03/03/2026
70 Tahun Mengajar Al-Quran… Kita P**a Bagaimana?
Beliau mengabdikan lebih 70 tahun hidupnya untuk mengajar Al-Quran.
Ribuan murid lahir dari tangannya.
Puluhan ribu lagi menyambung sanad dan ilmu hingga ke lebih 50 negara.
Syekh Abul Hasan al-Kurdi pergi dengan senyuman…
Kerana hidupnya diisi dengan Kalamullah.
Beliau tinggalkan warisan ilmu.
Kita p**a hari ini masih diberi peluang untuk tinggalkan warisan pahala.
Di pedalaman Sabah, anak-anak tahfiz membaca Al-Quran dalam serba kekurangan.
Ada yang berkongsi naskhah.
Ada yang menggunakan Al-Quran lama yang sudah uzur.
Setiap satu Al-Quran yang sampai ke tangan mereka,
akan dibaca, dihafaz dan diulang bertahun-tahun.
Bayangkan jika satu naskhah itu menjadi asbab pahala berterusan untuk kita…
✨ Jom taja dan sponsor projek Infaq Quran Qaseh Borneo Khamis ini.
Mungkin kita tidak mampu mengajar 70 tahun seperti para ulama…
Tetapi kita mampu menjadi penyumbang kepada generasi pewaris Al-Quran.
Satu naskhah.
Satu niat.
Pahala berpanjangan insyaAllah. 🤍
26/02/2026
🌿 PEMBETULAN LOKASI MADRASAH & UCAPAN TERIMA KASIH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seorang anak jati Sabah yang prihatin kerana telah menegur serta membantu kami memperbetulkan maklumat lokasi salah satu madrasah penerima agihan Al-Quran.
Sebelum ini, kami telah menyiarkan bahawa Madrasah Tarbiyatun Insan terletak di Kampung Brunei, Membakut Sabah.
👉 Pembetulan rasmi:
Madrasah tersebut sebenarnya berada di:
📍 Kampung Brunei, Kota Kinabalu, Sabah
(Laluan boleh diakses sehingga Lorong 3 Kampung Brunei sahaja)
Untuk sampai ke madrasah ini, para pelawat perlu melintasi anak sungai terlebih dahulu, kerana lokasinya berada di kawasan pedalaman penempatan setempat dan tidak mempunyai alamat rasmi yang lengkap.
✅ Tindakan Pembetulan Segera
Sejurus menerima teguran tersebut, team digital kami telah mengambil tindakan pembetulan dengan kadar segera, termasuk:
✔️ Mengemaskini maklumat lokasi pada platform rasmi
✔️ Membetulkan penerangan kempen
✔️ Memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah tepat dan tidak mengelirukan
Kami amat menghargai setiap teguran yang diberikan dengan niat membina.
Bagi pihak kami, ketelusan maklumat adalah satu amanah besar — lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kepercayaan para penyumbang dan masyarakat.
🤍 Teguran anda membantu kami menjadi lebih teliti.
🤍 Sokongan anda menguatkan usaha dakwah ini.
🤍 Kebersamaan anda menjadikan misi ini lebih diberkati.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan semua pihak yang sentiasa membantu memastikan usaha kebajikan ini berjalan dengan penuh amanah dan kejujuran.
Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjuangan menyampaikan Al-Quran kepada mereka yang memerlukan.
19/02/2026
✨ SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1447H ✨
Khamis | 19 Februari 2026
🌙 1 Ramadhan 1447 Hijrah
Di saat kita menyambut hadirnya Ramadhan…
di bumi Sabah yang jauh dari hiruk kota,
anak-anak tahfiz memulakan puasa pertama mereka
dengan Al-Quran di tangan dan harapan di hati.
Di lembah, di gunung ganang,
di madrasah sederhana tanpa dinding sempurna…
mereka tetap bangun sebelum Subuh,
mengaji, menghafaz dan sujud kepada Allah.
Ramadhan mengajar kita satu perkara —
kemuliaan bukan pada tempat, tetapi pada iman.
