21/07/2026
Alhamdulillah.
Pada 20 Julai 2026, pihak Ribath Fatimah Az Zahra telah menerima sumbangan wakaf kitab daripada keluarga Haji Yunus dan isteri dari Segamat, Johor.
Sebanyak lebih 100 naskhah kitab Arab dalam pelbagai cabang ilmu telah diwakafkan untuk menambah koleksi Pustaka Az Zahra, sebagai rujukan dan manfaat kepada para pelajar serta pencinta ilmu.
Majlis penyerahan wakaf kitab telah disempurnakan oleh Habib Muhammad Soleh Al Attas di Bera, Pahang.
Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan dan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada para pewakaf atas sumbangan yang amat bermakna ini. Semoga kitab-kitab yang diwakafkan menjadi sumber ilmu yang bermanfaat, melahirkan generasi berilmu dan beramal soleh, serta menjadi amal jariah yang berterusan hingga ke akhirat.
جزى الله خيرًا وبارك فيكم.