04/10/2019
Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Professor Faisal Rafiq di atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.
Prof Faisal Rafiq dilantik Naib Canselor USM
PUTRAJAYA: Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) baharu berkuat kuasa Jumaat ini hingga 3 Oktober 2022.
14/08/2019
[ *KEPUTUSAN RAYUAN PERTAMA PENEMPATAN DESASISWA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA, SIDANG AKADEMIK 2019/2020* ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Makluman kepada semua pelajar, Keputusan Rayuan Pertama Penempatan Desasiswa Sidang Akademik 2019/2020 akan dikeluarkan oleh Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC) bermula jam 12 tengah hari ini bersamaan 14 Ogos 2019.
Pelajar yang memohon boleh menyemak status permohonan pautan tertera :
campusonline.usm.my
Proses pengambilan kunci bermula 8 September 2019 di pejabat desasiswa yang ditawarkan.
Makluman kepada pelajar yang tidak berjaya, sebarang hebahan berkenaan desasiswa, rayuan desasiswa, hal berkenaan Pelajar Tanpa Asrama (PETAS) dan sebagainya boleh turut serta dalam grup Whatsapp melalui pautan berikut:
Lelaki;
rayuan desa lelaki
bit.ly/RayuanDesaL
Perempuan;
rayuan desa perempuan
bit.ly/RayuanDesaP
(Sumber: MPP USM)
أخبار الواتساب
Whatsapp Group WhatsApp Group Invite ...
31/07/2019
PERHATIAN:
PERMOHONAN PTPTN KELOMPOK 1, SEM 1 2019/2020
-----------------------------------------------------------------------------
Cara permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN:
• Buka akaun SSPN-i di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agrobank atau mana -mana cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA.
• Beli nombor pin PTPTN di kaunter BSN dan ATM BSN yang berdekatan.
• Pelajar USM PERLU membuka akaun Maybank untuk memohon.
• Buat permohonan secara online. Klik http://www.ptptn.gov.my/
-----------------------------------------------------------------------------
JADUAL PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
***Peringkat Pengajian : PHD/ Sarjana/ Ijazah Pertama Sepenuh Masa/PPJJ
---------------------------------------------------------------------------
Kelompok 1
Tarikh Buka : 1 Ogos 2019
Tarikh Tutup : 31 Ogos 2019
Tarikh Kelulusan : 6 - 7 hari selepas tarikh tutup
----------------------------------------------------------------------------
Kelompok 2
Tarikh Buka : 1 September 2019
Tarikh Tutup : 30 September 2019
Tarikh Kelulusan : 6 - 7 hari selepas tarikh tutup
Sekian, terima kasih.
(Sumber: FB BHEPA USM)
UTAMA
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
31/07/2019
[ TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA CALON YANG MENDAPAT TAWARAN UPU KE USM SIDANG 2019/2020]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 大家好。வணக்கம்.
Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang ke USM kepada Semua Bakal Mahasiswa/i USM Sidang Akademik 2019/2020. Semoga kejayaan yang diperolehi ini terus menjadi pendorong kepada anda semua untuk melakar kejayaan dan mengharumkan nama universiti kelak.
Sehubungan itu, s**a untuk kami ingatkan bahawa pada 1 Ogos 2019 bermula jam 2 petang merupakan tarikh dan masa untuk anda membuat semakan tawaran dan maklumat pendaftaran di laman web rasmi:
https://pohon.usm.my .
Berikut merupakan facebook link bagi Group FB Rasmi Siswa USM 2019/2020 yang wajib disertai untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut dan terkini :
MAHASISWA/I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KEMASUKAN 2019/2020 (OFFICIAL GROUP)
bit.ly/USM2019_2020
Tahniah dan syabas kami ucapkan!
--------------------------------------------
Greetings from USM!
First of all, Universiti Sains Malaysia would like to take this opportunity to congratulate those who are shortlisted to join the USM family for the coming academic session of 2019/2020. We hope that this will be your first step towards the success of your life!
Please be noted that starting from 2pm, 1st of August 2019, be sure to check out your intake offer and every registration details at our website: https://pohon.usm.my
Below attached with the Facebook group link of USM New Intake Academic Session 2019/2020. Please join the group for the latest info.
MAHASISWA/I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KEMASUKAN 2019/2020 (OFFICIAL GROUP)
bit.ly/USM2019_2020
Once again, congratulations!
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR,BPA - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PERMOHONAN KE RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ) USM SIDANG AKADEMIK 2019/2020 FASA II KINI DIBUKA SEHINGGA 30 OKTOBER 2019 & PROGRAM ANTARABANGSA DOKTOR PERUBATAN USM-KLE DIBUKA SEPANJANG TAHUN. LAYARI https://pohon.usm.my/ ATAU HUBUNGI 1 300 888 876 SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT. .
31/07/2019
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Aspirasi USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat para pelajar yang berjaya menerima tawaran kemas**an ke institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia khususnya ke Universiti Sains Malaysia bagi sesi kemas**an 2019/2020.
Semoga pencapaian pada hari ini menjadi titik tolak kepada kesejahteraan hidup anda pada masa akan datang.
