24/04/2026
Alhamdulillah, aktiviti hari ini di KBID Ampang berjalan dengan lancar π
Aktiviti yang dikendalikan oleh Cikgu Tan memberi pendedahan kepada pelajar dalam penyediaan asas pembuatan air. Pelajar berpeluang merasai sendiri pengalaman menyediakan pelbagai jenis minuman seperti air coklat ais, teh ais dan teh o ais limau.
Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan kemahiran membaca arahan serta memahami sukatan yang betul dalam penyediaan air. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu meningkatkan kemahiran literasi dan kefahaman dalam situasi kehidupan sebenar.
Syabas kepada semua pelajar yang terlibat! πβ¨
24/04/2026
According to the International Dyslexia Association, roughly 1 in 5 individuals show symptoms associated with dyslexia.
But, not all are formally diagnosed.
Many struggle quietly in reading, spelling, or processing language, often misunderstood as βslowβ or βlazy.β In reality, they just learn differently.
With the right support, they can thrive.
Early intervention makes a real difference.
Book an assessment with us today.
17/04/2026
Hari ini, 17 April 2026 (Jumaat), KBID Ampang telah mengadakan sesi perjumpaan antara ibu bapa dan guru bagi membincangkan perkembangan serta kemajuan pembelajaran para pelajar.
Sesi ini memberi ruang kepada ibu bapa untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai prestasi anak-anak, di samping berbincang secara langsung dengan guru tentang perancangan pembelajaran yang lebih terarah dan bersesuaian dengan keperluan setiap pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Komitmen ini amat penting dalam memastikan perkembangan anak-anak dapat dipantau secara berterusan.
Semoga usaha dan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak kita πβ¨
11/04/2026
π Serba sedikit sorotan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di KBID Ampang! πβ¨π½οΈ
Suasana penuh ceria, gelak tawa dan kemesraan jelas terpancar di wajah guru-guru dan murid-murid. Pelbagai aktiviti menarik serta juadah potluck turut memeriahkan lagi sambutan kali ini.
18/12/2025
π Perjumpaan Ibu Bapa & Guru | 18 Disember 2025 (Khamis)
Alhamdulillah, selesai sudah Hari Perjumpaan Ibu Bapa hari ini. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua ibu bapa dalam membincangkan kemajuan anak-anak sepanjang tahun ini.
Perjumpaan ini bukan sekadar menilai prestasi, tapi juga menjadi ruang menyemai harapan dan merancang langkah seterusnya. Setiap anak ibarat benih yang sedang tumbuh ada yang sudah mula berbuah, ada yang masih perlukan siraman kasih dan perhatian. Kami guru-guru akan terus membimbing dan memupuk mereka sebaik mungkin.
π Tahniah diucapkan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dan kecemerlangan.
πΈ Buat yang akan melangkah pergi, titipkan doa dan ingatan dari kami agar kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu.
16/12/2025
π¨ Program Mewarna Batik Meriah di PDM Ampang! ποΈ
Alhamdulillah, pada 15 Disember 2025 (Isnin), Program Mewarna Batik yang berlangsung di PDM Ampang berjalan dengan lancar dan penuh warna-warni! π
Program bermula seawal jam 9.00 pagi dan melibatkan penyertaan pelajar dari sesi pagi, petang dan juga Sabtu. Masing-masing begitu teruja mencurahkan kreativiti di atas kain batik yang disediakan.
Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh MyBatik Kuala Lumpur , yang bukan sahaja menyediakan bahan dan bimbingan, tetapi juga membawa aura seni budaya yang menyeronokkan kepada anak-anak PDM. β¨
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Emilia dan sukarelawan atas sokongan padu serta tajaan aktiviti istimewa ini sempena minggu terakhir persekolahan. Tidak dilupakan juga Puan Diana dan suami atas sumbangan makanan yang menyempurnakan lagi program hari ini. π±β€οΈ
Melalui aktiviti sebegini, pelajar bukan saja belajar tentang seni, tetapi juga dapat melatih fokus, ekspresi diri dan membina keyakinan.
