Fakulti Pergigian UKM

Fakulti Pergigian UKM Fakulti Pergigian UKM / Faculty of Dentistry UKM [email protected]

Proposed BeSmile (BSM)–UKM Digital Dentistry Collaboration 🤝🦷Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (FGG UKM)...
24/08/2026

Proposed BeSmile (BSM)–UKM Digital Dentistry Collaboration 🤝🦷

Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (FGG UKM) berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil Premiere Dental Sdn. Bhd. dan BeSmile (BSM), China bagi membincangkan cadangan kerjasama dalam bidang Digital Dentistry melalui Proposed BeSmile (BSM)–UKM Digital Dentistry Collaboration.

Kunjungan ini turut disertai oleh wakil FGG UKM, Dr. Beh Yew Hin, Dr. Hetal a/l Ashvin Kumar, Dr. Siti Nuramanina binti Abdul Shukor dan Encik Noorhaizad bin Ithnin.

Delegasi Premiere Dental Sdn. Bhd. dan BeSmile (BSM), China yang hadir ialah Mr. Vins Wong dan Ms. Daisy Yang.

Semoga perbincangan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama strategik yang dapat memperkukuh inovasi, teknologi serta pendidikan dalam bidang pergigian digital pada masa hadapan. ✨

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK RAWATAN UTAMA, FAKULTI PERGIGIAN UKMDimaklumkan bahawa Klinik Rawatan Utama, Fakulti ...
20/08/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK RAWATAN UTAMA, FAKULTI PERGIGIAN UKM

Dimaklumkan bahawa Klinik Rawatan Utama, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja naik taraf seperti ketetapan berikut:

📅 7 September hingga 27 September 2026
📍 Aras 1, Blok Q, Fakulti Pergigian UKM

Sepanjang tempoh penutupan, tiada rawatan tanpa temujanji dan rawatan pemeriksaan secara walk-in akan dijalankan.

Perkhidmatan akan dibuka semula seperti biasa selepas kerja-kerja naik taraf selesai.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran, kerjasama serta kefahaman para pelanggan sepanjang tempoh penutupan ini.

Terima kasih. 🤍

UKMDentistry KlinikPergigian MalaysiaMadani ImanIlmuAmal

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENOLONG DEKAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI FAKULTI PERGIGIAN UKM17 Ogos 2026 – Fakulti Pergigia...
19/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENOLONG DEKAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI FAKULTI PERGIGIAN UKM

17 Ogos 2026 – Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti, dedikasi dan sumbangan YBrs. Dr. Ahmad Shudud Irfani Zakaria sepanjang menjalankan amanah sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pergigian, UKM sehingga 14 Julai 2026.

Pada masa yang sama, majlis turut meraikan pelantikan YBrs. Dr. Noor Sam Ahmad sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pergigian, UKM yang berkuat kuasa mulai 16 Ogos 2026 hingga 15 Ogos 2029.

Dalam kesempatan tersebut, pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Ahmad Shudud Irfani Zakaria atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh menjalankan amanah tersebut.

Semoga segala jasa dan komitmen yang telah dicurahkan oleh YBrs. Dr. Ahmad Shudud Irfani Zakaria terus menjadi inspirasi, manakala pelantikan YBrs. Dr. Noor Sam Ahmad sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dapat membawa kecemerlangan berterusan serta kejayaan yang lebih gemilang kepada fakulti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Ahmad Shudud Irfani Zakaria atas khidmat bakti, ...
18/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Ahmad Shudud Irfani Zakaria atas khidmat bakti, dedikasi dan sumbangan sepanjang menjalankan amanah sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga 14 Julai 2026.

Semoga segala jasa dan komitmen yang telah dicurahkan menjadi inspirasi serta terus membawa kejayaan dalam setiap langkah dan amanah yang akan datang.

Ikhlas daripada seluruh warga Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia.

--------------------

Our highest appreciation and gratitude are extended to YBrs. Dr. Ahmad Shudud Irfani Zakaria for his dedicated service, commitment and valuable contributions throughout his tenure as Assistant Dean (Student Affairs & Alumni), Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia, until 14 July 2026.

