13/07/2026
[SELAMAT BERCUTI SEMESTER 2 SESI 2025/2026]
Warga Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi ingin mengucapkan Selamat Bercuti Semester kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.
Semoga tempoh cuti ini dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah dan memberikan ruang rehat yang secukupnya sebelum bermulanya semester akan datang.

28/06/2026
📝 EXAM WEEK IS HERE! 📝
Setelah berbulan-bulan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan dan membuat ulang kaji, kini tiba masanya untuk menunjukkan hasil usaha anda.
Jangan lupa untuk mendapatkan rehat yang mencukupi, menjaga kesihatan, dan datang awal ke dewan peperiksaan.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap jawapan yang ditulis membawa kejayaan yang diimpikan.
💪 All the best, Tazmanian!
23/06/2026
[UCAPAN SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS]
Warga Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi dengan penuh sukacita mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Asmila Harnete Binti Mohamad atas pelantikan sebagai YMF Pengetua Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi.
Semoga kehadiran Pn. Asmila membawa semangat baharu, kepimpinan yang cemerlang serta inspirasi kepada seluruh warga KKTAZ. Kami yakin pengalaman, dedikasi dan komitmen yang dimiliki akan terus memperkukuh kecemerlangan kolej serta memupuk suasana yang harmoni dan kondusif buat semua warga kolej.
Selamat menjalankan amanah dengan penuh kecemerlangan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus dikurniakan kejayaan dalam memimpin serta membimbing warga Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi.
Selamat datang dan selamat bertugas, Pn. Asmila✨
Tazmanian10th

[SEKALUNG PENGHARGAAN]
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Effindi bin Samsuddin atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Effindi, yang lebih mesra dikenali sebagai Master kepada Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, insan yang telah membina kolej dengan pelbagai usaha dan cara tanpa mengira penat lelah.
Kami di sini akan sentiasa mengenang jasa Master sekeluarga di atas segala pengorbanan yang dilakukan untuk kami. Kami doakan agar Master sekeluarga sentiasa dipermudahkan urusan dan bahagia sentiasa.
Akhir sekali, selamat berehat, Master. ✨
Tazmanian10th