SMK Sungai Besi Official

SMK Sungai Besi Official

Share

Laman Facebook rasmi SMK Sungai Besi
Sederap Menggapai Kecemerlangan Sehingga Berjaya

12/08/2026

TALIAN BANTUAN & KESELAMATAN UNTUK MURID

Anda Tidak Bersendirian, Kami Sedia Membantu. 🤝

Dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara, berikut merupakan talian bantuan yang boleh dihubungi apabila memerlukan sokongan, bimbingan atau bantuan:

🚨 Talian Kecemasan: 999
💙 Talian HEAL: 15555
🩵 Talian Kasih: 15999
💜 Talian Buddy Bear: 1-800-18-2327

Jangan pendam seorang diri. Berani bercerita, kami sedia mendengar. Keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.











Photos from SMK Sungai Besi Official's post 10/08/2026

ANUGERAH KELAS TERBERSIH 2026 (JULAI)

🏆🎖️🏆🎖️🏆🎖️🏆🎖️🏆🎖️

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kelas Terbersih bagi BULAN JULAI 2026:

Tingkatan 1
1 Unggul (90%)

Tingkatan 2
2 Maju (97%)

Tingkatan 3
3 Amanah (89%)

Tingkatan 4
4 Berlian (82%)

Tingkatan 5
5 Berlian (88%)

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua guru kelas serta murid-murid atas komitmen yang tinggi dalam menceriakan persekitaran kelas dan memastikan kebersihan sentiasa terpelihara.

Semoga usaha ini terus dikekalkan dan menjadi contoh kepada yang lain.







Photos from SMK Sungai Besi Official's post 10/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
(MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT DAN SIJIL)

Tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SMK Sungai Besi atas pencapaian dalam Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSWPKL 2026! 👏🔥

Penyampaian piala dan sijil telah berlangsung dalam Perhimpunan Rasmi Bulanan Kokurikulum pada hari ini sebagai penghargaan atas usaha, semangat juang dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Syabas dan tahniah! Teruskan menggapai kecemerlangan!







Photos from SMK Sungai Besi Official's post 10/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
(MAJLIS PENYAMPAIAN PIALA DAN SIJIL)

Tahniah diucapkan kepada PKBM D SMK Sungai Besi atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat JPWPKL 2026! 👏🇲🇾

Penyampaian piala dan sijil telah disempurnakan dalam Perhimpunan Rasmi Bulanan Kokurikulum pada hari ini sebagai tanda penghargaan atas usaha, disiplin dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan!







Photos from SMK Sungai Besi Official's post 08/08/2026

BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU & ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi (SMKSB) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Profesionalisme Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) sebagai usaha memperkasa kompetensi, profesionalisme serta kualiti warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Bengkel ini turut menampilkan dua orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing:

🎙️ En. Mohammad Safri bin Ishak
Ketua Pakar Rujuk (KPR) Protokol dan Etiket Sosial, Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands yang mengendalikan sesi Etika Berpakaian Penjawat Awam serta Protokol Pengurusan Majlis Rasmi Sekolah.

🎙️ Pn. Yong Guat Baby
SIC+ PPD Bangsar Pudu yang mengendalikan sesi Pedagogi Terbeza & Pembelajaran Abad Ke-21 sekali gus memberi pendedahan dan perkongsian bermakna dalam memperkukuh amalan pedagogi warga pendidik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kelab Guru SMK Sungai Besi selaku penganjur dengan kerjasama Unit Kurikulum serta Unit Bimbingan dan Kaunseling atas usaha dan komitmen dalam menjayakan bengkel ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada pihak Sunway College Velocity atas kesudian menaja tempat penganjuran serta makan tengah hari sepanjang bengkel ini berlangsung. Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat dihargai serta telah menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan penganjuran bengkel ini.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada pembentukan warga sekolah yang lebih profesional, kompeten, berintegriti dan berkualiti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kecemerlangan SMK Sungai Besi.











07/08/2026

🎯 SASARAN SPM 2026 | SMK Sungai Besi

Sasaran telah ditetapkan, komitmen diperkukuhkan. Bersama-sama kita melangkah dengan tekad dan usaha berterusan demi mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026.

Semoga segala perancangan dipermudah dan setiap usaha membuahkan kejayaan buat seluruh warga SMK Sungai Besi.

Bersama Melakar Kecemerlangan, Merealisasikan Sasaran GPS 4.30.








Photos from SMK Sungai Besi Official's post 06/08/2026

PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Pada 3 Ogos 2026 (Isnin), telah berlangsung Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan 2026 sempena perhimpunan rasmi sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Sejarah SMK Sungai Besi.

Majlis ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, menyuburkan rasa cinta akan negara serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kemerdekaan tanah air.

Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dalam menghayati erti kemerdekaan dan memperkukuhkan semangat perpaduan.

Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang serta menghayati makna kemerdekaan dengan penuh rasa bangga dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾









Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 04/08/2026
Photos from SMK Sungai Besi Official's post 01/08/2026

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN, DEMI PENDIDIKAN BERKUALITI

Warga SMK Sungai Besi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, khususnya YBrs. Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail atas peruntukan RM100,000 di bawah Pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah (Reformasi Sekolah).

Semoga manfaat ini terus memperkasa kecemerlangan pendidikan demi masa depan warga sekolah.








Photos from SMK Sungai Besi Official's post 31/07/2026

TAHNIAH WARGA SEPAK TAKRAW SMK SUNGAI BESI

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SMK Sungai Besi atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSWPKL 2026 sebagai wakil Daerah Bangsar.

Pencapaian yang diraih adalah seperti berikut:

🏅 Acara Berpasukan (Bawah 18 Tahun)
Tempat Keempat
• Mohamad Azzam Haikal bin Abdullah (4 Mutiara)

🥈 Acara Berpasukan (Bawah 15 Tahun)
Naib Johan
• Abdul Thaqief bin Abd Fakur (3 Anggun)

🥈 Acara Quadrant (Bawah 15 Tahun)
Naib Johan
• Abdul Thaqief bin Abd Fakur (3 Anggun)
• Adam Hafiy bin Mohammad Akmal (1 Aman)

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet sepanjang kejohanan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jurulatih serta guru pengiring, Cikgu Muhammad Aliff bin Mansor atas bimbingan, komitmen dan dedikasi dalam membimbing pasukan sehingga berjaya mengharumkan nama SMK Sungai Besi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.












📸 Kredit Foto: Bolarotan True Xperience

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan 20/146, Sungai Besi,, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00