Sri Al-Khairiah Pedu

Sri Al-Khairiah Pedu Education
(1)

๐Ÿน KELAS ASAS MEMANAH TRADISIONAL ๐ŸนIngin belajar memanah dari peringkat asas?Jom sertai Kelas Asas MemanahTradisional anj...
04/06/2026

๐Ÿน KELAS ASAS MEMANAH TRADISIONAL ๐Ÿน

Ingin belajar memanah dari peringkat asas?

Jom sertai Kelas Asas Memanah
Tradisional anjuran Kelab Memanah Al-Khairiah yang direka khas untuk pemanah baharu.

๐Ÿ“… Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 9.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Range Memanah Teratak Ilmu Al-Khairiah
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM50 seorang

โœ… Sesuai untuk pemula
โœ… Pengenalan kepada teknik asas memanah tradisional
โœ… Bimbingan daripada jurulatih berpengalaman

๐Ÿ‘Ÿ Peserta diminta memakai kasut sukan.
๐Ÿ“ž Untuk pendaftaran dan pertanyaan, hubungi: 013-3056331

Ayuh sertai kami dan rasai pengalaman memanah tradisional yang menyeronokkan serta penuh manfaat!

๐Ÿน

โœจ RM10 mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya buat masa depan anak-anak Islam.Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah s...
03/06/2026

โœจ RM10 mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya buat masa depan anak-anak Islam.

Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah sedang memerlukan sokongan untuk pembangunan, pengurusan dan operasi sekolah bagi tahun 2026.

Dengan tujuan baik pulih prasarana:
- Baik pulih longkang dan laluan pelajar
- Baik pendawaian elektrik

๐Ÿคฒ Ayuh bersama menyumbang serendah RM10

Semoga setiap sen menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

๐Ÿฆ Agrobank
1-00-5061-00004685-0
Sek. Ren. Islam Al-Khairiah

๐Ÿ“Œ No. Pendaftaran JAHEAIK: 28/65

Alhamdulillah.. selesai sudah Program Korban SRI AL-KHAIRIAH DAN Dewan Pemuda PAS Padang Terap bersama entiti di bawah D...
29/05/2026

Alhamdulillah.. selesai sudah Program Korban SRI AL-KHAIRIAH DAN Dewan Pemuda PAS Padang Terap bersama entiti di bawah DPPPT iaitu PASTI, SRITI dan Jabatan Amal Malaysia Padang Terap.

Terima kasih kepada peserta yang menyertai program Korban SRIK sebanyak seekor lembu, tujuh bahagian dan seekor kambing.

Terima kasih juga kepada YB. Mohd Radzi Md. Amin, ADUN Pedu dan YB. Dato' Hj. Munir Hj. Zakaria, ADUN Kuala Nerang yang telah menyumbang sebanyak 3 ekor lembu lagi untuk diagihkan kepada entiti di bawah DPPPT, SRIK dan SMUK.

Terima Kasih juga kepada YB. Us. Nurul Amin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap yang turut hadir bagi menyempurnakan sembelihan korban.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada petugas-petugas dan semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Semoga segala amalan kita diterima Allah.

โœจ RM10 mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya buat masa depan anak-anak Islam.Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah s...
29/05/2026

โœจ RM10 mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya buat masa depan anak-anak Islam.

Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah sedang memerlukan sokongan untuk pembangunan, pengurusan dan operasi sekolah bagi tahun 2026.

Dengan tujuan baik pulih prasarana:
- Baik pulih longkang dan laluan pelajar
- Baik pendawaian elektrik

๐Ÿคฒ Ayuh bersama menyumbang serendah RM10

Semoga setiap sen menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

๐Ÿฆ Agrobank
1-00-5061-00004685-0
Sek. Ren. Islam Al-Khairiah

๐Ÿ“Œ No. Pendaftaran JAHEAIK: 28/65

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™Alhamdulillah, syukur kita masih diberi peluang merasai nikmat Hari Raya Aidiladha pada tahu...
27/05/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, syukur kita masih diberi peluang merasai nikmat Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Semoga pengorbanan kita diterima, Haji yang Mabrur tercapai, dan Aidiladha penuh rahmat. โœจ

๐‘ฌ๐’“๐’•๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’๐’“๐’ƒ๐’‚๐’๐’‚๐’ & ๐‘ฒ๐’†๐’•๐’‚๐’‚๐’•๐’‚๐’:
Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita akan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan keluarganya, mengajar erti ketaatan, kesabaran, dan keikhlasan dalam menunaikan perintah Allah. Ibadah haji menyatukan ummah dalam ketaatan, manakala ibadah korban melatih jiwa agar sentiasa bersyukur dan prihatin. ๐Ÿ•‹๐Ÿ‚

๐‘ซ๐’๐’‚ ๐‘ฉ๐’–๐’‚๐’• ๐‘ป๐’†๐’•๐’‚๐’Ž๐’– ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰:
Kami mendoakan agar semua jemaah haji di Tanah Suci dilindungi Allah, diberikan haji yang mabrur, dan setiap amalan diterima-Nya. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan dan keharmonian buat semua. ๐Ÿคฒ

Taqabbalallahu minna wa minkum.

