Cekgu Nor Mohamad

Cekgu Nor Mohamad Bantu anak-anak SKOR 8A UPKK

Alhamdulillah petang ni mengantuk sikit. 😇 Tangan tetap laju berjalan. Maka terhasil lah nota ringkas Ibadat tahun 3. Se...
28/01/2026

Alhamdulillah petang ni mengantuk sikit. 😇 Tangan tetap laju berjalan. Maka terhasil lah nota ringkas Ibadat tahun 3.

Semoga bermanfaat untuk calon2 UPKK 2026.

Cekgu Nor Mohamad

01/01/2026

Alhamdulillah syukur.. Selamat tahun baru semua semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

26.12.2025 bersamaan 5 Rejab 1447HDisebalik hujan lebat yang turun tanpa henti hari ini. Rupanya Allah nak kirimkan beri...
26/12/2025

26.12.2025 bersamaan 5 Rejab 1447H

Disebalik hujan lebat yang turun tanpa henti hari ini. Rupanya Allah nak kirimkan berita gembira. Allahuakhbar syukur tak terhingga. Terima kasih ya Allah.

Engkau hadirkan mereka dalam hidup ini. Tahniah anakanda Iman dan Raja. Terima kasih ini kali kedua buat hati Cekgu Nor sebak bahagia.

Kali pertama tahun 2024. Raja dapat 9A UPKK dan Iman dapat 8A 1B. Seronok sangat masa tu.

Hari ni 2025 korang sekali lagi buat Cekgu Nor sebak. Iman dapat masuk ke SMKA Haji Abbas dan Raja dapat masuk IMTIAZ.

Sebak kerana korang berdua dah realisasikan impian Cekgu Nor untuk belajar ke sekolah Agama.

Syukur Ya Allah.

Semoga kalian berjaya menjadi anak soleh dunia akhirat.

Marah tanda sayang.Kalau sayang tak perlu ada kecil hati atau benci. Biarlah ikhlas tujuan mengasuh dan mendidik.Mereka ...
24/12/2025

Marah tanda sayang.

Kalau sayang tak perlu ada kecil hati atau benci. Biarlah ikhlas tujuan mengasuh dan mendidik.

Mereka bukan lagi anak kecil yang tak memahami erti sebuah "MARAH". Kemarahan tu kadangkala melemahkan jiwa seorang anak. Kesalahan kecil disembur seperti api yang sedang marak.

Jiwa yang lemah anak susah nak bangkit untuk bina kejayaan. Kesudahan anak akan sering kalah dimedan ilmu dan akan terus dimarahi.


Bahagia bukan sebab banyak duit.Bahagia bila ikhlas dan redha dengan kehidupan kita.Salam bahagia 2 Rejab 1447h🥰Cekgu No...
23/12/2025

Bahagia bukan sebab banyak duit.
Bahagia bila ikhlas dan redha dengan kehidupan kita.

Salam bahagia 2 Rejab 1447h🥰
Cekgu Nor Mohamad

22/12/2025

Rejab datang lagi. Membawa makna yang mendalam. Tergolong dalam bulan haram. Dilipat gandakan setiap amalan. Untungnya siapa yang dapat.

Tak rugi bila sentiasa memohon keampunan, kasih sayang, dan taubat daripada Allah.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ

"Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan terimalah taubatku"

Jelingan menuju 2026. Dalam diam tinggal sepuluh hari jer lagi. Hari ni 1 Rejab. Dalam diam dah dekat nak Ramadhan.Panta...
22/12/2025

Jelingan menuju 2026. Dalam diam tinggal sepuluh hari jer lagi. Hari ni 1 Rejab. Dalam diam dah dekat nak Ramadhan.

Pantas sangat waktu sekarang kan.

Habis cuti terus masuk Sekolah kongsi sedikit ilmu  yang tak seberapa. Terima kasih yer sudi jemput. Tahun depan ada rez...
21/09/2025

Habis cuti terus masuk Sekolah kongsi sedikit ilmu yang tak seberapa.

Terima kasih yer sudi jemput. Tahun depan ada rezeki jumpa lagi.😉✌️

Alhamdulillah.. Selesai dah Kem Percubaan UPKK 2025. Tahniah semua anak-anak berjaya tamatkan semalam.
31/08/2025

Alhamdulillah.. Selesai dah Kem Percubaan UPKK 2025. Tahniah semua anak-anak berjaya tamatkan semalam.

Alhamdulillah..Sebelum dan selepas Kem PERCUBAAN UPKK hari pertama.Tiga subjek bertulis. Akidah,Adab dan Ibadat.Kesimpul...
29/08/2025

Alhamdulillah..Sebelum dan selepas Kem PERCUBAAN UPKK hari pertama.

Tiga subjek bertulis. Akidah,Adab dan Ibadat.

Kesimpulan untuk hari ni. Subjek Ibadat ramai lagi tak boleh skor. Macam mana nak buat?

1. Fokus 9 tajuk dalam Ibadat
2. Ingat semua hukum setiap ibadat
3. Dapat bezakan peranan dan rukun setiap Ibadat

Dapat soalan jangan kalut. Baca elok-elok. Tanda sikit apa soalan nak. Cari jawapan tepat jangan main tembak jer.

Apa-apa pun anak-anak hari ni memang sporting habis. Yakin dan bersemangat💪🔥

Esok lak jumpa korang❤️



Address

Kuala Manir

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cekgu Nor Mohamad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share