19/05/2026
SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA
HARI: JUMAAT
TARIKH: 15 MEI 2026
Sambutan Hari Belia Negara telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Warga SMK Kiaramas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Belia dan Sukan Kawasan Segambut/Kepong dan juga barisan JBSWP, MBDS dan Gerakan 4B dalam menjayakan program ini. Sokongan dan semangat yang diberikan oleh pelajar-pelajar SMK Kiaramas amat bermakna dalam memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara Kawasan Kepong/Segambut Tahun 2026 serta menyemarakkan semangat belia yang aktif, kreatif dan berdaya saing di kalangan pelajar-pelajar.
❤️
18/05/2026
Warga SMK Kiaramas mengalu-alukan kehadiran Cikgu Nik Huda Nabila binti Mustapha, guru pendidikan khas menjadi sebahagian warga sekolah.
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.
❤️
15/05/2026
🌷 UCAPAN HARI GURU 2026 🌷
Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SMK Kiaramas yang sentiasa komited mendidik, membimbing dan membentuk generasi masa depan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi insan hebat yang menjadi inspirasi, pembina sahsiah dan pencetus kejayaan anak-anak Kiaramas. Segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan cikgu dalam mendidik anak bangsa amat dihargai dan disanjung tinggi.
Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan semangat yang dicurahkan demi kecemerlangan sekolah serta kejayaan murid-murid. Semoga seluruh warga guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam melaksanakan amanah yang mulia ini.
✨ “Guru Bitara Nadi Negara” ✨
Terima Kasih Cikgu!
Salam Ikhlas,
Cikgu Radiyah binti Yahya
Pengetua
SMK Kiaramas
❤️ Kiaramas Hebat Di Hati
❤️
13/05/2026
Warga SMK Kiaramas mengalu-alukan kehadiran Cikgu Jivesshwar Kuhan, guru praktikum menjadi sebahagian warga sekolah.
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.
❤️
30/04/2026
TARIKH: 29 April 2026
TAHNIAH!
Diucapkan kepada Sayed Maher Areefi bin Sayed Muzzakkir atlet Golf SMK Kiaramas (kategori Individu B15) kerana berjaya memperolehi markah yang baik dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026.
❤️
27/04/2026
PENYAMPAIAN SIJIL PENCAPAIAN (TEMPAT KEEMPAT) DALAM KEJOHANAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH SENTUL TAHUN 2026
ISNIN (PERHIMPUNAN RASMI)
27 APRIL 2026
Tahniah!
Diucapkan kepada Pasukan Hoki L18 SMK Kiaramas kerana berjaya merangkul tempat ke empat dalam Kejohanan Hoki MSSD Sentul yang di adakan pada 20 - 21 April 2026 lalu.
❤️
27/04/2026
PENYAMPAIAN MEDAL SUKAN TAEKWONDO BAGI KARNIVAL BAKAT OLIMPIK KEBANGSAAN SIRI 1/2026 KEDAH DARUL AMAN
ISNIN (PERHIMPUNAN RASMI)
27 APRIL 2026
Tahniah!
Diucapkan kepada Kiyshian Kannan dan Kiyshore Kannan atlet Taekwondo SMK Kiaramas (kategori Individu Kyurogi 15-17 Fin dan 13-14 Fly) kerana berjaya memperolehi Johan dan Naib Johan dalam Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1/2026 Kedah Darul Aman yang di adakan pada 10-15 April 2026 lalu.
❤️
27/04/2026
ANUGERAH PERATUSAN KEHADIRAN TERTINGGI &
ANUGERAH KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS TERBAIK
MINGGU 14
20/4/2026 - 24/4/2026
❤️
27/04/2026
MINGGU 14
JUMAAT, 24 APRIL 2026
KANGAROO MATHS COMPETITION
Kategori:
1. Cadet - Tingkatan 1 & 2
2. Junior - Tingkatan 3 & 4
3. Senior - Tingkatan 5
❤️