KAFA Sk Kementah

KAFA Sk Kementah

Share

OFFICIAL PAGE KAFA SEKOLAH KEBANGAAAN KEMENTAH

created on : 17th August 2025

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 10/12/2025

10/12/2025(RABU)

HARI BICARA AKADEMIK.

Alhamdulillah telah selesai dengan jayanya program Hari bicara akademik hari ini. terima kasih atas kerjasama para ibu ayah yang hadir hari ini. Pelbagai usaha dan pandangan dua hala saling berkongsi antara guru dan ibubapa demi kecemerlangan anak-anak. Tahniah kami ucapkan buat anak-anak yang peroleh keputusan yang cemerlang, sila teruskan lagi usaha anda. Bagi anak-anak yang peroleh keputusan yang tidak menyebelahi anak-anak, jangan sesekali putus asa, tingkatkan lagi usaha anda. doa kami sentiasa mengiringi kalian 🤲🏻🤍

Akhir sekali, anak-anak kafa sk. Kementah semua hebat-hebat dan berpotensi. Sila usaha lagi, jadi anak yang baik lagi cerdik. ♥️

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 03/12/2025

3/12/2025 ( SELASA)

Telah berlangsung program majlis khatam al-Quran 2025 bagi murid tahun 6. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat menjayakan program yang meriah ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada tuan puan atas sumbangan wang tunai dan makanan untuk majlis ini. Semoga ini bukanlah khatam Quran yang terakhir, dan semoga al-Quran menjadi pendamping hidup kita setiap hari.

اللهم اجعلنا من اهل القرءان🤲🏻

18/11/2025

17/11/2025 (KHAMIS)

Alhamdulillah semalam telah bermulanya ujian penilaian kelas kafa (UPKK) bagi sesi tahun 2025.
Belum terlambat kami ucapkan selamat menduduki upkk buat anak-anak tahun 5 kafa skk. Kami mendoakan agar anak-anak diberikan kefahaman dan kecemerlangan dalam peperiksaan ini. Semoga kecemerlangan ini memberi kebaikan buat anak-anak kafa sk kementah khususnya untuk terus memacu kejayaan buat agama, bangsa dan negara.

Bittaufiq wan najah anak-anak kafa skk ❤️

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 11/10/2025

11/10/2025 (SABTU)

KEM BESTARI SOLAT KE-2 SESI 2025

Telah berlangsung program kem bestari solat (KBS) anjuran SK Kementah kali ke-2 bagi tahun 2025. Alhamdulillah program berjalan lancar dengan semua penglibatan guru-guru dan seluruh murid-murid. Kbs hari ini adalah kesinambungan bagi kbs yang pertama pada bulan februari yang lalu.

Harapan kami dalam program ini semoga anak-anak dapat mengambil manfaat dan faedah penambahbaikan dalam solat sekaligus menjadi anak-anak yang sentiasa mendirikan solat. 🤲🏻🤍

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 26/09/2025

25/9/2025 (KHAMIS)

Alhamdulillah selesai program solat hajat & bacaan yasin bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSRA pada minggu hadapan.

Terima kasih semua guru, anak-anak dan ibu bapa yang terlibat menjayakan program ini. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih juga buat para ibu ayah yang turut hadir luangkan masa bersama doakan kejayaan buat anak-anak KSKK.🥰

Semoga anak-anak kafa sk. Kementah dipermudahkan segala urusan dan dapat menjawab semua soalan dengan baik serta cemerlang dalam peperiksaan UPSRA tahun ini. 🤲🏻🤍❤️

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 12/09/2025

12/9/2025 (JUMAAT)

Suasana sebak bercampur hiba bagi kami warga kafa sk. Kementah. Hari terakhir bersama guru-guru dikasihi 🥺🤍.

Hari ini kafa sk. Kementah bakal kehilangan guru-guru yang berdedikasi dan baik budi pekerti. Demikianlah majlis perpisahan hari ini sungguh menghibakan. Kami warga kafa sk. Kementah sentiasa mendoakan semoga guru-guru yang bakal berpindah agar terus maju jaya dan sukses di tempat baru. Doa kami sentiasa mengiri kalian.
Jutaan terima kasih atas jasa dan perkhidmatan guru-guru sekalian.❤️🫶🏻

Terima kasih buat :-

1. Ustazah Hani
2. Ustazah Balqis
3. Ustazah Aini
4. Ustazah Ain
5. Ustazah Dhiya
6. Ustazah Alia
7. Ustazah Amaliana
8. Ustaz Ashraf
9. Ustaz izzat

Terima kasih daun keladi. Ada masa datang lah lagi.
Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi 🤍🥰

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 12/09/2025

12/9/2025 (JUMAAT)

Sekitar suasana perhimpuan dan program penyampaian hadiah pertandingan mewarna bagi sambutan maulidur Rasul 2025/ 1446 H. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan meriah serta dihiasi dengan persembahan qasidah guru-guru kafa sk. Kementah. 🤍


❤️

08/09/2025

04/09/2025 ( KHAMIS )

🌹AKTIVITI SEMPENA MAULIDUR RASUL KAFA SKK 2025🌹

🎈MURID TAHAP 1 ( TAHUN 1,2,3 )
📜AKTIVITI MEWARNA

🎈MURID TAHAP 2 ( TAHUN 4,5,6 )
📜AKTIVITI MEMBUAT POSTER

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 07/09/2025

04/09/2025 ( KHAMIS )

🌹AKTIVITI SEMPENA MAULIDUR RASUL KAFA SKK 2025🌹

🎈MURID TAHAP 1 ( TAHUN 1,2,3 )
📜AKTIVITI MEWARNA

🎈MURID TAHAP 2 ( TAHUN 4,5,6 )
📜AKTIVITI MEMBUAT POSTER

Photos from KAFA Sk Kementah 's post 03/09/2025

03/09/2025 ( RABU )

KEMASUKAN 8 GURU BARU LANTIKAN JAWI.

🧑🏻‍🏫 USTAZ AMMAR
🧑🏻‍🏫USTAZ IMRAN
🧑🏻‍🏫USTAZ AIMAN
🧑🏻‍🏫USTAZ MUIZ
🧑🏻‍🏫USTAZ HIDAYAT
🧕🏻USTAZAH SYAFINAZ
🧕🏻USTAZAH AINI
🧕🏻USTAZAH ZAIMA

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan LAKSAMANA, KEM KEMENTAH
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00