01/05/2026
Laman Rasmi ADTEC JTM Kuala Lumpur
Welcome to new brand ADTEC JTM Kuala Lumpur Campus
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL), salah sebuah institut latihan kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal. Bermula dari sebuah pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam
01/05/2026
01/05/2026
TAHNIAH EN. AHMAD SYAMIM TAMAT KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Ahmad Syamim selaku Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Latihan), Kelanasiswa Malaysia ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur atas kejayaan menamatkan sepenuhnya Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1.
Kursus ini telah berlangsung pada 17 hingga 19 April 2026 di SK Sungai Penchala dan merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ilmu serta kemahiran kepimpinan dalam dunia kepengakapan.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua warga Kelanasiswa ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur untuk terus aktif, berilmu dan berbakti.
Selamat datang ke dunia kepengakapan! ⚜️
:
30/04/2026
⏳ 5 hari lagi!
Jualan Rahmah + Mini Job Fair bakal berlangsung!
Jangan lepaskan peluang, banyak barangan keperluan pada harga rahmah menanti anda!
30/04/2026
30 April 2026 : KURSUS ASAS PARAMOTOR 2026
Kursus Asas Paramotor 2026 anjuran Kelab Sukan Paramotor Jomfly dengan kerjasama serta sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah disertai oleh Kelanasiswa ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 April 2026 bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey.
Program ini telah melibatkan penyertaan ahli Kelanasiswa ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur iaitu:
• Dr Mohamad Asrofi bin Muslim
• Muhammad Sayuti bin Mat Salleh
• Mohd Fadli bin Mohd Tahir
• Hasnul Azrain bin Ariffin
Sepanjang kursus, peserta telah mengikuti sesi teori serta latihan praktikal asas paramotor. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal, meningkatkan kemahiran serta menyemai minat terhadap sukan udara dalam kalangan peserta.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
30/04/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
1 Mei 2026
“Pekerja Madani, Kesuma Bangsa.
Bersama Membina Masa Depan yang Lebih Gemilang.”
Ikhlas Daripada:
Warga ADTEC JTM
Kampus Kuala Lumpur
30/04/2026
✨ MINI JOB FAIR ADTEC JTM KAMPUS KL x PERKESO 2026 ✨
Jangan lepaskan peluang untuk membina kerjaya anda! Sertai Mini Job Fair ADTEC JTM Kampus KL x PERKESO 2026 dan terokai pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor TVET.
📅 Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)
🕘 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Jubli Dato' Wan Seman, ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur
🏢 Majikan yang terlibat:
1. FIRE FIGHTER INDUSTRY SDN. BHD.
2. TRAFFIC ENGINEERING SDN. BHD.
3. EVO MOBILITY SDN. BHD.
4. OH KLEEN COOL & CLEAN
5. PERCETAKAN ASI SDN BHD
6. INSPIRE PRINTING ENTEPRISE
7. MYDA RISK AND SAFETY SDN BHD
8. SPANCO SERVICES SDN BHD
9. AY ENTERPRISE
10. TERAS MEGAMAJU SDN BHD
11. M&E FACILITIES MANAGEMENT SDN BHD
12. BUDI AXIS SDN BHD
13. SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SDN BHD
14. MIDASCOM NETWORK SDN BHD
15. KELAB RAHMAN PUTRA MALAYSIA
16. MCC LABELS (KUALA LUMPUR) SDN BHD
17. SAPURA INDUSTRIAL BERHAD
📌 Dimeriahkan lagi dengan program Jualan Rahmah Madani!
📌 Jangan lupa untuk membawa resume terkini dan hadir dengan pakaian yang kemas dan profesional untuk sesi temu duga bersama majikan pilihan anda. Jumpa anda di sana!
30/04/2026
AMARAN: PENYALAHGUNAAN NAMA INSTITUSI DALAM PENIPUAN PEROLEHAN KERAJAAN
Pihak Pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur ingin menarik perhatian orang ramai dan para pembekal mengenai wujudnya cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama institusi kami.
Individu atau pihak tersebut telah dikesan menawarkan Sebut Harga Membekal dan Menghantar Bahan Guna Habis Bagi Kursus Jangka Pendek (KJP) Bahagian Teknologi Elektrik Tahun 2026 di ILP Kuala Lumpur secara tidak sah.
Sila ambil perhatian terhadap penegasan berikut:
Pihak pengurusan atau mana-mana pegawai ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur tidak pernah mengeluarkan sebarang tawaran sedemikian.