Semoga Ramadhan ini:
🤍 melembutkan hati kita
🤍 membersihkan dosa-dosa kita
🤍 melipatgandakan pahala amal kita
🤍 dan mendekatkan kita kepada Al-Quran
Daripada kami di
🕌 IMAM CENTRE SABAH
Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1447H
Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat buat seluruh ummah.
🌙 Ramadhan Kareem
🌙 Sabah Bersama Al-Quran
16/02/2026
“Teratak Kuning Itu Bukan Sekadar Pondok…”
🎵Berbumbungkan angkasa kelabu,
Lantainya bumi retak seribu,
Setiap langkah perjalananmu,
Beronak berliku...
Betapa berat mata memandang,
Berat lagi menggalas bebannya,
Belum sempat menitis ke p**i,
Tangisan kering sendiri...
Berkali tersungkur,
Pandanganmu kabur,
Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur,
Engkaulah perwira, di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan...🎵
Dari jauh, ia kelihatan seperti sebuah teratak kayu biasa di tepi sungai — kecil, sederhana, seolah-olah hanya sebuah pondok usang yang dilupakan.
Namun hakikatnya, di sinilah sebuah madrasah kecil di Sabah berdiri, menampung 200 orang pelajar tahfiz yang sedang berjuang menghafal Al-Quran.
Teratak kuning itu tidak berdinding sempurna,
lantainya p**a pecah, berlubang dan tidak rata,
namun di situlah anak-anak ini duduk setiap hari —
belajar mengaji, menghafal Al-Quran, dan menunaikan solat berjemaah.
Tiada bangunan indah.
Tiada kemudahan selesa.
Hanya suara bacaan Al-Quran yang bergema di ruang terbuka,
menjadi saksi semangat luar biasa anak-anak yang ingin menjadi pewaris kalam Allah.
Lebih menyentuh hati, Al-Quran yang digunakan juga semakin lusuh dan tidak mencukupi.
Ada yang terpaksa berkongsi, menunggu giliran untuk membaca, hanya kerana jumlah Al-Quran yang ada tidak mencukupi untuk semua pelajar.
Bayangkan…
Dalam keadaan lantai yang berlubang dan bangunan tanpa dinding,
anak-anak ini tetap setia membuka Al-Quran, tetap menghafal tanpa mengeluh.
Hari ini, kita mungkin tidak mampu duduk bersama mereka mengajar satu ayat,
tetapi kita masih mampu menjadi sebab mereka memiliki Al-Quran baru yang cukup,
agar setiap pelajar dapat membaca dan menghafal dengan lebih sempurna.
Satu sumbangan kecil daripada kita,
boleh menjadi Al-Quran yang mereka baca setiap hari,
dan setiap huruf yang dilafazkan akan terus mengalir menjadi pahala yang tidak terputus.
Mari bersama menghidupkan cahaya Al-Quran dari teratak kecil ini.
10/02/2026
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah segala puji bagi Allah
Belajar, Faham, dan Terus Bertindak — Demi Masa Depan Dakwah yang Lebih Tersusun
Pada 10 Februari yang lalu di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah, wakil daripada Quranic Imam Centre telah menghadiri sesi pembelajaran intensif berkaitan Automated Marketing & Sales System.
Dalam dunia dakwah dan pendidikan hari ini, usaha sahaja tidak mencukupi. Dakwah memerlukan sistem yang tersusun, database yang terurus, serta strategi pemasaran yang konsisten, supaya mesej kebaikan dapat sampai kepada lebih ramai insan tanpa bergantung sepenuhnya kepada tenaga manual.
Antara perkara utama yang dipelajari:
• Kepentingan membina dan mengurus database komuniti
• Bagaimana sistem automation membantu menjimatkan masa dan kos operasi
• Strategi membina aliran pemasaran dan jualan yang lebih stabil dan scalable
InsyaAllah, ilmu ini akan terus diaplikasikan dalam pembangunan sistem pemasaran dan program Quranic Imam Centre, agar lebih banyak program Al-Quran, pendidikan dan kebajikan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berimpak dan berterusan.
Langkah kecil hari ini, untuk manfaat ummah yang lebih besar pada masa hadapan.
06/02/2026
🌙 Salam Jumaat
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu menuju mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan jual beli.”
