25/04/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ceramah Anti Buli Peringkat Sekolah 2026 pada hari Jumaat lepas dengan jayanya 🤝✨
Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Sjn Ahmad Fauzi Bin Ahmad Saad, atas perkongsian yang sangat bermanfaat dan membuka minda murid-murid tentang kepentingan membendung gejala buli di sekolah.
Semoga program ini dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia, saling menghormati dan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat serta harmoni 💙
21/04/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ihtifal Peringkat KAFA Al-Husna Masjid Bukit Aman pada hari Isnin dan Selasa, 13 & 14 April 2026. 🤍
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa serta murid-murid yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program ini berlangsung. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan kesungguhan, keberanian serta bakat masing-masing dalam setiap pertandingan.
Semoga program ini dapat memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid-murid, khususnya dalam penghayatan ilmu dan Al-Quran.
Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang, insyaAllah 🌙✨
08/04/2026
✨ Terima Kasih Ustazah Hazimah ✨
Dengan hati yang penuh rasa sebak, warga KAFA Al-Husna merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustazah Hazimah atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di KAFA Al-Husna dari tahun 2022 hingga 2026.
Sepanjang bersama kami, Ustazah Hazimah bukan sekadar seorang guru, malah seorang pendidik yang sentiasa mencurahkan ilmu dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang. Setiap nasihat, didikan dan usaha yang diberikan telah memberi makna besar dalam membentuk anak-anak murid menjadi insan yang berilmu serta berakhlak mulia.
Perpisahan ini pastinya meninggalkan ruang yang terasa kosong dalam kalangan warga sekolah. Kenangan bersama, gelak tawa, serta segala sumbangan Ustazah Hazimah akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua.
Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kami percaya setiap langkah yang diatur oleh Allah membawa kepada kebaikan yang lebih besar.
Semoga segala ilmu yang dicurahkan dan setiap kebaikan yang dilakukan menjadi amal jariah yang berterusan, serta diberkati oleh Allah SWT.
Warga KAFA Al-Husna mendoakan agar Ustazah Hazimah terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan khidmat di KAFA Surau Nurul Haq, Damansara.
Terima kasih atas segala kenangan dan bakti yang tidak ternilai.
Ada insan yang hadir hanya seketika, namun jasanya akan dikenang selamanya. 🤍
08/04/2026
Majlis Jamuan Raya KAFA Al-Husna 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Majlis Jamuan Raya KAFA Al-Husna pada hari Khamis (3 April 2026) yang lalu.
Suasana penuh kegembiraan jelas terpancar dengan kehadiran murid-murid, guru-guru serta ibu bapa yang sama-sama memeriahkan majlis. Pelbagai juadah hari raya disediakan, mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturrahim antara semua yang hadir.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan rezeki dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha diberkati dan menjadi kenangan indah buat kita semua.
✨ Aidilfitri diraikan, ukhuwah dieratkan ✨
14/03/2026
Alhamdulillah pada hari Jumaat, 13 Mac 2026 yang lalu telah berlangsung Majlis Khatam Tadarus Al-Quran anjuran KAFA Al-Husna Masjid Bukit Aman bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman.
Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti tadarus sepanjang bulan Ramadan, di samping menyemai kecintaan murid-murid terhadap Al-Quran serta menggalakkan mereka untuk terus membaca dan menghayati kalam Allah dalam kehidupan seharian.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang cintakan Al-Quran dan berakhlak mulia.
Terima kasih kepada semua guru, murid serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
📖✨ “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”