Terima kasih semua guru yang menjayakan! Semoga aktiviti ini dapat mencungkil bakat anak-anak istimewa kita. π
06/12/2025
πΈ LAPORAN AKTIVITI LAWATAN BALAI BOMBA & PENYELAMAT KERAMATπ
Tarikh: 3 Disember 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi β 12.30 tengah hari
Tempat: Balai Bomba Keramat Jalan Jelatek
Alhamdulillah, lawatan penuh ilmu dan pengalaman ini telah berlangsung dengan lancar dan meriah! Anak-anak PDM Ampang begitu bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan.
β¨ Aktiviti yang dijalankan merangkumi:
- Penyampaian ceramah keselamatan kebakaran
- Demo praktikal penggunaan alat pemadam api
- Penyampaian cenderahati kepada pihak Balai Bomba
- Pengalaman menaiki jentera bomba
- Aktiviti mandi air dari pili bomba beramai-ramai sebagai penutup yang menyeronokkan!
πUcapan terima kasih khas kepada para penaja atas sumbangan makanan & minuman:
1. Puan Nur Aisyah Zaharudin
2. Encik Hakim & Puan Intannorshikin
3. Encik Wan Mohd Aminuddin & Puan Asmah Hanim
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pihak Balai Bomba Keramat atas kerjasama yang sangat baik serta semua guru dan kakitangan PDM yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga aktiviti sebegini terus memberi impak positif dan memori indah buat anak-anak istimewa kita. π
07/11/2025
πΈ Acara Sukaneka Hari Kanak-Kanak KBID Ampang 2025 π
Alhamdulillah, Sukaneka sempena Hari Kanak-Kanak yang berlangsung pada 7 November 2025 (Jumaat) berjalan dengan penuh meriah dan senyuman!
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk menceriakan anak-anak PDM. Makanan lazat dan hadiah-hadiah menyeronokkan turut disediakan hasil sumbangan para penaja yang budiman.
β¨ Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada penaja utama:
π Marrybrown
Dan juga para penyumbang:
π Puan Nabila & suami β goodies
π Encik Azad β saguhati
π± Puan Idayu & suami β makanan
π¦Encik Asyraf - Dari aiskrim Aiskrim IKAT
π Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua guru-guru yang bertungkus-lumus merancang, menyusun atur dan menjayakan program hari ini dengan penuh komitmen dan kasih sayang.
Jutaan terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan. Semoga anak-anak ini terus membesar dengan penuh semangat dan kegembiraan! π
04/09/2025
Part 2 - Sambutan Kemerdekaan di Persatuan Dyslexia - Ampang Centre .
04/09/2025
π²πΎ Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2025 di PDM, KBID Ampang π²πΎ
Pada 29 Ogos 2025 (Jumaat), Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM) KBID Ampang telah mengadakan sambutan sempena Hari Kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia dengan penuh semangat patriotik.
π― Objektif Program:
- Memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar.
- Meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
- Menyemai nilai perpaduan dan kebersamaan selaras dengan tema tahun ini, "Malaysia Madani: Rakyat Disantuni"
π Acara Menarik:
1. Pertandingan Memperagakan Pakaian Kemerdekaan
β Pelajar tampil dengan pakaian bertemakan kemerdekaan yang kreatif dan penuh warna-warni.
2. Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan
β Hasil kreativiti pelajar dalam mengumpul maklumat dan menghias buku skrap berkaitan sejarah kemerdekaan dipamerkan dengan bangga.
3. Aktiviti Menghias Kek Kemerdekaan
β Pelajar dibahagikan 4 kumpulan bagi menghiaskan kek bertemakan warna bendera.
Pelajar-pelajar begitu teruja dan bersemangat menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan. Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, menunjukkan betapa pentingnya program sebegini dalam membentuk jati diri dan semangat patriotik sejak usia muda.
Terima kasih kepada semua guru dan staf PDM KBID Ampang yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.