah
▪️ Mohd Syarafuddin Abdul Shukor
▪️ Dr. Intan Nazuha Abdullah
▪️ Dr. Adibah Bahori
▪️ PM Dr. Dayang Norulfairuz Abang Zaidel
▪️ Uzairi Affendi Sahizan
▪️ May Sapura Mohd Shazilli
▪️ Dr. Nurliana Mohd. Hassan
▪️ Dr. Wan Nor Aisyah Wan Yussof
▪️ Dr. Hajah Makiah Tussaripah Jamil▪️ Nurul Shifa Hassan
▪️ Siti Nur Husna Abd Rahman
▪️ Dr. Wan Nor Aisyah Wan Yussof
▪️ Dr. Wan Maslukma Wan Zaharudin
▪️ Dr. Rafidah Mohd Azli
▪️ Dr. Nabilah Huda Zaim
▪️ Nurul Atikah Poniran
▪️ Ahmad Faiz bin Haji Ahmad Ubaidah
▪️ Nasif Sidquee Pauzi ✨

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para moderator, pembentang, peserta dan urus setia atas komitmen dan perkongsian ilmu sepanjang berlangsungnya persidangan ini 🤝

Semoga NICHE 2026 terus menjadi platform akademik yang memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan jaringan strategik dalam pembangunan ekosistem halal yang mampan serta berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa 🌸

Alhamdulillah ✨Pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan merakamkan setinggi-ting...
12/06/2026

Alhamdulillah ✨

Pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan penganjuran NICHE 2026 Gala Dinner yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Royale Chulan Seremban 🤍

Majlis ini telah menghimpunkan pelbagai pihak terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, pemain industri halal, agensi kerajaan, rakan strategik serta para peserta dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan pembangunan ekosistem halal yang lestari 🌍

Turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat termasuk YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan serta YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), selain wakil-wakil daripada JAKIM, JAINS, UiTM dan rakan strategik industri ✨

Majlis turut menampilkan persembahan kebudayaan, sesi jaringan profesional, penghargaan kepada penaja serta pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) strategik sebagai langkah memperkukuh kolaborasi antara institusi dan industri 🤝

Semoga NICHE 2026 terus menjadi platform penting dalam memperkasa agenda kelestarian, kecemerlangan etika dan tanggungjawab sosial merentasi ekosistem halal di peringkat nasional dan antarabangsa 🤲

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama menjayakan NICHE 2026 🌸

11/06/2026
10/06/2026

Kerajaan Negeri Sembilan komited menyokong agenda pembangunan industri halal yang berupaya memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, potensi industri halal melangkaui sektor…

Alhamdulillah, selesai sudah *Negeri Sembilan International Conference on Halal and Sustainability Ecosystems (NICHE) 20...
10/06/2026

Alhamdulillah, selesai sudah *Negeri Sembilan International Conference on Halal and Sustainability Ecosystems (NICHE) 2026* yang berlangsung dengan jayanya pada 9–10 Jun 2026.

Terima kasih kepada semua peserta, pembentang, panel jemputan, rakan kolaborasi dan para hadirin yang telah bersama-sama menjayakan persidangan ini. Kehadiran, perkongsian ilmu dan idea yang dicurahkan sepanjang program ini amat bermakna dalam memperkukuh ekosistem halal yang mampan.

Penghargaan yang tidak terhingga juga buat seluruh urus setia dan Ahli Jawatankuasa NICHE 2026 yang telah bertungkus-lumus sejak awal perancangan sehingga ke penghujung program. Komitmen, kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan menjadi kunci kepada kejayaan persidangan ini.

Semoga segala perkongsian, jaringan dan kolaborasi yang terjalin sepanjang dua hari ini akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada dunia akademik, industri dan masyarakat.

Terima kasih atas sokongan semua pihak. Semoga berjumpa lagi pada edisi yang akan datang!

Address

Pekan Parit Tinggi Kuala Pilah

72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Pengajian Islam Kontemporari - ACIS UITM Cawangan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Pengajian Islam Kontemporari - ACIS UITM Cawangan Negeri Sembilan:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share