28/07/2019
PROFESOR MADYA DR NORIZAN ESA
PP Ilmu Pendidikan
INNALILLAHIWAINBAILAIHIROJIUN
Takziah kepada sahabat kita profesor di PP Teknologi Industri Dr. M. M Hakimi Ibrahim dan keluarga atas pulangnya ke rahmatullah isteri tercinta Prof Madya Dr.Norizan Esa pensyarah di PP Ilmu Pendidikan.
Saya dimaklumkan yang beliau menghembus nafas terakhir selepas maghrib di Hospital Seberang Jaya. Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat Allah di jannah.
Jenazah dijangka disemadikan di Taman Rupawan Pongsu Seribu pagi esok.
Al-fatihah...
(Sumber: FB)
28/07/2019
SOLIDARITI TERHADAP MAHASISWA UTM
Aspirasi USM menyatakan solidariti serta menyokong penuh himpunan mahasiswa membantah kenaikan yuran pengajian di UTM.
Kenaikan yuran secara mendadak sememangnya tidak patut berlaku tanpa perbincangan lanjut mahupun makluman terlebih dahulu kepada para mahasiswa.
Pihak pentadbir sepatutnya mengambil kira kedudukan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti sebagai mewakili suara mahasiswa di peringkat pengurusan tertinggi universiti. Ternyata perkara ini membuka mata mahasiswa betapa MPP sekadar "nama tanpa kuasa".
Setelah beberapa langkah diplomasi diambil bagi membincangkan isu tersebut bersama pihak pentadbir universiti menemui jalan buntu, ternyata sudah tiba masanya mahasiswa berhimpun bagi membantah perkara tersebut.
Oleh itu, kami menuntut perhatian daripada pihak YB Menteri Pendidikan berhubung hal ini kerana ia sememangnya bertentangan dengan slogan "Pendidikan Percuma" yang telah dicanangkan oleh Barisan Kabinet Menteri sebelum ini.
18/05/2019
REPOST!!!
*GERAKKAN SOLAT SUBUH SERAMAI JUMAAT*
Masjid Al-Malik Khalid USM
_(Sasaran 1000 tetamu Allah)_
*Tarikh*
19 Mei 2019/14 Ramadhan 1440 (Ahad)
*Aturcara*
4.00 pagi - Solat Tahajud
5.00 pagi - Sahur Beramai-ramai
5.42 pagi - Solat Subuh Berjemaah
6.30 pagi - Kuliah Subuh Khas (Dr Danial)
7.30 pagi - Bersurai
*Makluman*
- Masjid akan dibuka sepanjang malam untuk iktikaf.
- Pintu pagar USM sebelah Sg Dua akan dibuka sepanjang malam.
- Bas USM disediakan bermula jam 5.00 pagi di hentian2 utama.
15/05/2019
*GERAKKAN SOLAT SUBUH SERAMAI JUMAAT*
Masjid Al-Malik Khalid USM
_(Sasaran 1000 tetamu Allah)_
*Tarikh*
19 Mei 2019/14 Ramadhan 1440 (Ahad)
*Aturcara*
4.00 pagi - Solat Tahajud
5.00 pagi - Sahur Beramai-ramai
5.42 pagi - Solat Subuh Berjemaah
6.30 pagi - Kuliah Subuh Khas (Dr Danial)
7.30 pagi - Bersurai
*Makluman*
- Masjid akan dibuka sepanjang malam untuk iktikaf.
- Pintu pagar USM sebelah Sg Dua akan dibuka sepanjang malam.
- Bas USM disediakan bermula jam 5.00 pagi di hentian2 utama.
01/05/2019
[PEMERGIAN YANG DIRASAI]
Menerima khabar kehilangan salah seorang pelajar USM sebentar tadi. Kami dari keluarga Aspirasi mengucapkan salam takziah buat keluarga beliau. Semoga dipermudahkan semua urusan dalam menguruskan jenazah.
Kami pasti tindakan susulan akan diambil oleh pihak pengurusan universiti bagi membantu mempermudahkan urusan keluarga beliau. Semoga kebajikan mahasiswa sentiasa terjaga.
25/04/2019
Isteri menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami.😢
Kemalangan pagi ini di atas jambatan PP hala ke pulau yang melibatkan tiga buah motosikal. Seorang pembonceng salah sebuah motosikal, isteri kepada Encik Samad seorang staf USM meninggal dunia. Mereka dilaporkan dari Kulim.
Punca kejadian dilaporkan kerana 3 motosikal tersebut berselisih di antara satu sama lain.
Hati-hati semua naa bila tunggang motosikal atas jambatan PP sana.
Salam Takziah buat Encik Samad sekeluarga dan doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di pangan orang-orang beriman.
(Sumber rasmi: Penang Kini)
23/04/2019
[PERMOHONAN DESASISWA BAGI SIDANG AKADEMIK 2019/2020]
Peringatan buat mahasiswa/i USM...
Esok, 24 April 2019 merupakan hari terakhir bagi membuat permohonan desasiswa SA 2019/2020.
Oleh itu, pelajar diingatkan supaya segera membuat permohonan tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.
Sekiranya tiada permohonan dibuat, anda akan dianggap tidak berminat untuk menginap di desasiswa.