08/06/2026
Sekalung tahniah dan penghargaan π
Fakulti Tari merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurfaraesha Anum atas kejayaan meraih tempat kedua π₯π dalam kategori Solo Open (Contemporary) di pertandingan The Dance Society of Malaysia (TDS) yang berlangsung pada 6 Jun 2026.
Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Fakulti Tariβ¨ Semoga terus cemerlang dan konsisten dalam berkarya dan membuat persembahan ππ
20/05/2026
π’ PENGUMUMAN RASMI PETARA 2026 π’
Dimaklumkan bahawa Pertandingan PETARA 2026 Peringkat Saringan bagi semua kategori telah ditunda kepada tarikh berikut:
ποΈ 1 Ogos 2026 (Sabtu)
β’ Kategori IPTA/IPTS
β’ Kategori Terbuka
ποΈ 2 Ogos 2026 (Ahad)
β’ Kategori Sekolah Rendah
β’ Kategori Sekolah Menengah
β¨ Masih belum mendaftar? Jangan risau, anda masih berpeluang untuk menyertai pertandingan ini!
π Tarikh akhir penghantaran penyertaan: 5 Julai 2026
Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat, kreativiti dan kecemerlangan seni tari anda di pentas PETARA 2026. Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada festival tari yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari seluruh negara!
16/05/2026
Sekitar Bengkel Zapin Pulau yang telah disampaikan oleh Mohd. Hafzal Aziz bersama bantuan fasilitator pelajar Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Muhammad Amar Danish Affendey dan Auni Faqihah Mohd Adi, bersempena program Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar di bawah Youth as Ecotourism Ambassadors Communication Training Program on Mersing Island Heritage ke ASWARA.
Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai warisan tari Zapin Pulau sebagai sebahagian daripada khazanah seni budaya Melayu, di samping memperkenalkan pendekatan pembelajaran tari melalui pengalaman praktikal, apresiasi budaya dan interaksi bersama warga Fakulti Tari ASWARA.
Semoga perkongsian ini dapat menyemai rasa cinta terhadap warisan budaya serta memperkukuh kesedaran generasi muda terhadap kepentingan pemeliharaan seni tradisi negara. β¨