SMK Padang Terap

SMK Padang Terap Laman Facebook rasmi SMK Padang Terap, Kedah.

14/07/2026
🌙✨ Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri SMKPT 2026✨🌙📌HARI: RABU📅TARIKH: 08/04/2026📍TEMPAT: Dewan Al Falah Smk Padang Terap...
12/04/2026

🌙✨ Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri SMKPT 2026✨🌙

📌HARI: RABU
📅TARIKH: 08/04/2026
📍TEMPAT: Dewan Al Falah Smk Padang Terap
⏰MASA: 10.30-1.10 tengah hari

Alhamdulillah, majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah berlangsung dengan meriah berjaya menghimpunkan seluruh warga sekolah dalam suasana penuh keceriaan dan ukhwah 🤝

Gelak tawa, juadah istimewa, serta kemesraan yang terjalin menjadi kenangan manis yang pastinya terpahat di hati semua yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini dengan penuh dedikasi 🌸
Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan kita dipertemukan lagi dalam majlis akan datang. ✨
“Indahnya Syawal, diraikan bersama” 🌙💫

“Sederap Melangkah ke Arah Prestasi Terbilang”

Tahniah warga SMKPT! 🌟Keputusan SPM yang diumumkan membuktikan usaha tidak pernah mengkhianati hasil apabila Gred Purata...
02/04/2026

Tahniah warga SMKPT! 🌟

Keputusan SPM yang diumumkan membuktikan usaha tidak pernah mengkhianati hasil apabila Gred Purata Sekolah berjaya meningkat sebanyak 0.14.

Syabas kepada semua pelajar dan guru atas pencapaian yang membanggakan ini—teruskan melangkah lebih jauh menuju kecemerlangan! 💯📚

“Sederap Melangkah ke Arah Prestasi Terbilang”




26/03/2026

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 menetapkan usaha memastikan guru dapat memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Dasar 80:20 menggariskan 80 peratus masa guru mata pelajaran diperuntukkan untuk aktiviti berkaitan dengan PdP, manakala 20 peratus lagi diperuntukkan untuk tugasan bukan PdP.

Kesejahteraan guru dipengaruhi pelbagai faktor termasuk beban tugas di luar skop tugas utama, persekitaran kerja, emosi serta peluang pembangunan profesional.

Antara inisiatif yang dilaksanakan KPM untuk menangani beban tugas guru dari tahun 2023 hingga kini termasuk:

📌 Melantik 20,997 sukarelawan peperiksaan SPM
📌 Inisiatif pembantu guru MySTEP
📌 Lantikan pembantu warden asrama sepenuh masa
📌 Memansuhkan fungsi Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM)
📌 Mengembalikan fungsi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)


MAJLIS PERTAULIAHAN PEMIMPIN MUDA 2026✨Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah dilantik sebagai Pemimpin Muda S...
09/03/2026

MAJLIS PERTAULIAHAN PEMIMPIN MUDA 2026✨

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah dilantik sebagai Pemimpin Muda SMKPT bagi sesi 2026. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta menjadi contoh teladan kepada warga sekolah.

📅 Tarikh: 8 Mac 2026
📍 Tempat: Dewan Terbuka SMKPT
Pemimpin Berwibawa, Sekolah Gemilang. ✨


SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 2026 | 1447 Hإِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَا فِظُونَSesungguhnya...
07/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 2026 | 1447 H

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَا فِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-
benar memeliharanya (AL-HIIR-19)

"SEDERAP MELANGKAH KE ARAH PRESTASI TERBILANG"

Majlis Iftar Jamaie & Sumbangan Zakat Warga SMK Padang Terap bersama Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Keda...
06/03/2026

Majlis Iftar Jamaie & Sumbangan Zakat Warga SMK Padang Terap bersama Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

📝Hari : Isnin
🗓️Tarikh : 2 Mac 2026
📍Tempat : Asrama SMK Padang Terap

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih bagi semua tetamu jemputan, ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang telah dijalankan ini.

Salam Ramadhan Kareem. Allahu Akram🌙🕌

"SEDERAP MELANGKAH KE ARAH PRESTASI TERBILANG"

✨MAJLIS SEJUTA KENANGAN SERIBU PENGHARGAAN✨Yang Diraikan: Sir Azham Bin Amran🗓️HARI: KHAMIS📅TARIKH: 12/02/2026📍TEMPAT: D...
27/02/2026

✨MAJLIS SEJUTA KENANGAN SERIBU PENGHARGAAN✨

Yang Diraikan: Sir Azham Bin Amran

🗓️HARI: KHAMIS
📅TARIKH: 12/02/2026
📍TEMPAT: DEWAN AL FALAH SMKPT
⏰MASA: 9.00-11.00 pagi

Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar di tepi taman;
Budi tuan tetap tersemat kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, warga SMKPT merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan oleh Sir Azham bin Amran sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini.

Dedikasi, kepimpinan serta keikhlasan yang ditunjukkan telah memberi impak besar kepada pembangunan sekolah, rakan sejawat dan para pelajar. Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan akan terus menjadi inspirasi dan pedoman buat kami semua.
Sesungguhnya, perpisahan ini bukanlah pengakhiran sebuah hubungan, tetapi permulaan kepada lembaran baharu yang lebih gemilang.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insya-Allah kita berjumpa lagi.

Semoga Sir Azham bin Amran terus cemerlang dalam apa jua amanah yang dipikul, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya.
Sejuta kenangan, seribu penghargaan. Jasa dikenang, budi disanjung. 🌷✨

AJK Kawalan Keselamatan Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap Tahun 2026Hari: RabuTarikh: 28 Januari 2026Masa: 8.00 ...
03/02/2026

AJK Kawalan Keselamatan Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap Tahun 2026

Hari: Rabu
Tarikh: 28 Januari 2026
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: SK Kubang Palas

Guru Bertugas:
1. Ustaz Ramli Bin Hanafi
2. Puan Masitah Binti Juakim.

Address

Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047860131

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Padang Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category