Selamat menempuh peperiksaan UiTM bagi Pra dan Diploma yang sedang berlangsung dai 2.1.2018 hingga 15.1.2018..
Good luck for all students
Jabatan Akademik IPB
Terdapat 2 Unit di Jabatan Akademik. Unit Pengurusan Akademik
Unit Peperiksaan
Ke arah pendidikan berkualiti....
28/11/2017
10/10/2017
Salam semua pelajar..selalu berdoa utk memohon petunjuk dariNya..
Official Institut Profesional Baitulmal
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Seperti yang sedia maklum, Peperiksaan Khas Mei 2017 bagi pelajar KKB akan diadakan di Shah Alam. Pelajar perlu mendaftar dan mencetak bil peperiksaan khas di Student Portal dan disertakan bersama ketika membuat pembayaran di Bank Islam. Berhubung Rayuan Semak Semula, permohonan perlu dihantarkan kepada kampus UiTM yang menyelia program di KKB iaitu mengikut pergerakan skrip jawapan.
Mohon juga kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menyemak pelajar-pelajar yang layak menduduki peperiksaan khas untuk pihak kami mendapatkan maklumat awal
kod-kod serta jumlah pelajar yang layak memohon dan emelkan kepada pihak kami.
Sehubungan dengan itu, berikut disertakan tarikh-tarikh penting berhubung RSS, RMP, Peperiksaan Khas, Pembetulan dan Pengemaskinian Keputusan.
1) Peperiksaan Khas:
Pendaftaran : 12 - 14 Mei 2017
Peperiksaan : 22 - 24 Mei 2017
Keputusan : 22 Jun 2017 (i-Student portal)
Yuran : RM100.00 setiap kursus
2) Rayuan Semak Semula (RSS):
Permohonan : 12 - 26 Mei 2017
Keputusan : 22 Jun 2017 (i-Student portal)
Yuran : RM50.00
3) Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP):
Permohonan : 12 - 26 Mei 2017
Keputusan : 9 Jun 2017
Yuran : RM50.00
4) Pembetulan dan Pengemaskinian Keputusan:
Permohonan : 12 - 26 Mei 2017
Keputusan : 22 Jun 2017 (i-Student portal)
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Peperiksaan Akhir Program UiTM daripada 27 Mac hingga 16 April 2017.
KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM
Semua pelajar dimestikan membuat pengesahan pendaftaran kursus (validation) sebelum 29.12.2016.
Bagi pelajar yang masih belum membuat pendaftaran subjek online seperti pelajar rayuan, pelajar yg mengambil exam khas tetapi gagal atau pelajar yang lewat mendaftar sila berjumpa dengan KADAR SEGERA di UNIT PEPERIKSAAN bagi mengelakan status GUGUR TARAF sebelum 29.12.2016.
Pelajar yg gagal membuat pengesahan pendaftaran kursus jika terdapat keciciran atau kesilapan dalam mendaftar kursus...adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri kerana kelalaian tersebut.
Mulakan sekarang dan jangan tunggu last minit.
JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.
PROGRAM UITM
Pendaftaran kursus secara online di portal i-student masing-masing telah dibuka sekarang sehingga 24.6.2016 diperingkat institut.
Jangan lupa daftar untuk subjek Final Exam ye adik-adik.
12/06/2016
01/01/2016
Pelajar baru Diploma UiTM part 1 dan pelajar Pra Perdagangan PD 003 boleh memulakan proses pendaftaran subjek di portal masing2.
Tarikh tutup:16.12.2015
Cepat daftar sebelum tarikh tutup...
30.11.2015...kuliah pengajian Program Usahasama UiTM/IPB bagi sesi Disember 2015-April 2016 akan bermula.
Selamat datang kepada pelajar baru. Tanamkan azam dan kentalkan semangat untuk berjaya sehingga dapat mengenggam diploma. Jangan hampakan harapan keluarga.
Buat pelajar senior p**a teruskan usaha dan usaha untuk mencapai kecemerlangan buat hadiah kepada diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa.
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian....pasti ada manisnya...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
55100