CikguAzri.com

CikguAzri.com

Share

21/11/2025

Tutorial Kertas Math SPM

Semoga bermanfaat☺️

www.cikguazri.com
018-370 3135

13/11/2025

Cerita makanan sampah jadi mewah

09/11/2025

Video tutorial matematik
F1 - F5
Nombor Piawai

09/11/2025

Video tutorial matematik
F1 - F5
Faedah Pinjaman

09/11/2025

Video tutorial matematik
F1 - F5
Algebra

09/11/2025

Video tutorial matematik
F1 - F5
Garis Lurus

09/11/2025

Video tutorial matematik
F1 - F5
Laju & Pecutan

09/11/2025

Video tutorial matematik
F1 - F5

Photos from CikguAzri.com's post 09/11/2025

Tuan/Puan,

Antara masalah 'klasik' anak-anak kita dengan subjek Matematik...

Mereka dah hafal berpuluh formula. Tapi bila soalan peperiksaan "pusing" sikit, tiba-tiba mereka 'jam'. Tak pasti nak guna formula yang mana satu. Rasa buntu, akhirnya markah hilang walaupun dah hafal.

Sebenarnya, Matematik ini bukanlah subjek 'menghafal'.
Ia lebih kepada 'memahami' dan 'melihat corak'.

Sambil saya kumpulkan nota-nota, saya terjumpa beberapa kaedah popular yang dikongsi oleh ramai pelajar cemerlang untuk 'ingat tanpa hafal'.

Saya kongsikan kompilasi 5 strategi ini. Mana tahu, boleh jadi idea untuk Tuan/Puan bualkan atau kongsikan dengan anak-anak.

1. 'Fahami Cerita Sebenar Formula'
Kaedah ini menggalakkan pelajar bertanya 'kenapa' formula itu wujud. Contohnya, formula luas segi tiga lebih mudah difaham bila 'nampak' ia adalah separuh daripada segi empat tepat.

2. 'Guna Warna atau Simbol Visual
'Otak kita sangat s**a 'pattern' visual. Ada yang kongsikan, mereka warnakan semua formula berkaitan 'kuasa dua' dengan warna biru, dan semua 'trigonometri' dengan warna merah. Ini bantu otak 'kategorikan' maklumat.

3. 'Terangkan Semula (Ajar Orang Lain)'
Ini antara teknik paling berkesan. Apabila anak cuba terangkan satu konsep kepada kawan (atau kepada kita), otak mereka terpaksa bekerja untuk faham logik sebenar. Ia mengubah 'short-term memory' jadi 'long-term understanding'.

4. 'Ikat Formula Dengan Soalan Sebenar'
Formula yang baru dipelajari mudah 'terapung' dan dilupa. Strateginya adalah, lepas belajar 1 formula, terus cari 3-5 contoh soalan yang guna formula itu. Ini akan 'ikat' formula tadi dengan situasi penggunaannya.

5. 'Bina Peta Formula Ikut Topik'
Formula dalam buku teks selalunya ikut bab. Cuba kumpulkan formula ikut 'topik' atau 'objek'.
Contoh: Buat satu nota kecil untuk 'Segi Empat' -> dan himpunkan semua formula luas, perimeter, dan nisbahnya di situ.

Sekadar kompilasi ringkas untuk manfaat bersama.
Jika bermanfaat, silakan kongsi pada anak-anak'.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kuala Lumpur
54200