Pasti Al-Ja'fari

Pasti Al-Ja'fari Pasti Al-Ja'fari mula ditubuhkan pada 01/01/2020. Pasti ini sedang bertapak di bangunan Markas kampung Semeliang Kuala Nerang.

Jom beli produk Pasti Malaysia
01/11/2025

Jom beli produk Pasti Malaysia

Nak kongsi produk KOPASTI ni. Kali ni ada buat jualan bagi beg sekolah.

3 PILIHAN WARNA : 🩵💚🩷
Dengan harga promosi RM 18.00 sahaja (tidak termasuk penghantaran)
⚠️PROMOSI sehingga 5 November ini sahaja❗❗

Jommm buat belian melalui link dibawah :-

👉 https://kopasti.onpay.my/order/form/promosibegsekolah

💥 Ayohhh Jangan Berlengah Lagi !!! Tempahan yang dibuat akan terus dihantar ke alamat yang telah diisi dalam borang tempahan.

📞 Segala pertanyaan , sila hubungi :-
Mazali 013-2740636

💫 Jom Support Produk PASTI



29/10/2025
15/10/2025

Semakin rosak

31/08/2025

MALAYSIA HARMONI, MEMBINA GENERASI RABBANI

Alhamdulillah, pada tahun ini kita diberi kesempatan untuk meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-68. Kemerdekaan adalah nikmat besar yang wajib kita syukuri. Ia bukan sekadar bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi kemerdekaan hakiki menurut panduan wahyu dan sunah Rasulullah SAW ialah pembebasan jiwa daripada memperhamba diri kepada sesama makhluk kepada pengabdian mutlak kepada Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256:

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia p**a beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simp**an (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "

Maka kemerdekaan yang sebenar adalah apabila manusia hidup di bawah naungan iman, keadilan dan syariat Allah SWT.

Hari ini, kita juga mesti mengenang jasa dan pengorbanan wira-wira negara, para ulama, pejuang kemerdekaan, dan seluruh rakyat terdahulu yang telah berjuang mengorbankan tenaga, jiwa dan raga demi mengusir penjajah, sehingga tanah air ini berdiri megah sebagai sebuah negara merdeka. Tanpa mereka, kita tidak mungkin dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan peluang mendidik generasi hari ini dalam suasana bebas.

Sebagai warga PASTI, kita perlu menghayati erti kemerdekaan ini dengan penuh kesedaran. Tugas kita ialah meneruskan perjuangan, mendidik dan membina tunas-tunas Islam yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga mempunyai jiwa merdeka yang sebenar iaitu jiwa yang taat kepada Allah, kasih kepada Rasulullah SAW, menghormati ibu bapa, menghargai jasa pejuang, serta penuh rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.

Kemerdekaan yang diwarisi mesti dipelihara dengan pengisian yang benar. Jika generasi kita hanyut dengan penjajahan pemikiran, budaya songsang, dan nilai yang merosakkan, maka kita akan kehilangan roh kemerdekaan yang sebenar.

Oleh itu, PASTI beriltizam untuk memastikan pendidikan anak-anak terus berpaksikan Islam, membina jati diri ummah yang berakhlak, berilmu dan berjiwa merdeka.

Akhirnya, marilah kita semua warga PASTI di setiap peringkat menanamkan dalam hati bahawa cinta kepada negara adalah sebahagian daripada iman, selagi mana ia disandarkan kepada kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Semoga Malaysia terus dipelihara Allah, diberkati dengan keamanan, dipimpin oleh kepimpinan yang adil serta terus melahirkan generasi rabbani pewaris perjuangan Islam.

“PASTI PILIHAN UMMAH”

Damanhuri Dol
Ketua Pengarah PASTI Malaysia


Address

Pasti Al-Ja'fari Kampung Semeliang
Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 19:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 19:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Al-Ja'fari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pasti Al-Ja'fari:

Shortcuts

Share

Category