Outdoor Booster Malaysia

Outdoor Booster Malaysia

Share

You can contact us via:

E-mail: [email protected]
Phone: 0136799276
Amatur Radio Calling - 9w2VOB / v69

Perunding Latihan Profesional
(MKA Consultant & Services)

NOSS Land Based Adventure Tour Guiding Panel

Pendidikan Rekreasi Luar | Kepimpinan | Pembangunan Pasukan | Ceramah | Perkhemahan | Kem | Aktiviti Rekreasi Luar | LADAP | Team Building We are specialized in education indoor and outdoor event which includes adventure and leisure program, outdoor equipment supplier, event management, outdoor team building, mountaineering and guide service and also catering for outdoor event.

11/08/2026

Perkhemahan Perdana unit beruniform SMK Taman Desa2, Rawang

Selesai dengan jayanya

11/08/2026

Kami bukan sekadar mengendalikan aktiviti.
Kami mengurus pengalaman.

🧭 Navigate with Knowledge
🎯 Lead with Confidence

Outdoor Booster Malaysia
20 Years of Outdoor Experience | Since 2006

05/08/2026

Bersiapa Sedia 9 Ogos Himpunan MEGA 10 Ribu Sukarelawan SUKMA XXII Bersama Fasilitator OUTDOOR BOOSTER MALAYSIA

Photos from Outdoor Booster Malaysia's post 01/08/2026

1 Ogos 2026 | SATU TARIKH, TIGA PENCAPAIAN BESAR.

Alhamdulillah.

Dengan izin Allah SWT, Outdoor Booster Malaysia telah berjaya melaksanakan tiga program utama secara serentak di Club House Outdoor Booster Malaysia.

βœ… Kursus & Pengambilan Fasilitator Siri Ke-20

🏹 Majlis Pentauliahan Coach Akademi Seni & Memanah Booster Siri Ke-2 / 2026

πŸ† Booster Archery Cup 2026

Bagi kami, kejayaan bukan diukur pada jumlah program yang dijalankan.

Tetapi sejauh mana program tersebut mampu membentuk manusia yang lebih berilmu, berdisiplin dan berintegriti.

Di sebalik setiap program, terdapat perancangan, latihan, pengurusan risiko, kerja berpasukan dan komitmen daripada seluruh warga Outdoor Booster Malaysia.

Terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, jurulatih, fasilitator, sukarelawan dan rakan strategik yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami.

Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi manfaat dan setiap usaha yang dilakukan menjadi amal yang berpanjangan.

Outdoor Booster Malaysia
"Membina Karakter, Melahirkan Pemimpin."

πŸ“ž Hubungi kami:
013-679 9276




31/07/2026

🏹 YANG DILIHAT HANYALAH LATIHAN...

Ramai melihat seorang Coach berdiri di hadapan mengajar.
Namun tidak ramai melihat apa yang berlaku di sebaliknya...
Ada yang mengurus pendaftaran, menyediakan peralatan, membina modul latihan, merancang pertandingan, mencari dana, mengurus kewangan, menjaga keselamatan, melayan pertanyaan ibu bapa, menyelesaikan pelbagai isu, dan memastikan setiap ahli mendapat peluang untuk terus berkembang.

Membina sebuah akademi bukan kerja seorang individu. Ia memerlukan sebuah pasukan yang saling memahami, saling membantu dan saling menghargai.

Jika kita hanya melihat apa yang berlaku di lapang sasar, kita hanya melihat sebahagian kecil daripada perjuangan sebenar.

Semoga semua Coach, ibu bapa, ahli dan penyokong terus menghargai setiap usaha, walaupun tidak semuanya kelihatan di mata.

Kerana sebuah akademi yang berjaya bukan dibina dengan pujian, tetapi dengan pengorbanan yang berterusan.

"Adab β€’ Ilmu β€’ Pengalaman β€’ Keseronokan"

🏹 Akademi Seni & Memanah Booster






TeamWork BehindTheScene RespectTheProcess

Photos from Outdoor Booster Malaysia's post 28/07/2026

LUAR BIASA. SATU AMANAH YANG BESAR.
Alhamdulillah.