May all the services, dedication and contributions rendered continue to serve as an inspiration and bring success in every step and responsibility that lies ahead.

Sincerely from all staff of the Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Noor Sam Ahmad atas pelantikan sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pela...
18/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Noor Sam Ahmad atas pelantikan sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa mulai 16 Ogos 2026 hingga 15 Ogos 2029.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memperkasa hal ehwal pelajar dan alumni, serta menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan Fakulti Pergigian ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada seluruh warga Fakulti Pergigian,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

--------------------------

Heartiest congratulations to YBrs. Dr. Noor Sam Ahmad on the appointment as Assistant Dean (Student and Alumni Affairs), Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia, effective from 16 August 2026 to 15 August 2029.

May this appointment serve as a catalyst for continued excellence in strengthening student and alumni affairs, while contributing towards the development and advancement of the Faculty of Dentistry toward greater achievements.

Sincerely from all members of the Faculty of Dentistry,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

🦷 CPD TALK BY EXTERNAL EXAMINER 🦷Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan CPD Talk ber...
11/08/2026

🦷 CPD TALK BY EXTERNAL EXAMINER 🦷

Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan CPD Talk bertajuk “Repair vs Replacement of Defective Dental Restorations” yang telah disampaikan oleh Professor Igor R. Blum, Chair and Professor of Primary Care Dentistry and Advanced General Dental Practice, Faculty of Dentistry, Oral & Craniofacial Sciences, King’s College London.

Sesi yang berlangsung pada 7 Ogos 2026 di Bilik Kuliah 2 ini turut memberi peluang kepada warga pergigian untuk menimba ilmu dan berkongsi pandangan berkaitan pendekatan klinikal dalam menentukan sama ada restorasi pergigian yang rosak wajar dibaiki (repair) atau diganti (replacement).

Terima kasih diucapkan kepada Professor Igor R. Blum atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat, serta kepada semua peserta yang telah menjayakan sesi CPD ini. 🌟

Semoga perkongsian ini terus menyokong usaha memperkukuh ilmu, kemahiran dan amalan klinikal dalam kalangan profesional pergigian.

🦷 LAWATAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA KESIHATAN AWAM PERGIGIAN (MDPH) 🦷Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Mal...
11/08/2026

🦷 LAWATAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA KESIHATAN AWAM PERGIGIAN (MDPH) 🦷

Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima Lawatan Akreditasi Penuh Program Sarjana Kesihatan Awam Pergigian (Master of Dental Public Health – MDPH) yang berlangsung pada 3 hingga 4 Ogos 2026 bertempat di Fakulti Pergigian UKM.

Lawatan ini melibatkan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak, termasuk Panel Penilai dan Sekretariat Malaysian Dental Council (MDC), Ahli Pengurusan Fakulti, Ketua Program, Penyelaras Program, Pensyarah Kesihatan Awam Pergigian serta tenaga pengajar Program Sarjana Kesihatan Awam Pergigian.

Lawatan akreditasi ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan pelaksanaan program sentiasa memenuhi piawaian dan kualiti pendidikan pergigian yang ditetapkan, di samping memperkukuh komitmen Fakulti Pergigian UKM dalam menyediakan pendidikan pascasiswazah yang berkualiti dan berdaya saing. ✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan lawatan akreditasi ini. 🤝

📢 PEMAKLUMAN PENUTUPAN KLINIK RAWATAN UTAMA (KRU)Dimaklumkan bahawa Klinik Rawatan Utama (KRU), Fakulti Pergigian, Unive...
10/08/2026

📢 PEMAKLUMAN PENUTUPAN KLINIK RAWATAN UTAMA (KRU)

Dimaklumkan bahawa Klinik Rawatan Utama (KRU), Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan ditutup sementara pada:

📅 13 Ogos 2026 (Khamis)

Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Peperiksaan Profesional Kelima, Ijazah Doktor Pergigian (DDS) Sesi 2025/2026.

Sehubungan itu, segala perkhidmatan klinikal di KRU pada tarikh tersebut tidak akan beroperasi seperti biasa.