Semua urusan perolehan dan sebut harga kerajaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada prosedur kewangan serta saluran rasmi yang telah ditetapkan.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak melayan sebarang komunikasi melalui WhatsApp atau panggilan yang meragukan berkaitan tawaran tersebut.
Jika anda menerima tawaran yang mencurigakan, hubungi ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur secara terus di talian 03-79817495 untuk tujuan pengesahan.
Pihak institut tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang berpunca daripada urusan dengan mana-mana pihak yang menyamar atau menyalahgunakan identiti jabatan ini.
PENGURUSAN
ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
30 APRIL 2026
30/04/2026
📌 KURSUS PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN DIGITAL NOTEBOOKLM KEPADA PENGAJAR ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR SAN STAF JABATAN TENAGA MANUSIA
Kursus Notebooklm telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar 1, melibatkan penyertaan para pengajar dari ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur serta wakil dari Ibu Pejabat JTM, dengan bimbingan pengajar En. Syukor. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam penggunaan Learning Management System (LMS) Notebook sebagai medium pembelajaran digital yang lebih interaktif, tersusun dan efektif selaras dengan keperluan semasa pendidikan TVET.
Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek penting termasuk penyediaan bahan pengajaran digital, pengurusan kelas secara dalam talian serta penggunaan fungsi interaktif bagi meningkatkan penglibatan pelajar. Kursus ini juga menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara pengajar, sekaligus membantu memperkukuh pendekatan PdP berasaskan teknologi ke arah melahirkan tenaga pengajar yang lebih kompeten dan berdaya saing.
30/04/2026
29 & 30 April 2026 | Kursus Persediaan Latihan Industri Sesi 2/2026
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur telah melaksanakan Kursus Persediaan Latihan Industri Sesi 2/2026 kepada para pelajar semester akhir yang bakal menjalani latihan industri pada sesi hadapan.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi membantu dalam persediaan para pelajar bagi menjalani latihan industri dan seterusnya ke alam pekerjaan. Antara pengisian kursus adalah taklimat pelaksanaan latihan industri dan pendaftaran sistem KeLI, sesi Career Launch Pad dan pendaftaran MyFuture Jobs oleh pihak PERKESO, seminar kerjaya dan temuduga terbuka oleh syarikat Chin Hin Group.
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur amat berbesar hati di atas perkongsian oleh pihak syarikat Chin Hin Group dan PERKESO Kuala Lumpur dengan para pelajar kampus ini. Semoga para pelajar terus cemerlang dan berjaya dalam dunia industri.
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
29/04/2026
📢 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
PROGRAM TVET TAHFIZ
ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
SESI 2/2026
Rebut peluang membina masa depan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional bersama ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur. Gabungan kemahiran TVET dan pengajian tahfiz membuka ruang kerjaya yang lebih luas serta membentuk sahsiah dan kompetensi seiring keperluan industri.
🗓 Permohonan dibuka: 01 APRIL 2026
🗓 Permohonan ditutup: 08 MEI 2026
📞 Sebarang pertanyaan: Pn Arasiyah
👉 Jangan lepaskan peluang ini. Masa depan bermula hari ini bersama ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur.
29/04/2026
29 April 2026 | Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur sekali lagi telah dipilih sebagai lokasi penganjuran Program Hari Belia Negara (HBN) Tahun 2026 peringkat kawasan Seputeh yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mei 2026.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama kampus bagi membincangkan perancangan serta pelaksanaan tentatif program sempena sambutan tersebut.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. Rashidatul Rashidah binti Abdul Rashid selaku Penolong Pengarah CESS. Turut hadir ialah Ts. Hj. Mohd Azlan Ketua Jabatan Elektrikal, Komputer dan Percetakan, Pn. Noor Arasiah Penolong Pengarah BPPL serta kakitangan kampus yang akan bertindak sebagai ahli jawatankuasa program.
Selain itu, En. Mahadir bin Darahi Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Seputeh turut hadir bersama pegawai pasukan. Turut hadir Pengerusi Majlis Belia Kawasan Seputeh Saudara Zack Loh Tze Jye yang turut terlibat dalam perbincangan program sempena HBN yang bakal dilaksanakan.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat memastikan kelancaran serta kejayaan program yang bakal dilaksanakan kelak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Jalan KUCHAI LAMA
Kuala Lumpur
58200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |