05/08/2026
AL-QASIM AL-QURTUBI, ULAMA ANDALUS BERMAZHAB ASY-SHAFI'I ABAD KE-3 HIJRAH ✨
📜Bila kita menyebut tentang sejarah bumi Al-Andalus majoriti ulama - ulama besar bermazhab Maliki dan Zahiri. Al-Qasim Al-Qurtubi, adalah ulama' bumi Al-Andalus yang berpegang dengan mazhab Shafi'i (w.276 H / 890 M).
📜Beliau merupakan ahli fiqih yang mencapai taraf Mujtahid dan ahli Hadis Andalus. Nama beliau Al-Qasim bin Muhammad bin Qasim bin Muhammad bin Sayyar, juga namanya dikenali Abu Muhammad al-Andalusi al-Qurtubi merujuk wilayah Kordoba di Sepanyol. Namun tiada maklumat yang jelas tentang tempat lahir dan tarikh kelahirannya. (Al-Dhahabi, Ibn Al-Subki)
📜Al-Qasim Al-Qurtubi telah mengembara ke wilayah Mesir sebanyak dua kali dan mempelajari Ilmu Fiqih dengan para sahabat Imam Asy-Shafi'i seperti Al-Muzani, Yunus bin Abd Al-A'la, Muhammad bin Abdullah bin Abd Al-Hakam, Ibrahim bin Muhammad Asy-Shafi'i, dan ulama - ulama lain seperti Ibrahim bin Mundhir Al-Hizami dan Al-Harith bin Miskin (termasuk meriwayatkan Hadis daripada mereka). (Ibn Al-Subki)
📜Beliau termasuk golongan Ashab Al-Ashab iaitu kumpulan ulama Mazhab Asy-Syafi'i dalam abad ketiga dan keempat Hijrah yang mana menerima ilmu daripada sahabat besar Imam Asy-Syafi'i Rahimahumullah samaada di Mesir, Baghdad, Makkah dan lain - lain. (Al-Asnawi)
📜Kata gurunya, "Tidak ada ulama Andalus yang datang kepada kami lebih alim daripada Al-Qasim." - Ibn Abd Al-Hakim
📜Ibn Al-Imad berkata, "Beliau adalah seorang Mujtahid yang tidak bertaqlid dengan sesiapa."
📜Al-Qasim Al-Qurtubi, wafat di Andalus. Menurut Ibn Salah beliau wafat dalam tahun 276 H, tetapi menurut pendapat lain 277 H/ 278 H. (Ibn Al-Subki).
📜Al-Qasim Al-Qurtubi adalah ulama yang berbeza dengan Imam Al-Qurtubi yang terkenal dengan Kitab Tafsir Al-Qurtubi.
Rujukan :
Kitab Ensiklopedia Ulama' Mazhab Shafi'i (JAKIM) Jilid 2 / ms 55