Pihak Fakulti Pergigian UKM memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai perhatian serta kerjasama daripada semua pihak.

Terima kasih.

Fakulti Pergigian
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI FAKULTI PERGIGIAN UKM7 Ogos 2026 – Fakulti Per...
10/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI FAKULTI PERGIGIAN UKM

7 Ogos 2026 – Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (TD PI) pada 7 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti (BMF).

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti Prof. Dr. Roszalina Ramli yang telah menamatkan tanggungjawab beliau sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Pergigian UKM pada 31 Julai 2026.

Pada masa yang sama, majlis turut meraikan pelantikan Prof. Dr. Mohd Nazimi Abd Jabar sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Pergigian UKM yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.

Dalam ucapan, Dekan Fakulti Pergigian UKM, Prof. Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Roszalina Ramli atas segala sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Prof. Dr. Mohd Nazimi Abd Jabar akan terus memperkukuh agenda penyelidikan dan inovasi serta membawa Fakulti Pergigian UKM ke tahap yang lebih cemerlang. Dalam masa yang sama, beliau menyeru seluruh warga fakulti agar terus memperkukuh kerjasama dan komitmen bersama bagi memastikan kecemerlangan fakulti dapat dikekalkan dan dipertingkatkan secara berterusan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (HEJIM) serta barisan pengurusan tertinggi Fakulti Pergigian UKM.

Fakulti Pergigian UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dr. Roszalina Ramli atas segala jasa dan bakti serta mengucapkan selamat menjalankan amanah kepada Prof. Dr. Mohd Nazimi Abd Jabar dalam menerajui agenda penyelidikan dan inovasi fakulti.

Lawatan Sambil Belajar ke National Cancer Society Malaysia (NCSM)! 🏥🦷Pada 5 Ogos 2026, seramai 6 orang pelajar pascasisw...
07/08/2026

Lawatan Sambil Belajar ke National Cancer Society Malaysia (NCSM)! 🏥🦷
Pada 5 Ogos 2026, seramai 6 orang pelajar pascasiswazah Sarjana Kesihatan Awam Pergigian
bersama pensyarah iringan, Profesor Madya Dr. Nurul Asyikin Yahya, telah mengadakan
lawatan ke National Cancer Society Malaysia (NCSM).
Objektif utama lawatan ini adalah untuk meninjau ruang dan potensi kolaborasi antara Fakulti
Pergigian UKM dan NCSM. Perbincangan terarah kepada usaha memperkasakan inisiatif
saringan dan pemeriksaan awal kanser mulut di kalangan masyarakat.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan NCSM atas
kesudian menerima lawatan pihak kami serta sambutan yang amat mesra. Semoga langkah awal
ini bakal membuka jalan kepada kerjasama strategik yang memberi impak positif kepada
kesihatan awam pergigian! 🤝✨

KanserMulut PemeriksaanAwal SaringanKanser
--------------
Educational Visit to the National Cancer Society Malaysia (NCSM)! 🏥🦷
On August 5, 2026, 6 postgraduate students from the Master in Dental Public Health program,
accompanied by their lecturer, Associate Professor Dr. Nurul Asyikin Yahya, visited the
National Cancer Society Malaysia (NCSM).
The main objective of this visit was to explore potential avenues for collaboration between the
UKM Faculty of Dentistry and NCSM. Discussions were focused on efforts to strengthen oral
cancer screening and early detection initiatives within the community.
A heartfelt thank you and appreciation to the NCSM management for graciously hosting us and
for the incredibly warm welcome. May this initial step pave the way for a strategic partnership
that will bring a positive impact to dental public health! 🤝✨
DentistryUKM UKM UniversitiKebangsaanMalaysia NCSM DentalPublicHealth
OralCancer EarlyDetection CancerScreening

Address

Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 08:00 - 11:00
14:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 11:00
14:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 11:00
14:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 11:00
Friday 08:00 - 10:30

Telephone

+60392897741

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pergigian UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Pergigian UKM:

Shortcuts

Share

Category