10/11/2025
*Assalamualaikum w.b.t.*
Dukacita dimaklumkan bahawa *Hj. Mohd Zaini bin Hj. Md Yussof*, ayah kepada *Miss Anis* (Cikgu Sejarah, PLC Tuisyen 1.0) telah kembali ke rahmatullah pada *jam lebih kurang 10.05 malam, 9 November 2025*.
*Salam takziah* diucapkan kepada Miss Anis sekeluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.
*Al-Fatihah.* *(dibaca)*
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
29/10/2025
Alhamdulillah, selesai sudah kelas kita malam ini.
Semoga setiap ilmu yang dikongsikan oleh cikgu dapat memberi manfaat dan menjadi bekalan berguna untuk menghadapi SPM nanti.
Kami turut mendoakan agar pelajar yang kurang sihat diberikan kesembuhan sepenuhnya oleh Allah SWT.
InsyaAllah, kita akan bertemu semula dalam sesi seterusnya dengan *KEHADIRAN YANG LEBIH AKTIF DAN BERSEMANGAT*.
Jaga kesihatan dan keselamatan, dan sentiasalah bersedia secara fizikal, mental dan emosi untuk menduduki peperiksaan.
Ingatlah: Usaha + Tawakal + Doa = Kejayaan
Teruskan berusaha, dan semoga segala usaha kalian membuahkan hasil yang cemerlang. Aamiin.
23/10/2025
Perkongsian gambar dan video yang sempat dirakam sepanjang program PLC Tuisyen 1.0
15/10/2025
Join TikTok LIVE kelas GLC Tuisyen 1.0
Gabungan Pendidikan & Ilmu is LIVE | TikTok
Sembang Pelajar Sekolah Menengah. | Check out Gabungan Pendidikan & Ilmu LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Gabungan Pendidikan & Ilmu.
15/10/2025
Alhamdulillah, selesai sudah Kelas Pertama GLC Tuisyen 1.0!
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang hadir.
Walaupun sesi pertama ini lebih kepada *mukadimah dan suai kenal*, kami berharap segala info dan ilmu yang dikongsikan oleh barisan cikgu GPI dapat dimanfaatkan sebaiknya.
*InsyaAllah, kita akan bersua kembali pada sesi kelas yang seterusnya.*
Jaga kesihatan, jaga keselamatan, dan teruskan semangat belajar hingga berjaya!
*- Team Gabungan Pendidikan dan Ilmu (GPI)-*