02/02/2026
MAJLIS SARAPAN PAGI BERSAMA VELOCITY DAN LAWATAN KE PETROSAINS KLCC ANJURAN CSR SUNWAY VELOCITY HOTEL & SKPK JALAN PEEL
29 Januari 2026 (Khamis)
Murid sangat gembira dan teruja sepanjang program ini berlangsung. Pelbagai aktiviti yang disediakan telah memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan serta bermakna kepada murid. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sosial, malah meningkatkan keyakinan diri, semangat ingin tahu dan motivasi murid untuk belajar di luar bilik darjah. Wajah ceria dan senyuman yang terpancar jelas menunjukkan keterujaan serta keseronokan murid sepanjang program. 🤩
Terima kasih CSR Sunway Velocity Hotel atas pengalaman indah bersama murid SKPK Jalan Peel di Petrosains KLCC. 🥰🥰
02/02/2026
Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026
26 Januari 2026 (ISNIN)
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, diikuti ucapan aluan Guru Besar, perbentangan data kehadiran tahun 2025 oleh GPK HEM Ustaz Omar serta perbentangan Minda Sihat oleh BNK Cikgu Helisma, kemudian diteruskan dengan sesi penyerahan BAP 2026.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada murid serta keluarga.
02/02/2026
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Sesi 2026
26 Januari 2026 (Isnin)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Hezlyman bin Salleh selaku Pegawai Perhubungan Sekolah yang telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Sesi 2026.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Unit Disiplin Sekolah Pengawas Sekolah, Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Pusat Sumber Sekolah atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan majlis ini.
02/02/2026
MINGGU ABC SK PENDIDIKAN JALAN PEEL
12 Januari 2026- 16 Januari 2026
Program Minggu ABC bertujuan memperkukuh penguasaan literasi awal murid melalui aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.
Semoga murid terus bersemangat untuk belajar 📖✨
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SKPK Jalan Peel atas komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini.
22/12/2025
Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Tahun 2025
"Dunia Impian, Mencipta Harapan"
16 Disember 2025 (Selasa)
10.00 pagi - 1.00 petang
Anjuran bersama:
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit Hal Ehwal Murid
Aktiviti:
1. Thinking Hat 🎩
2. Face Painting 🎨
Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, para guru, AKP, murid dan ibu bapa serta penjaga atas sokongan dan kerjasama yang amat baik dan menggalakkan bagi menjayakan sambutan hari kanak-kanak pada tahun ini.😍
08/11/2025
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025
10 OKTOBER 2025
JUMAAT
Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 telah berlangsung dengan meriah. Pelbagai aktiviti berasaskan permainan rakyat telah dijalankan seperti terompah gergasi, baling selipar, lari dalam kain dan tarik upih moden. Program telah dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan senam robik setelah Ucapan Perasmian oleh Guru Besar iaitu Puan Suhaili binti Abd. Ghani.
Program kelolaan Unit Sukan SKPK Jalan Peel ini telah diakhiri dengan aktiviti baling pundi kacang yang disertai oleh para guru.
Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah berjaya menggalakkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid serta guru.
06/10/2025
PROGRAM SEMARAK MERDEKA MALAYSIA MADANI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS ZON 3 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
Tarikh: 28 Ogos 2025
Tempat: Dewan Rekreasi Yayasan Pendidikan Cheras
Buat julung-julung kalinya SK Pendidikan Khas Jalan Peel menjadi tuan rumah bagi Program Semarak Merdeka Malaysia MADANI bagi tahun 2025. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SK Pendidikan Khas Kampung Baharu, SK Pendidikan Khas Jalan Batu, SK Pendidikan Khas Selangor dan SK Pendidikan Khas Seremban.
Setinggi-tinggi tahniah & terima kasih diucapkan buat semua murid, guru pengiring, jurulatih, para juri dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini dapat melakar memori dan kenangan yang manis buat semua dan menjadi penghubung silaturahim antara semua SPK Zon 3.
05/10/2025
HARI KOMITMEN 1.0
Tarikh: 1 Ogos 2025
Tempat: SKPK Jalan Peel
05/10/2025
MINGGU KURIKULUM 1.0
Tarikh: 21-25 Julai 2025
Tempat: SKPK Jalan Peel
05/10/2025
Karnival Permainan MSSM SPK 2025
Tarikh: 22-24/9/2025
Tempat: SMPK Persekutuan, Pulau Pinang
Setinggi-tinggi tahniah & terima kasih diucapkan buat semua peserta & guru pengiring yang telah mewakili pasukan SKPKJP ke Karnival Permainan MSSM SPK 2025 yang telah diadakan di SMPK Pesekutuan, Pulau Pinang.
Semoga penyertaan ini berjaya memberikan pengalaman yang manis serta memupuk semangat kesukanan dalam diri para peserta dari SKPKJP.
05/10/2025
Pertandingan Boling Muafakat Anjuran PIBG SKPKJP 2025
Tarikh (Hari): 27/9/2025 (Sabtu)
Tempat: Ampang Superbowl, Ampang Point
Penganjur: PIBG SKPKJP
Terima kasih diucapkan kepada PIBG SKPKJP 2025 atas usaha & kejayaan dalam menganjurkan Program Pertandingan Boling Muafakat Anjuran PIBG SKPKJP 2025.
Setinggi-tinggi tahniah & terima kasih diucapkan buat semua ibu bapa, penjaga & warga SKPKJP atas sokongan dan sambutan baik yang telah diberikan terhadap pertandingan ini.
Semoga pertandingan ini dapat menjadi wadah dalam mengeratkan lagi jalinan silaturrahim antara semua warga SKPKJP dan memacu ke arah kemenjadian murid-murid SKPKJP.