Nadhirah At-Taqwa

Nadhirah At-Taqwa Selamat datang ke N-Taqwa.COM

Assalamualaikum wbtMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2017/1438HYang Mulia Lagi Dikasihi Tan Sri / Datuk / Dat...
23/05/2017

Assalamualaikum wbt

MOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2017/1438H

Yang Mulia Lagi Dikasihi Tan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan Yang Dirahmati Allah SWT. Bersempena Bulan Ramadhan Al Mubarak 1438H/2017M, seperti tahun sebelumnya pihak Madrasah Nadhirah At-Taqwa akan mengadakan Program Ihya’ Ramadhan melalui aktiviti-aktiviti seperti :

- Majlis Berbuka Puasa
- Majlis Khatam Al Quran
- Tahlil Arwah
- Tadarus Al Quran dan
- Qiamullail

Kami mengadakan aktiviti diatas sepanjang bulan Ramdahan ini.Jika Tan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan berhajat menyampaikan pahala bacaan Al Quran , Tahlil Arwah dengan niat untuk arwah ibubapa, datuk nenek dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah boleh berbuat demikian dengan wang sumbangan ke akaun berikut

AKADEMI PENGAJIAN DAKWAH & IHSAN S/B
02020010039059
Bank Islam Berhad (BIMB) Sg.Petani

Kemukan butiran berikut setelah membuat sumbangan :

Nama Tuan/Puan :
No.HP :
Alamat :
Nama Arwah :
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

"Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang tersebut tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu."
(Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

p/s : Keterangan lanjut boleh hubungi Ust.Firdaus 019-9903840

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban1. Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis...
11/05/2017

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

1. Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

2. Nabi saw bersabda:

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah."
(Hr Ibnu Majah - hasan)

09/05/2017
إنا لله وإنا إليه راجعونTelah kembali ke Rahmatullah Al'arifbillah Tuan Guru Syeikh Toyyib Al Makki sebentar tadi d rmhn...
29/12/2016

إنا لله وإنا إليه راجعون

Telah kembali ke Rahmatullah Al'arifbillah Tuan Guru Syeikh Toyyib Al Makki sebentar tadi d rmhnya d Makkah, . Al Faatihah

Drp Us Mohd A'fifi Abdul Rahman dari Makkah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ... اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار اللّهمّ اجعل قبره روضة من رياض الجنّة...ولا تجعل قبره حفرة من حفر النّيران

Sesi temuduga pengambilan pelajar tahfiz 2017
21/12/2016

Sesi temuduga pengambilan pelajar tahfiz 2017

Warga Nadhirah At-Taqwa menerima jemputan kenduri di dewan Millenium Bertam hari ini
04/09/2016

Warga Nadhirah At-Taqwa menerima jemputan kenduri di dewan Millenium Bertam hari ini

IBADAH KORBAN DI MADRASAH NADHIRAH AT-TAQWAAssalamualaikum wbt.Sesiapa ingin menyertai bahagian dalam ibadah korban di N...
21/08/2016

IBADAH KORBAN DI MADRASAH NADHIRAH AT-TAQWA

Assalamualaikum wbt.

Sesiapa ingin menyertai bahagian dalam ibadah korban di Nadhirah At-Taqwa pada tahun ini kami mengalukan kepada semua

1 bahagian = RM550

Sebarang pertanyaan hubungi Ust.Firdaus 013-4366970

Menerima kunjungan mahabbah dari ahli kelab motosikal P3GPengisian :- Sesi Ta'aruf- Tazkirah ringkas oleh Pengarah Madra...
21/08/2016

Menerima kunjungan mahabbah dari ahli kelab motosikal P3G

Pengisian :
- Sesi Ta'aruf
- Tazkirah ringkas oleh Pengarah Madrasah Nadhirah At-Taqwa
- Pemberian sumbangan dari kelab P3G
- Jamuan

Memenuhi jemputan tahlil masyarakat setempat
03/08/2016

Memenuhi jemputan tahlil masyarakat setempat

Assalamualikum wbt,Kepada, Ibu Bapa/PenjagaJEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN MESRA AIDILFITRI 2016/1437HDengan segala hormatnya ...
21/07/2016

Assalamualikum wbt,

Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN MESRA AIDILFITRI 2016/1437H

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Madrasah Nadhirah At-Taqwa akan mengadakan Majlis Jamuan Mesra Aidiltri seperti berikut :

Tarikh : 30 Julai 2016/25 Syawal 1437H (Sabtu)
Tempat : Kantin Madrasah Nadhirah At-Taqwa
Waktu : 2.00 – 6.00 petang

Justeru, Jawatankuasa Pengelola dengan sukacitanya menjemput tuan/puan hadir ke program ini bersama anak tuan/puan.Bagi yang ingin membuat sumbangan dalam bentuk wang tunai ataupun kuih muih boleh datang lebih awal.

Kerjasama, keperihatinan serta kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan

Terima Kasih

Address

Lot 710, Kampung Sg. Batu, Mukim Bujang
Kuala Muda
08100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nadhirah At-Taqwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share