01/06/2026
Dirgahayu Tuanku!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
SMK Puteri Titiwangsa
01/06/2026
Dirgahayu Tuanku!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
23/05/2026
TAHNIAH.. Team Ratu PutriWangsa telah mendapat tempat ke 4 , keputusan Rasmi Peringkat Daerah bagi Pertandingan TASEEM KL 2026 Kategori B: Sekolah Menengah Tarian Etnik / Rakyat KREATIF TRIO.. tahniah dan syabas diucapkan kepada guru pembimbing Pn Noraidah , Cik Faridah dan dibantu bersama Cik Yusrina
22/05/2026
✨ Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih ✨
Pihak sekolah merakamkan setulus penghargaan dan ribuan terima kasih kepada ST Rosyam Mart Cawangan Setiawangsa dan Bank Rakyat Jalan Ipoh atas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja 2026.
ST Rosyam Mart Cawangan Setiawangsa menyumbang 5 Hamper makanan, Air kotak berperisa dan Air Mineral.
Bank Rakyat Jalan Ipoh p**a menyumbang Kek Hari Guru dan 10 Hamper
Kesemua hadiah ini diberikan kepada murid- murid dan guru sebagai hadiah pertandingan. Mereka sangat gembira menerima hadiah tersebut.
Keprihatinan serta kerjasama yang dihulurkan amat bermakna dalam menyemarakkan sambutan ini sekali gus menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik serta seluruh warga sekolah.
Rozila Iberahim
22/05/2026
Alhamdulillah usai Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja TGS bagi Tahun 2026.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada AJK Kelab Aurora dan Team Produksi atas kesungguhan merealisasikan majlis sambutan hari ini yang dijalankan dengan sungguh ceria dan meriah, ditambah ramai tersenyum gembira dapat membawa p**ang hadiah. Satu inisiatif yang sangat dihargai 🌹.
Terima kasih atas kerjasama barisan pentadbir, semua guru dan AKP yang sporting memenuhi tema sambutan majlis hari ini.
Faktor kelancaran majlis ialah kepetahan pasangan pengacara segmen awal yang sangat memenuhi ‘keformalan’ acara manakala pasangan emcee kedua yang sangat kreatif dan spontaneous merupakan faktor utama menghidupkan suasana ‘Sekampung Kahwin’. Terima kasih atas bimbingan guru-guru yang terlibat.
Sekali lagi, ramai bakat baru (dalam kalangan murid sudah pasti, tetapi dalam kalangan guru dan AKP adalah satu ‘keterujaan’ 😊) diketengahkan pada hari ini dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang sangat komited tanpa jemu mencungkil bakat dan potensi murid-murid serta memberikan bimbingan.
Kagum dengan kerjasama dan kecekapan team produksi mengurus acara sekaligus menzahirkan Pembentukan Karakter Murid TGSian seperti yang dihasratkan dalam Hala Tuju TGS 💖
Kita raikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja dengan cara kita hasil kerjasama semua warga TGS ❤️🔥
Terima kasih JK Kelab Aurora 2026 👍🌹
Terima kasih barisan pentadbir 🤝💟
Terima kasih para guru dan AKP TGS 🫶🏻
Ucapan dari Pengetua TGS Puan Rozila Iberahim
22/05/2026
✨🎉 SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2026 🎉✨
Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja 2026 anjuran Kelab Aurora TGS 2026 yang telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan kemeriahan bertemakan “Sekampung Kahwin”.
👰🏻🤵🏻 Para guru dan staf mengenakan pakaian pengantin pelbagai budaya, warna dan fesyen bagi menyerikan suasana majlis.
📅 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 1.20 petang – 4.20 petang
🌟 Tema Hari Guru 2026
“Guru Bitara Nadi Negara”
🌟 Tema Hari Pekerja 2026
“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”
Semoga sambutan ini menjadi medan untuk menghargai segala jasa, pengorbanan dan dedikasi warga pendidik serta pekerja sekolah dalam membentuk generasi cemerlang dan negara madani.
💙 Bersama kita hargai jasa, membina negara madani. 💙
Rozila Iberahim
18/05/2026
Alhamdulillah, SMK Puteri Titiwangsa telah menerima sumbangan zakat daripada Mantan Pengetua iaitu Puan Nafisah binti Hashim. Penyampaian sumbangan zakat telah berjaya dilaksanakan. Sumbangan ini sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga serta memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan murid terus terpelihara.
Semoga bantuan yang disampaikan dapat memberi semangat dan motivasi kepada para murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah diri.
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa prihatin dan menyokong usaha kebajikan demi kesejahteraan anak-anak didik TGSian.
Rozila Iberahim
17/05/2026
TAHNIAH Diucapkan kepada Aminah Rose binti Mohd Ritahudin murid Prasekolah TGS yang mengikuti Pertandingan Gaya Uniti Cilik Prasekolah 2026 pada 16 Mei 2026 di Muzium Negara. Aminah Rose telah mendapat tempat 'Top 15' daripada 30 peserta... Tahniah diucapkan kepada Cikgu Haslinda atas inisiatif dan bimbingan untuk menyakinkan murid Prasekolah memperagakan pakaian tradisional hingga membawa kejayaan kepada Prasekolah TGS.
Rozila Iberahim
16/05/2026
Di sebalik kejayaan setiap insan, ada doa dan pengorbanan guru yang luar biasa. Terima kasih kerana mendidik dengan hati, sabar membimbing, dan menginspirasi tanpa henti.
Selamat Hari Guru buat semua pelita yang menerangi jalan masa depan kami.
*SELAMAT HARI GURU*
*GURU BITARA NADI NEGARA*
Rozila Iberahim
15/05/2026
SMK Puteri Titiwangsa berbesar hati menerima lawatan sempena Program Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) MADANI bagi sekolah-sekolah kawasan Parlimen Setiawangsa menerusi inisiatif “TGS NextGen STEM Corridor” yang telah berlangsung pada 15 Mei 2026.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad selaku Ahli Parlimen Setiawangsa. Lawatan ini menjadi satu platform penting dalam memperkukuh pembudayaan STEM dalam kalangan murid serta menyokong usaha melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
YB Nik Nazmi juga membuat lawatan ke Pra Sekolah TGS dan begitu teruja dengan anak-anak comel ini. YB turut memuji akan kepetahan anak-anak Pra Sekolah ini menjawab soalan yang diajukan 😃
Pihak sekolah amat menghargai sokongan dan perhatian yang diberikan terhadap pembangunan pendidikan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Diharapkan lawatan ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik serta memberi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Rozila Iberahim
14/05/2026
Makluman Lawatan YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad ke Program Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi sekolah-sekolah bawah Parlimen Setiawangsa.
Tarikh : 15 Mei 2026
Tempat: SMK Puteri Titiwangsa
YB Nik Nazmi
Rozila Iberahim