๐ŸŒ™โœจ AMALAN SUNAT HARI JUMAATHari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan penuh dengan keberkatan. Rebutlah peluang untu...
22/05/2026

๐ŸŒ™โœจ AMALAN SUNAT HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan penuh dengan keberkatan. Rebutlah peluang untuk menghidupkan hari yang mulia ini dengan amalan-amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam. ๐Ÿ•Œ๐Ÿคฒ

Antara amalan yang digalakkan:

โœ… Mandi sunat Jumaat
โœ… Memakai pakaian bersih & terbaik
โœ… Berwangi-wangian (lelaki)
โœ… Memotong kuku & membersihkan diri
โœ… Datang awal ke masjid
โœ… Membaca Surah Al-Kahfi
โœ… Memperbanyakkan selawat, zikir & istighfar
โœ… Berdoa pada waktu mustajab
โœ… Mendengar khutbah dengan khusyuk
โœ… Bersedekah dan memperbanyakkan amal soleh

ุฎูŽูŠู’ุฑู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุทูŽู„ูŽุนูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุดูŽู‘ู…ู’ุณู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉูุŒ ูููŠู‡ู ุฎูู„ูู‚ูŽ ุขุฏูŽู…ูุŒ ูˆูŽูููŠู‡ู ุฃูุฏู’ุฎูู„ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽุŒ ูˆูŽูููŠู‡ู ุฃูุฎู’ุฑูุฌูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู…ู ุงู„ุณูŽู‘ุงุนูŽุฉู ุฅูู„ูŽู‘ุง ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู

Maksudnya:"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga, pada hari itu dia dikeluarkan daripadanya, dan tidak akan berlaku hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat."
_(H.R Muslim)_

Jom sama-sama amalkan dan sebarkan ilmu ini agar lebih ramai mendapat manfaat. ๐ŸŒน๐Ÿค




Aktiviti kokurikulum di sekolah rendah bukan sekadar aktiviti tambahan, tetapi platform penting untuk membentuk sahsiah,...
20/05/2026

Aktiviti kokurikulum di sekolah rendah bukan sekadar aktiviti tambahan, tetapi platform penting untuk membentuk sahsiah, disiplin dan keyakinan diri murid. Melalui penyertaan dalam sukan, persatuan dan unit beruniform, murid dapat belajar bekerjasama, memupuk semangat kepimpinan serta mengembangkan bakat yang dimiliki sejak kecil.

Selain meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi, kokurikulum juga membantu murid menjadi lebih aktif, kreatif dan berdaya saing dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Anak-anak bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani.

Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah turut menjalankan program kokurikulum pada setiap hari Rabu selepas waktu persekolahan sebagai usaha melahirkan murid yang holistik, berdisiplin dan berakhlak mulia.

Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada semua murid. ๐ŸŒŸ

20/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

Tahniah kepada Semua guru

Terima kasih kepada semua warga SRIK. Khususnya Ibubapa dan waris.

๐Ÿ“šโœจ CUTI SEKOLAH TELAH TIBA! โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, cuti pertengahan tahun kembali lagi ๐ŸŒธManfaatkan masa cuti ini dengan aktivi...
20/05/2026

๐Ÿ“šโœจ CUTI SEKOLAH TELAH TIBA! โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, cuti pertengahan tahun kembali lagi ๐ŸŒธ
Manfaatkan masa cuti ini dengan aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan penuh manfaat bersama keluarga tercinta ๐Ÿ’š

๐Ÿ—“๏ธ 22 Mei โ€“ 6 Jun 2026
๐Ÿ“ Selamat bercuti buat semua murid Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah

Semoga cuti ini menjadi waktu untuk:
๐ŸŒŸ Merehatkan minda
๐ŸŒŸ Menguatkan ibadah
๐ŸŒŸ Mengeratkan hubungan keluarga
๐ŸŒŸ Menambah ilmu dan pengalaman baharu

Jaga diri, jaga adab dan jangan lupa ulangkaji ya ๐Ÿ˜Š





MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SRI AL-KHAIRIAH TAHUN 2026: GURU BITARA NADI NEGARAโ€‹Alhamdulillah, warga sekolah telah selesai...
20/05/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SRI AL-KHAIRIAH TAHUN 2026: GURU BITARA NADI NEGARA

โ€‹Alhamdulillah, warga sekolah telah selesai meraikan Sambutan Hari Guru peringkat SRI Al-Khairiah bagi tahun 2026 pada Isnin, 18 Mei 2026 yang lalu.

โ€‹Majlis yang penuh bermakna ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Encik Mohd Tahir bin Hussin, Pegawai Khas kepada Yang Berbahagia Datoโ€™ Zuraidi bin Rahim, yang telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis sambutan tahun ini.

Tema tahun ini, "Guru Bitara Nadi Negara", sangat bertepatan dengan peranan guru sebagai tunjang utama dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah memiliki jati diri dan integriti Islam yang kukuh.

โ€‹Sepanjang majlis berlangsung, suasana cukup meriah dengan pelbagai pengisian yang dirancang khas oleh pihak pengurusan sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang buat guru-guru yang tidak pernah lelah berbakti. Dedikasi dan kesabaran para guru dalam mendidik anak bangsa di SRI Al-Khairiah adalah satu amanah besar yang sentiasa dihargai.

โ€‹Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, para pelajar, serta semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan majlis sambutan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

โ€‹Semoga semangat "Guru Bitara Nadi Negara" ini terus menyemarakkan jiwa pendidik kita untuk terus mencurah ilmu dan membimbing generasi pelapis yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
โ€‹Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SRI Al-Khairiah!

โ€‹

Address

Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047869582

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sri Al-Khairiah Pedu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sri Al-Khairiah Pedu:

Shortcuts

Share