Outdoor Booster Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Pembangunan Sukarelawan sebagai persediaan menghadapi temasya sukan terbesar negeri.
Lebih 1,700 peserta daripada pelbagai latar belakang berhimpun dalam satu dewan dengan satu matlamat – membentuk sukarelawan yang berdisiplin, berintegriti dan bersedia berkhidmat.

Bagi kami, pembangunan sukarelawan bukan sekadar aktiviti atau permainan. Ia adalah proses membina:
βœ… Kepimpinan
βœ… Komunikasi
βœ… Pengurusan Risiko
βœ… Kerja Berpasukan
βœ… Disiplin
βœ… Tanggungjawab

Setiap modul yang kami bangunkan lahir daripada pengalaman bertahun-tahun mengendalikan program pembangunan insan, kepimpinan dan rekreasi pendidikan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Outdoor Booster Malaysia.

Kepercayaan bukan datang kerana kita mendakwa mampu. Kepercayaan hadir apabila hasil kerja kita memberi keyakinan kepada orang lain.

Jika organisasi anda sedang merancang program:
πŸ•οΈ Kepimpinan Pengawas
πŸ•οΈ Kem Perdana Unit Beruniform
πŸ•οΈ Team Building
πŸ•οΈ Hari Kokurikulum
πŸ•οΈ Pembangunan Sukarelawan
πŸ•οΈ Rekreasi Pendidikan Luar

Hubungi kami.
Outdoor Booster Malaysia πŸ“ž 013-679 9276




23/07/2026

πŸš€NAK AKTIVITI FLYING FOX YANG SELAMAT, MENARIK & PROFESIONAL?

Flying Fox bukan sekadar aktiviti mencabar, tetapi memerlukan pengurusan keselamatan yang teliti.

Mengapa memilih Outdoor Booster Malaysia?

βœ… Peralatan milik sendiri (bukan sewaan)
βœ… Peralatan sentiasa diselenggara dan diperiksa
βœ… Dikendalikan oleh staf yang terlatih dan berpengalaman
βœ… Pengurusan program yang sistematik
βœ… Harga yang berpatutan dan sesuai mengikut keperluan penganjur

Sesuai untuk:
🏫 Hari Kokurikulum
πŸ‡²πŸ‡Ύ Hari Sukan Negara
πŸ’Ό Hari Keusahawanan
πŸŽ–οΈ Kem Perdana Unit Beruniform
πŸŽ‰ Karnival, Hari Keluarga & Program Komuniti
🏒 Team Building Organisasi

Kami bukan sekadar memasang Flying Fox, tetapi membantu menjadikan program anda lebih selamat, teratur dan memberi pengalaman yang bermakna kepada setiap peserta.

πŸ“ž Tempahan & Pertanyaan:
Admin Outdoor Booster Malaysia
013-679 9276

"Keselamatan adalah keutamaan, pengalaman adalah kepuasan."




20/07/2026

Mencari Fasilitator & Support team bagi
Program MEGA ICE BREAKING bagi Pembagunan Pasukan Sukarelawan.

Maklumat di ruang komen

19/07/2026

Rezeki yang tidak pernah di sangka.
Alhamdulillah, berpeluang menerima jemputan bertemu dengan Mejar Jeneral Dato' Dr. Radzi aka
(pena celoreng) di kediaman beliau di Kem Wardieburn.

Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi menjadi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai kepimpinan, dunia ketenteraan, pengurusan risiko, serta pengalaman dalam bidang rekreasi dan pendakian gunung.

Kami percaya, ilmu tidak mengenal pangkat atau jawatan. Apabila dua insan berkongsi pengalaman dengan hati yang terbuka, pasti akan lahir idea dan manfaat yang lebih besar.

Terima kasih atas layanan yang amat baik serta kesudian meluangkan masa untuk berbicara tentang pembangunan Rekreasi Pendidikan Luar di Malaysia.
Semoga silaturahim ini terus berkekalan dan menjadi asbab kepada lebih banyak kerjasama demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berdisiplin dan berdaya tahan.

Terus belajar. Terus berkhidmat. Terus memberi manfaat.
Hairi Booster
Pengasas Outdoor Booster Malaysia












Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur
50300