(Surah Al-Jumu‘ah: 9)
Hari yang penuh keberkatan telah tiba.
Mari kita perbanyakkan zikir, selawat, sedekah dan doa, semoga setiap langkah kita hari ini dipenuhi rahmat dan keampunan Allah.
🤲 Semoga Jumaat ini membawa ketenangan, rezeki yang berkat dan hati yang lebih dekat kepada Allah.
04/02/2026
Setiap hari "view mahal" ini dapat dilihat dengan jelas. Apalagi musim perayaan. Extra bunga api tanpa perlu mendongak ke langit.
Nak join team kami? Jom apply sekarang. Kami memerlukan team yang komited, jujur dan amanah.
Semoga Allah temukan dengan insan yang baik2 & serasi bersama-sama dalam kerja dakwah...
03/02/2026
Alhamdulillah. Dalam sibuk urusan kerja dan travel, kami percaya satu perkara — rezeki lebih manis bila dinikmati bersama.
Awal Januari 2026, semasa business travel ke Kota Kinabalu, kami ambil masa sekejap menyantuni team media dengan makan seafood sama-sama.
Bukan sekadar makan, tapi tanda syukur atas rezeki Allah dan penghargaan atas usaha yang dipikul bersama.
Makan santai, sembang ringkas, hati pun lapang.
Semoga kebersamaan kecil ini menguatkan ukhuwah dan menambah keberkatan dalam setiap urusan kerja kami. 🦐🌊🤲
Rezeki dari Allah, dikongsi bersama, disatukan dengan rasa syukur.
02/02/2026
🕌 IMAM CENTRE SDN BHD
MENJEMPUT ANDA BERKHIDMAT DALAM MISI DAKWAH & UMMAH
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia.”
Kami membuka peluang kerjaya untuk individu yang ingin bekerja dengan niat ibadah, menyumbang tenaga dan kemahiran dalam usaha dakwah, pendidikan Al-Quran dan kebajikan masyarakat.
🌿 JAWATAN DIBUKA
🟧 MARKETING EXECUTIVE
Pemasaran dakwah, promosi program & kempen, kerja pejabat dan lapangan.
🟩 ADMINISTRATIVE & OPERATIONS EXECUTIVE
Pentadbiran, dokumentasi, penyelarasan operasi dan program.
🟪 LIVE HOST / CONTENT HOST
Mengendalikan live dakwah & jualan beretika (TikTok / Facebook / Instagram), komunikasi yakin dan beradab.
🟦 INTERN (ADMIN / MARKETING / OPERATIONS)
Membantu tugasan harian, dokumentasi program dan sokongan dakwah lapangan.
🟩 MUDIR / MUDIRAH
Memimpin dan mengurus pusat tahfiz, menyelaras akademik, staf dan hal ehwal pelajar.
🟨 GURU TAHFIZ
Mengajar Al-Quran dan hafazan, membimbing akhlak serta disiplin pelajar.
🟪 IMAM TARAWIH (Program Ramadan)
Mengimamkan solat Tarawih dan Witir dengan bacaan tartil serta berdisiplin.
✉ [email protected]
📲Scan QR code untuk memohon
Bekerja kerana Allah, berkhidmat untuk ummah.
31/01/2026
🌆 Saat langit beralih warna,
jiwa diajak kembali mengingati Pencipta.
Di celah bangunan tinggi dan hiruk-pikuk dunia,
senja mengajar kita untuk berhenti seketika,
menundukkan hati, dan bersyukur atas satu hari yang berlalu.
📖 Firman Allah SWT:
“Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di pagi hari.”
(Surah Ar-Rum, 30:17)
Semoga setiap senja
menjadi peringatan bahawa hidup ini sementara,
dan hati kita sentiasa kembali kepada-Nya. 🌙✨
28/01/2026
Buat baik bukan kerana dilihat manusia,
tetapi kerana Allah melihat setiap niat.
Membantu orang susah,
menguatkan mualaf,
menghulur tanpa mengharap balasan.
Tak kira di mana kita berada,
buat baik tetap menjadi jalan pahala.
وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya:
“Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-Baqarah, 2:195)
Sedikit bagi kita, besar nilainya di sisi Allah. 🌿